Perlukah Ganjaran RM1 Juta Kepada Atlet Negara?
July 4th, 2008, by Noorizam Shah

Perlukah Ganjaran RM1 Juta Kepada Atlet Negara?

Sukan Olimpik Beijing tak lama je lagi. Dalam heboh kisah harga barang naik, harga minyak naik, kerajaan telah umumkan mengenai ganjaran RM1 juta kepada atlet yang berjaya bawa pulang pingat emas di sukan Olimpik. Wajarkah duit sebanyak ini dilaburkan kerajaan Malaysia kepada setiap atlet sukan ini?

Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan untuk memberikan insentif RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, bulan depan kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik termasuk melahirkan atlet materialistik, kata seorang anggota Parlimen di sini, hari ini.

Raime Unggi (BN-Tenom) berkata ganjaran besar itu juga boleh memesongkan matlamat asal penyertaan atlet dalam sukan kerana dikhuatiri atlet hanya berusaha demi mendapatkan habuan diri sendiri semata-mata.

“Matlamat asal penganjuran (acara) sukan, (termasuk) Olimpik ialah untuk melahirkan atlet yang boleh mengharumkan negara yang diwakili.

“Tetapi jika ada ganjaran yang besar, hanya akan melahirkan atlet yang materialistik dan usaha yang dibuat hanya untuk dapatkan wang, bukannya semangat demi negara,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di sini, hari ini.

Apa Pendapat anda? Ok ke tak nih?

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

14 comments Subscribe Comments

  1. AmmarZahar write on July 4th, 2008 at 4:10 am

    Saya rasa sungguh tak OK..Tengok je contoh Malaysia zaman dulu-dulu..tak ada pun ganjaran lumayan..tak ada pun imbuhan..

    Tapi zaman dulu atlet Malaysia antara yang terkenal jugakla (walaupun saya hidup bukan zaman dulu,tau jgk la sket2)

    So,memangla tak ok..Lebih baik imbuhan tu diberi saja pada rakyat susah yang memerlukan duit untuk terus hidup pada saat harga minyak,barang semua naik..

  2. ittan write on July 4th, 2008 at 4:28 am

    ali rasa wajar. Cuba letak diri korang kat tempat atlit sekarang. Bukan atlit zaman dulu. Berbeza sangat kan? Ingat senang ke nak dapat pingat emas kat sukan olimpik??

  3. Mohd Ismail write on July 4th, 2008 at 4:33 am

    mmg la x senang nk dapat pingat olimpik.. tapi, 1 juta tu, kalau buat bantu org yg betul2 memerlukan, lebih untung utk jangkamasa panjang.. =)

    pingat emas hanya akan harumkan nama negara… nothing more..

  4. ittan write on July 4th, 2008 at 4:39 am

    Memangla bagus kita tolong orang yg memerlukan. So, kalau kita diberikan 1 juta. korang nak tak? Dan lepas dapat 1 juta tu, apa kata korang bagi duit tu kat orang lain plak dengan niat nk tolong diorang untuk jangka masa panjang. Korang tolong tak orang lain dengan duit 1 juta tu??

    Bukan apa. Aku dah fedup orang dok kutuk sana sini pasal sukan malaysia nih. Tapi bila part macam ni..aii..

  5. Noorizam Shah write on July 4th, 2008 at 8:46 am

    aku cuma risau, nanti bila dah dapat RM1 Juta, atlet kita terus bersara. Kerajaan beri pencen kpd mereka yang berjaya ni.

  6. fati write on July 4th, 2008 at 12:24 pm

    saya pun rasa tak perlu…banyak sangat tuuu…bagi pencen lagiii… bila dah dapat prestasi terus menurun camne….

  7. habibah write on July 4th, 2008 at 10:07 pm

    Jika pingat dapatkah pingat yang bernilai RM1 juta itu digantung di langit Malaysia, dapatkah ia menerangi kegelapan rakyat yang menderita? Bagi saya ganjaran memang perlu ada tapi biarlah berpada-pada.

  8. Noorizam Shah write on July 4th, 2008 at 11:34 pm

    saya setuju dengan pendapat habibah… kita tak mau episod rashid sidek dan adik-beradik terjadi kepada pasukan atlet negara kita.

    Lepas dapat duit, prestasi terus merudum

  9. titan write on July 5th, 2008 at 10:30 am

    Ler..nak menang emas satu hal. Pastu kalau menang, nak kene maintain lagi satu hal.

    Selalunya, bila atlit kita jadi johan, tekanan dari pelbagai pihak akan datang. Ingat senang ke nak control semua tuh??

    Bukan apa, aku rasa korang pun dah naik menyampah kan dengar orang kutuk atlit-atlit malaysia kan?

  10. nazri6737 write on July 6th, 2008 at 12:47 am

    Mengarut aje dengan keadaan skrg ni sudah la kerajan x de duit lagi bagus bantu golongan org yg berpendapatan rendah lg byk faedah !!!!!!!!! ni x de kerajaan lg nak cekik golongan peneroka kecil dgn pengambilan rm 50 satu tan jualan kelapa sawit, apa diaorang ingat peneroka ada untung ke jual sawit dengan harga skrg ni, baja, racun semuanya mahal, sawit mahal pun xde gunanya, pusing2 camtu juga la……..??????

  11. […] /blog berkaitan :- Perlukah Ganjaran RM1 Juta Kepada Atlet Negara? Atlet Malaysia Rehat Sebelum Olimpik Bermula Website rasmi Olimpik Beijing […]

  12. soso write on August 17th, 2008 at 4:47 pm

    Suntikan ganjaran RM1juta tuh memang tak masuk akal tapi saya fikir ini merupakan salah satu usaha Malaysia untuk memberi motivasi dan menarik minat lebih ramai bakal olimpian Malaysia yang mungkin lebih berbakat untuk mengasah dan menonjolkan diri. Kalau saya ditanya… Sekiranya saya mempunyai bakat dalam sukan contohnya lari pecut, saya tidak akan membuang masa saya untuk bergelar atlet yang padat dengan sesi latihan yang mana akan mengganggu komitmen yang lain TETAPI dengan ganjaran seperti rm 1 juta tu memang berbaloi dengan usaha. Ingat walaupun kita berbakat dalam sukan tetapi untuk menunjukkan bakat kepada negara bukannya mudah. Banyak onak dan durinya untuk sampai ke tahap tersebut. Biarkanlah atlet yang bakal mendapat ganjaran lumayan tersebut kerana memang berbaloi dan patut mereka mengecapinya, yang kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberi sokongan…..hanya pandangan saya

  13. hajar write on October 10th, 2008 at 12:07 pm

    emmm…kalo RM1 juta bagi kat org yang btl2 mmerlukan, kn bgs. jgn terlalu manjakan atlit. tp kalo utk tngktkn prestasi, boleh la.maklumlh dunia skrng pedrlukn DUITTTT

  14. atiicute write on February 4th, 2009 at 7:42 pm

    kalau korang x puas hati sangat,cuba korang jadi atlet….
    amacam..



Add your comment