Dr. Jai Network Mula Didakwa Mahkamah
July 28th, 2008, by Noorizam Shah

Dr. Jai Network Mula Didakwa Mahkamah

Akhirnya, seorang kawan saya terkedu lidah apabila mengetahui Dr. Jailani Jabar dan isteri didakwa di mahkamah kerana tuduhan menerima deposit RM222 juta tanpa lesen yang sah dari Bank Negara.

Dr. Jailani atau Dr. Jai adalah pemilik syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd, yang popular dengan produk penjimatan minyak kenderaan, Stromberg. Dengan tuduhan ini, Dr. Jailani dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin, manakala isteri beliau dikenakan ikat jamin sebanyak RM500,000.00

Apapun, sehingga petang tadi, tak ada seorang penjamin pun yang hadir untuk membantu Dr. Jailani. Sahabat-sahabat yang telah menjadi jutawan dengan program ini pun telah ramai yang hilang entah kemana.

Diharap, kawan saya ni bersabar dengan kes ini. Maklumlah, beliau telah melabur lebih dari RM50,000.00 dalam ‘perniagaan’ ini. Semoga kita semua mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku.

Ingat, jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan program menarik dengan meletak syarat melabur dalam sejumlah wang yang banyak dan sebagai ganjaran anda dijanjikan pulangan pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan.

Popularity: 15% [?]

Sphere: Related Content

13 comments Subscribe Comments

  1. Thinkerich write on July 29th, 2008 at 10:54 am

    Pesanan saya kepada semua, “Jagalah Wang Anda Daripada Kehilangan!”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  2. along write on July 29th, 2008 at 11:18 am

    Humang aih… 50K…adeh… tu kadang-kadang orang nak cepat sangat kaye.Akhirnya cepat lingkup.

  3. Noorizam Shah write on July 29th, 2008 at 2:13 pm

    pengajaran berguna untuk semua tu.. kalau ada yang masih tak serik2.. tu tak tau lah.. tepuk dada tanyalah ‘poket’ anda.

  4. pakdi write on July 29th, 2008 at 4:50 pm

    takde penjamin ke?

    mana orang-orang yang mempertahankan dia selama ini?

    kesian.

  5. abdfatah write on July 29th, 2008 at 7:37 pm

    ada penjamin ke? tak ada jaminan nak cepat kaya laa… siapa yang nak jamin?

  6. Noorizam Shah write on July 29th, 2008 at 8:10 pm

    saya rasa, tak ada yang berani kot nak jamin Dr. Jailani, maklumlah pentadbiran dia banyak ditimpa masalah.. ramai orang kanan dia dah lari kot.

  7. megat write on July 30th, 2008 at 2:59 am

    satu lagi kisah benar.

    nampaknya orang kita masih ridak sedar akan kemudaratan perkara seperti ini.

  8. Shueqry write on July 31st, 2008 at 4:01 am

    Kisah benar untuk dijadikan pengajaran.

    Sayang, kredibilitinya musnah begitu saja.

  9. Noorizam Shah write on July 31st, 2008 at 8:17 am

    Rasa-rasanya motivasi Dr. Jai jatuh tak? Adakah pakar motivasi juga akan hilang motivasi diri?

  10. ahmn write on August 3rd, 2008 at 11:28 am

    saya rasa ada satu pelaburan baru yang berkonsepkan sama dengan Jai Network, rasanya nama dia eco first..sebab mereka ni janjikan pulangan tetap…bila saya pergi dengan table talk..terus saja risau…mana boleh janji pulangan tetap kalau buat bisness.

    smua nya bergantung kepada usaha kita.

  11. noor_are write on November 14th, 2008 at 7:52 pm

    tak patut betullah sampai tak der penjamin……apa yg dia org pikir nak larikan diri bile geng dapat susah…fuh…apalah…dulu masa org tu senang bukan main lagi//….skang ???mana ???takkan lah org yg kaya xdpt nak jamin jumlah wang sebanyak tuh???mustahil…..atau ada diantara korang yg mmg nak dia ada kat dlm tu dlm situasi mcm nih ker????sepatutnyer,….keluar kan dia n buat apa yg patut….apa yg aku tpikirkan…bile dah lama sagt org tu ada kat dlm sana duit dia dah habis org songlapkan….mmmm…konspirasi wang…semua takleh percaya…termasuklah sedara dan isteri…yg kedua dll lagi lah lu pikir lah sendiri…………..

  12. satya write on December 17th, 2008 at 11:11 am

    hmm….memeng teruk la orang yang suka sangat nak cepat kaya. i ada jumpa satu bisness yang macam lebih kurang sam jugak. kita beli dan jual semula pada company dengan untung. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. sapa2 tau tak pasl company ini? boleh percaya ke?

    mintak nasihat.

  13. kedai-lelaki write on April 15th, 2009 at 2:35 pm

    lepas ni cari barang yang orang ramai perlukan, pastu jual sendiri lagi puashati..kalau da kaya boleh cerita kat anak cucu yang atuk ni kaya sbb berniaga sendiri bukan duit labu peram….



Add your comment