Belajar Berniaga Di Ebay? Cukupkah Sekadar Membaca?
July 15, 2008
Adakah dengan hanya membaca sahaja sudah cukup untuk anda menghasilkan pendapatan di internet? Adakah dengan hanya membaca setiap info yang disampaikan sudah memadai buat anda untuk memulakan perniagaan di internet?
Nak berniaga di laman web ebay, bukan sahaja menuntut masa anda untuk membaca dan menelaah ilmu. Anda juga perlu melaksanakan apa yang telah dikongsikan.
Ramai usahawan internet tahu, internet adalah peluang mereka menghasilkan pendapatan. Berapa jumlah keuntungan yang mereka perolehi, itu kita ketepikan. Tetapi berapa ramai yang mendapat manfaat hasil dari perniagaan ini?
Andai anda seorang yang mempunyai minat di dalam perniagaan internet, terutamanya memasarkan produk-produk fizikal di laman web Ebay, anda perlu belajar bagaimana hendak menjual produk-produk tersebut. Anda perlu betul-betul bersedia untuk memasuki pasaran tersebut.
Apabila anda membaca, pastikan anda mempraktikkannya. Sebagai contoh, apabila saya katakan anda perlu memiliki kad debit, maka anda perlu memohon kad debit.
Apabila saya syorkan hanya memohon kad debit public bank visa electron, jangan pula anda pohon kad debit lain.
Saya cuba memudahkan anda, tetapi apabila anda tidak praktikkan apa yang disyorkan, ia pastinya membazirkan masa anda.
Kad debit berkait rapat dengan akaun eBay dan Paypal. Jadi, tanpa kad debit ini, anda perlu melakukan 2 atau 3 perkara lagi.
Kenapa saya berkata begitu?
Mereka yang telah berjaya mengikuti langkah di dalam ebook kuasalelong.com lebih mengetahuinya.
Nak berjaya, bukan sekadar membaca sahaja…
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Belajar Berniaga Di Ebay? Cukupkah Sekadar Membaca?”
Got something to say?





















































bagi sesetengah orang rasa tak cukup..kan?
Membaca dalam erti kata INFO PERCUMA ke ?
Nak cepat boleh cepat tangkap…kena beli buku @ ebook pasal ebay.
Aku kat rumah tu ada 1 buku fizikal pasal ebay ( versi b.i)
Ebook pun ada…3..4 ebook…tah2 lebih kot…huhuhu.
Saper buat bisness ebay perlu pi kursus ni KURSUS MEMBORONG DICHINA http://kursusborongchina.com - ini info yg baru aku dpt…
kursus ni dah dianjurkan sejak beberapa bulan yang lalu. so far, siapa nak merancang nak pergi memborong kat China, boleh pie
membaca dan mempraktikannya adalah 2 pandangan berbeza yang harus anda perhalusi….perjalanan bisnes ebay nampak mudah tetapi bukan senang untuk melaksanakannya. membaca bagus! anda boleh banyak ilmu pengetahuan, idea akan lebih berkembang…tetapi kalau tak dipraktikkan..tak boleh juga so…imbangan kedua-duanya haruslah seiring dengan perjalanan bisnes ebay.
jawapan dari bro Matzis la yang saya tunggu2..
memang kita kena praktikan apa yang kita belajar. itulah yang ingin saya maksudkan.
Info yang bagus..
……………………………………
PerusianBest
http://perisian.grafikcun.com
Saya dah baca dan praktikkan, dan hampir2 membuat sale dah pun tetapi masalahnya sekarang saya tak dapat nak terima payment melalui paypal dan untuk pengetahuan anda saya peniaga ebay dari Brunei yang kecewa tapi dapat dijadikan pengajaran. Kini saya ingin mencari penyelesaian bagaimana hendak meneruskan perniagaan saya.
Zaren: anda dah ada akaun paypal?