Semalam Anwar Bermalam Dalam Sel Tahanan, Tidur Beralaskan Tuala

July 17, 2008

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menyertai debat dan dianggap berjaya, esoknya DSAI telah ditahan polis dalam episod drama ala-ala komando. Walaupun DSAI telah memberi tahu kepada wartawan selepas beliau memberi keterangan untuk hadir ke IPK Kuala Lumpur dan mungkin DSAI seorang suspek yang amat-amat berbahaya, maka misi menahan beliau perlu dilakukan seperti itu.

Lebih 10 kenderaan berkonvoi membawa DSAI ke IPK. Selepas memberi keterangan dan menjalankan pemeriksaan kesihatan di hospital. DSAI dikatakan telah ditahan di dalam sebuah sel tahanan seperti pesalah yang lain. Berbekalkan tuala yang diberikan oleh Datuk Seri Wan Azizah, Anwar tidur keseorangan sebelum dia dibebaskan pada pagi tadi.

Berikut adalah antara petikan dari sebuah laman di internet:

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap sekitar jam 1 tengahari tadi, demikian dimaklumkan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua.

Perkara tersebut disebut dalam satu sidang media di luar Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Anwar Ibrahim ditahan sejurus selepas Anwar dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur pada 10.30 malam. Anwar Ibrahim dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut peguam Sivarasa Rasiah, Anwar ditahan semalam untuk dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta awal pagi ini, serta untuk disoalsiasat seterusnya.

Isterinya dan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPK Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 malam bagi menyerahkan persalinan dan kegunaan tandas kepada Anwar Ibrahim.

Dari maklumat yang diterima Suara KeADILan Anwar Ibrahim dikurung dalam sel kosong tanpa katil, tilam mahupun apa sahaja.

Sedih melihat keadaan tersebut, Dr Wan Azizah Wan Ismail sekadar mampu memberi dua helai tuala sebagai alas badan suaminya itu dari sejuk simen dan serangga yang melata di lantai sel

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Semalam Anwar Bermalam Dalam Sel Tahanan, Tidur Beralaskan Tuala”

  1. penyubiru on July 17th, 2008 1:05 pm

    sedih aa.. sape yg buat aniaya kat dia nih mesti tak tenteram seumur hidupnya

  2. aman on July 17th, 2008 3:57 pm

    huhu..dah bebas dah pagi tadi.. :( sedih gak.. :(

  3. videono on July 17th, 2008 10:10 pm

    diorang tu memang macam tu. nak wat camana…

  4. bantingboy on July 22nd, 2008 10:22 am

    kasihan. dah tua-tua masuk penjara..

Got something to say?