Jumpa Saya di Bukit Jalil Golf & Country Resort?

July 29, 2008

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi usahawan internet, apakata anda hadir ke gathering yang dianjurkan oleh komuniti wangcyber.com pada 3 Ogos 2008 ini.

Saya juga akan turut berada di Bukit Jalil Golf & Country Resort. Selain saya, besar kemungkinan anda bakal bersua dengan usahawan-usahawan internet Malaysia yang lain. Antaranya ialah Shuth, Sabri Saifulsham, TuahEmas, Osman Affan, Hasrul, Alang, Gobala, Ubi, Labanon, Syed Ikhwan, Zamri Nanyan, Mawardee, Galadriel dan ramai lagi

Tak lupa juga tetamu undangan khas, Dr. Irfan Khairi

Pada saya, anda tidak perlu malu-malu dengan mereka ini. Inilah peluang terbaik anda menimba pengalaman bersama mereka. Bak kata Irfan Khairi, jika kita hendak menjadi jutawan, bergaullah dengan mereka yang bergelar jutawan.

Jika kita ingin menjadi seorang usahawan internet, maka bergaullah kita dengan mereka yang bergelar usahawan internet. Mungkin inilah hari terbaik anda untuk mendapatkan idea perniagaan, mengembangkan perniagaan atau mencari rakan JV terbaik anda.

Luangkan masa anda. Keluarkan sedikit pelaburan untuk semua ini. Pengalaman yang berharga ini patut anda miliki. Jika anda yang sanggup datang dari jauh mengeluarkan belanja mencecah RM500 “flight” semata-mata untuk gathering ini, kenapa tidak anda yang berada di berhampiran Bukit Jalil Golf & Country Resort?

Maklumat lanjut sila rujuk forum wangcyber.comĀ 

Kita jumpa nanti disana ya!

P.s: Jika saya tidak perasan siapa anda, jangan malu menegur saya ok!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Jumpa Saya di Bukit Jalil Golf & Country Resort?”

  1. hasrul on July 29th, 2008 12:28 am

    Alhamdulillah bro.. dapat jugak kita berjumpa.. Jumpa di sana ya…

  2. Noorizam Shah on July 29th, 2008 12:35 am

    InsyaAllah bro.. saya mungkin sampai dalam jam 2.00-3.00 ptg. Kena pergi jemputan perkahwinan di Ampang terlebih dahulu.

  3. catzer on July 29th, 2008 5:56 pm

    erm sy kena dtg awal juga sbb nak jaga meja pendaftaran :p

  4. Noorizam Shah on July 29th, 2008 8:01 pm

    catzer: nampaknya kali ke-2 kita bakal berjumpa :D

  5. Labanon on July 29th, 2008 10:54 pm

    Insyallah.. kalau ada rezeki kita dapat jumpa nanti bro :D

  6. Noorizam Shah on July 29th, 2008 11:03 pm

    ya! kita jumpa nanti Labanon.. boleh kita bergambar berdua nanti.. ohoho

  7. megat on July 30th, 2008 3:20 am

    seronokkan berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai keazaman yang sama. mungkin kali ni aku tak dapat join tetapi jika lain kali ada umur kita bakal ketemu.

  8. Noorizam Shah on July 30th, 2008 10:28 am

    InsyaAllah megat. mungkin di hari lain pula. :)

  9. bantingboy on July 30th, 2008 9:54 pm

    hehe. ramainyer nak pegi. :)

  10. Fai on July 30th, 2008 11:39 pm

    Wah.. ramai otai pegi.. mesti bestkan hari tu..

    Saya tujukan kpd semua yang pergi,

    “Berseronoklah Kat Sana!” (baca ala-ala nada spongebob) :lol:

  11. Noorizam Shah on July 31st, 2008 8:14 am

    kita jumpa kat sana Fai!

  12. ezad on July 31st, 2008 10:30 am

    Bila plak nak turun Jb bro..kat sana jek..huhu :(

Got something to say?