Bagaimana Membina Lebih Satu Blog Dalam 1 Akaun?
July 22, 2008
Panduan ini lebih sesuai untuk dipraktikkan jika anda menggunakan platform blogger.com. Contoh yang diberikan juga adalah dari blogger.com
Baiklah,
Jika anda ingin membina blog percuma, salah satu platform terbaik yang anda boleh cuba ialah blogger.com.
Mengapa blogger.com?
Dengan memiliki blog disini, anda boleh membina lebih dari satu blog tanpa perlu mendaftar sebarang akaun blog baru. Boleh dikatakan kebanyakkan blogger yang memiliki laman blog adsense pasti akan memiliki lebih dari satu blog. Anda boleh tanya Syed Ikhwan, Munawar, Syam dan ramai lagi. Mereka pasti akan memberi jawapan YA!
Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa untuk mentadbir dan membuat kemaskini. Blog yang anda bina itu pula tidak semestinya dari topik yang sama. Anda mungkin boleh menulis mengenai sesuatu perkara yang berbeza sebagai contoh, kisah gossip artis, politik, hobi atau apa sahaja yang berkaitan dengan kesesuaian anda.
Dibawah ini, saya tunjukkan satu contoh imej yang saya petik dari laman blog saudara Munawar dan anda mungkin boleh menjadikan topik ini sebagai satu rujukan untuk anda membina blog tambahan, jika perlu.
Apabila anda masuk ke laman blog anda (blogger.com), anda boleh lihat terdapat satu panel yang disediakan untuk anda.
Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

Apabila anda mahu membina blog baru, anda hanya perlu klik pada “Create a Blog”, kemudian anda diminta untuk memasukkan maklumat yang diperlukan dan isikan maklumat tersebut sehingga selesai.
Apabila berjaya, anda boleh lihat semulapada panel Dashboard untuk melihat secara keseluruhan jumlah blog yang anda miliki.
Jika anda mahu membina lebih dari satu blog, apa kata anda mulakan pendaftaran hari ini dan fikirkan nama yang sesuai untuk blog anda. Dan bertindak cepat, sebelum ada orang lain ambil nama blog yang anda inginkan!
P.s: Jika anda seorang yang komited untuk menghasilkan pendapatan melalui blog, apakata anda dapatkan panduan adsense dari saudara Munawar sementara stok masih ada!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Bagaimana Membina Lebih Satu Blog Dalam 1 Akaun?”
Got something to say?





















































hehe. untuk penggiat seni adsense tanah air, memiliki banyak blog itu sudah pasti.
terima kasih di atas perkongsian maklumat..berapa blog yang anda ada?
hi nabieel. terima kasih menjenguk blog ini. so far saya ada lebih dari 10 blog dari blogspot.com dan tak boleh la saya senaraikan kat sini sebab privacy. kalau nak tau.. kena tanya pakcik google la..
Memang best pakai blogger.com ni tak yah maintain sangat,,,,
tak perlu upgrade…
huhu satu ilmu yang baik..
sebelum ni nak buat blog baru asyik buat email baru jer
Alhamdulillah.
Thanks
takpe hamid. Sekarang dah tak perlu.