Sesuatu Yang Happy Telah Berlaku Antara Saya, Blalang Dan Ramai Nuffnanger

July 21, 2008

Sudah banyak kali saya ceritakan kepada pembaca semua bahawa saya telah pun memperolehi pendapatan dengan memaparkan iklan dari Nuffnang.

Saya rasa, tidak perlulah setiap minggu nak paparkan berapa jumlah earning yang saya perolehi dan berapa banyak campaign yang ditawarkan kepada saya.

Malah ramai rakan-rakan saya juga turut menerima ‘nasib’ yang saya dan ditawarkan campaign-campaign yang menarik.

Saya ingin ingatkan anda terutama mereka yang telah membaca laporan percuma saya ini. Laporan ini memberi panduan kepada anda bagaimana anda boleh menyertai program secara percuma kemudian terima pulangannya dalam bentuk wang tunai.

Laporan ini tidak mengajar anda untuk duduk diam-diam sahaja. Buat blog kemudian tinggalkan. Tiada kemaskini, tiada promosi dan sebagainya.

Jika anda mahu wang, berusaha lah. Jangan ‘percuma’ telah diberi kepada anda. Langkah seterusnya anda perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan earning tersebut.

Ada beribu-ribu sumber yang boleh anda sertai untuk meraih pendapatan. Semua ini terletak kepada kebijaksanaan anda memilih dan fokus.

Jika saya, Blalang dan Nuffnanger lain boleh menghasilkan pendapatan dengan Nuffnang. Takkan anda tidak boleh? Kan?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

11 Responses to “Sesuatu Yang Happy Telah Berlaku Antara Saya, Blalang Dan Ramai Nuffnanger”

  1. SHIMI on July 21st, 2008 11:19 pm

    Terima kasih. Banyak yang telah saya pelajari hasil dari tips yg diberikan serta panduan dari laporan percuma tersebut.

  2. penyubiru on July 22nd, 2008 12:04 am

    laporan percuma anda telah memperbaiki dan meningkatkan jumlah pendapatan nuffnang saya. walaupun kecil janji masyuk.hehe..thanks a lot!

  3. usri on July 22nd, 2008 1:47 am

    I’ll try…

  4. Shueqry on July 22nd, 2008 3:32 am

    Salam Noorizam .. apa khabar? Shueqry here ..

    Saya kongsikan sedikit true stroy saya .. di blog lama dulu, saya ada meletak iklan Nuffnang, tapi mungkin waktu itu blog kurang pengunjung, tak ada iklan yang dikeluarkan di blog saya lalu saya melupakan seketika Nuffnang dan menumpu sepenuhnya pada perkongsian artikel ..

    Tiba ke satu tahap, blog saya berpindah ke host sendiri, menggunakan platform Wodrpress sepenuhnya. Selepas itu, saya menjenguk blog kawan-kawan yang menggunakan Wordpress untuk saya belajar dan mengkaji.

    Bila sampai ke NoorizamShah.com dan terlihat ada report percuma tentang Nuffnang, saya download dan print terus.

    Selepas membaca report tu saya tak senang duduk .. Kat blog motivasi yang lama tu saya dah remove abes kod iklan Nuffnang, sebab tak ada iklan yang keluar untuk blog motivasi saya!

    Saya percaya jika NoorizamShah.com dan Blalang.blgspot.com boleh menjana wang dari Nuffnang, bermakna saya juga boleh mencapai hal yang sama .. cuma perlukan sedikit ilmu dan penambahan usaha dari yang sedia ada ..

    Thanks Noorizam, report awak banyak merubah persepsi saya.

    Walaupun duit perkara kedua selepas content, namun saya optimis kejayaan sebuah blog motivasi menjana wang dari Nuffnang dapat membuka mata ramai pihak.. moga ia juga memberi inspirasi pada pembaca-pembacanya, anyhing is possible!

    Post kali ni membuat saya bersemangat. Thank You!

    -Shueqry-

  5. bantingboy on July 22nd, 2008 10:20 am

    kalau kita tak cuba, manalah kita tau kita dapat hasil atau tak. Apapun, tahniah pada blalang dan noorizam.

  6. blalang on July 22nd, 2008 1:43 pm

    Tq Noorizam bcoz buat backlink ke blog saya. Dan tahniah kerana memberi laporan percuma berkenaan Nuffnang.

    Saya sebelum ini pernah kena kenceng dengan adverlets, cuak juga dengan Nuffnang tetapi saya sudah dapat earning dari Nuffnang sejak bulan pertama saya join Nuffnang iaitu Jun 2007. Sehingga kini saya telah mendapat cek dari nuffnang lebih kurang RM2500. Alhamdulillah walau pun tak sekencang Adsense tapi boleh juga tambah-tambah.

  7. AbuSy on July 24th, 2008 12:26 am

    Teruskan usaha gigih Noorizam & Nuffnangers untuk memberi panduan produk-produk seperti ini kepada warga IM di Malaysia dalam menjana pendapatan melalui media ini.

  8. Din Beramboi on July 24th, 2008 5:01 am

    Wah blalang..masyuknya… Saya baru saja dapat RM400 lebih dengan Nuffnang…Ok la sebab blalang dah buat lama kan..huhu. Tahniah.. :D Noorizam pun tahniah gak.. :D

  9. abdfatah on July 24th, 2008 7:40 am

    nak buat duit dengan nuffnang jugak laaa…. nak buat duit online laa. buat duit jangan tak buat duit online. tahniah banyak2 laaa yang mana dah dapat banyak…

  10. zool on July 25th, 2008 5:07 pm

    Blogz saya pun telah meningkat earning nuffnang .. Harap2 bulan OGos ni akan berjaya menambah pendapatan lebih2 lagi dengan peningkatan kadar trafik

  11. zool on July 28th, 2008 8:50 pm

    Nak tanya lah bro.. Apsal buffer earning aku tak dikira sekali ye??

Got something to say?