Anwar (DSAI) Memang Kaki Liwat Ke?
June 30, 2008

Gambar kredit NoktahHitam
Tuduhan paling memalukan!
Tuduhan paling menjijikkan!
Ya! orang kampung tak reti masuk internet! Kenapa pengadu tu bodoh sangat pie buat laporan polis konon dia kena liwat? Dia ni dah fikir masak-masak ke yang namanya akan jadi nama yang paling popular di Malaysia mengalahkan nama Mawi?
Walaupun saya ni ahli berdaftar parti politik UMNO, saya ni tidak la sebodoh orang-orang yang paling bodoh. Kenapa tak kaitkan Anwar dengan rasuah ke? Kronisme ke? tuduhan fitnah ke? Kenapa nak buat kes liwat?
Adakah sebab Anwar pernah didakwa atas kes yang sama pada tahun 1998, dia harus sekali dipalitkan dengan kes macam ni? Rasa seperti kebetulan pula. Lepas Najib dan isteri (Datuk Seri TPM), dikaitkan dengan kes pembunuhan Al-Tantuya, nampaknya konspirasi politik akan dimainkan semula.
Adakah anda ingat lagi kisah Musa Hassan (Ketua Polis Negara) dan Ghani Patail (Ketua Hakim Negara) dalam kes pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998? Masa itu, mereka adalah pasukan pendakwaan dan kini menjadi orang nombor satu dalam pasukan polis dan hakim.
Jika Anwar lakukan perkara terkutuk ini, pasti dia dah pikirkan implikasi jika dia melakukannya. Sekarang ni, anak dan isteri adalah wakil rakyat. Dia dalam proses mengambil alih kerajaan. Jika dia seorang kaki liwat, saya rasa dia memang buat perkara paling bodoh!
Saya harap DNA, contoh sperma harus dibuktikan itu adalah hubungan terlarang Anwar dengan Saiful Bukhary!
1. Berita Dari Gunung
2. Ainisazreen
3. No2Umno
4. Pakdi
5. Mohd Ismail
6. Agenda Daily
Update: Berikut adalah video kenyataan terbaru DSAI
Popularity: 16% [?]
Sphere: Related ContentComments
29 Responses to “Anwar (DSAI) Memang Kaki Liwat Ke?”
Got something to say?





















































Sumber: agendadaily.net
Ideanya mudah…jangan cakap sebarangan. Tak kira pihak kerajaan atau pembangkang.
Negara ini tidak boleh hidup atas sentimen dan emosi menerusi ucapan berapi-api dan demonstrasi.
Turun dengan fakta dan angka yang boleh yakinkan rakyat siapa yang betul.
Orang kampong di Sik,Hulu Terengganu,Gua Musang,Kuala Pilah,Mersing dan nun jauh di Long Pasia tidak faham terma ekonomi yang tinggi-tinggi dan berbelit.
Soalnya bagaimana ramai yang sudah angin satu badan dengan kenaikan minyak naik harga dapat diberi kefahaman isu ini dalam prespektif yang betul.
Peritnya sekarang bukan terasa di Malaysia saja malah ia menjadi bahan keluhan satu dunia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau boleh turunkan harga minyak esoknya sebaik saja dapat tawan Putrajaya.Bunyinya memang mengiurkan.
Tentu sekali semua nak dengar bagaimana strateginya diketika harga minyak terus meningkat dan meningkat sekarang.
Apakah kerajaan bodoh sangat ke? Barisan Nasional baru kena tsunami politik…kata orang senang cakap ambil saja langkah popular…tetapi kenapa tidak?
Tak adakah pakar ekonomi kerajaan yang boleh gosok lampu Aladin untuk membelai hati orangramai.
Kerajaan mungkin ada alasannya Anwar pula mungkin ada hujahnya tersendiri.
Atas hakikat ini Agendadaily mengambil inisiatif untuk temukan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek selaku jurucakap kerajaan dan Anwar dalam satu perdebatan terbuka.
Pandang, dengar dan nilai sendiri.
Ahmad Shabery sudah memberi persetujuannya kepada Agendadaily untuk berdepan dengan Anwar dalam debat bertajuk ‘ Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak’.
Pihak Anwar sudah memberi respon yang positif pada cadangan itu walaupun setakat ini belum nyatakan persetujuan secara bersurat.
Tempat dicadang di Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Tarikhnya 15 Julai ini.
Agendadaily sedang berunding dengan beberapa stesyen televisyen untuk menyiarkannya secara langsung.
Jika menjadi kenyataan ia akan menjadi siri pertama debat terbuka yang kelak akan menampilkan tokoh-tokoh BN dan pembangkang lain berentap mengenai isu-isu semasa.
Formatnya ialah seperti debat pemilihan Presiden Amerika.
Dari sini mungkin akan terpancar fakta angka dan segala macam secara lebih terang dan jelas berbanding jerit pekik dari atas pentas ceramah di serata ceruk.
Dua tokoh yang akan berdebat berdiri diatas pentas untuk menyampaikan hujah-hujah mereka.
Mereka akan dikemukakan oleh berbagai soalan oleh para wartawan yang diundang jadi penal.
Untuk mengatasi masalah crowd control dan memastikan perdebatan berlangsung tanpa gangguan jumlah undangan terhad kepada 200 orang sahaja.
Juga dua tokoh yang berdebat dibenarkan membawa bersama mereka 50 undangan.-29/6/2008
Siasatan ikut perundangan bukan politik
sumber: agendadaily.net
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan terhadap laporan yang dibuat berhubung dengan dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijalankan seadil-adilnya berdasarkan perundangan tanpa mengambil kira sudut politik.
Serentak dengan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menyiasat kes tuduhan liwat berkenaan.
“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari Ahad.
Bakri bagaimanapun tidak menyatakan berapa lamakah masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.
“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.
Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan. - 29/6/2008
Imej pembangkang tercalar
sumber: AgendaDaily.net
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta polis melakukan siasatan secara terperinci terhadap dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan jenayah liwat.
Sambil melahirkan rasa sedih dengan dakwaan tersebut, beliau berkata, tuduhan terbaru itu boleh mencalarkan imej pembangkang.
“Ye lah tuduhan ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, hari Ahad.
Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan polis yang mendakwa Anwar meliwat pembantu khasnya.
Menurut Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.
Nik Aziz berkata, dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.
“Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi. Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahulah (benar atau tidak),” katanya.
Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara. - 29/6/2008
Komen Dr Mahathir…
Sumber: AgendaDaily.net
“Ini kes baru. Kita tengoklah apa pihak polis nak kata. Apa pihak kerajaan nak kata,” katanya Tun Dr Mahathir Mohamad tentang dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.Beliau menjawab soalan wartawan selepas bertemu Presiden Bosnia dan Herzegovina, Dr Haris Silajdzic semasa lawatan presiden itu ke Colmar Tropicale dan Japanese Village di Bukit Tinggi Ahad.- 29/6/2008
Ini andaian Khairy…
Kalau Datuk seri Anwar Ibrahim bebas mendakwa ada rancangan untuk membunuhnya,Khairy Jamaluddin pula membangkitkan satu andaian.Naib Ketua Pemuda UMNO itu kata beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR itu sendiri yang menyuruh pembantu Khasnya Saiful Bukhri Azlan membuat laporan polis dakwa diliwat dalam usaha untuk meraih simpati. Mengulas hal itu ketika bercakap dengan para wartawan di Temerloh Ahad beliau mendakwa Anwar seorang ahli politik yang kreatif dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.Khairy juga mempersoalkan tindakan Anwar lari ke Kedutaan Turki untuk dapat perlindungan.Katanya orang ramai jangan mudah percaya dengan taktik seumpama ini.- 29/8/2008
Sumber: AgendayDaily.net
UMNO tidak fikir nak kacau dia…
“UMNO tidak fikir nak kacau dia…tak ada…BN pun tak fikir nak menyusahkan dia,” itulah yang ditegaskan Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya.
Sehubungan itu katanya, memandangkan laporan polis telah dibuat, pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan dan terserah kepada pihak polis untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Beliau menafikan kononnya laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhri Azlan itu adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menganiaya Anwar bagi memastikan beliau tidak boleh bangkit semula dalam politik.
“UMNO tak fikir nak kacau dia macam ini, tidak ada. BN pun tak fikir nak menyusahkan dia, nak kacau dia atau nak timbulkan perkara yang macam ini…tidak ada niat seumpama ini, tak terlintas dalam fikiran saya langsung kot-kot nak buat khianat dia dan saya percaya kawan-kawan saya… Datuk Seri Najib Razak dan siapa pun tak berfikir begitu.
“Benda itu sudah berlaku dan orang yang berkenaan yang terbabit sudah buat laporan. Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan. Kita serah kepada polis, kita tidak ada sebarang rancangan untuk buat sesuatu kepada dia kerana dia kata dia dah pulih balik dalam politik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya hari Ahad.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhri Azlan yang mendakwa diiwat oleh Anwar. Laporan polis berkenaan dibuat hari Sabtu.
Sambil menyatakan terkejut dengan laporan polis itu, Abdullah yag juga Presiden UMNO berkata, UMNO dan BN tidak terlibat dalam soal berkenaan apatah lagi hendak menggunakan isu berkenaan bagi menghalang kebangkitan semula Anwar di dalam politik tanah air.
Katanya, kerajaan tidak boleh menghalang individu terbabit dariapda membuat laporan polis kerana ia adalah hak individu berkenaan sebagai mana Anwar juga berhak untuk menafikan melakukan perbuatan tersebut.
“Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – 29/6/2008
Sumber: AgendaDaily.net
Babak baru…lepas dakwaan liwat timbul pula ancaman bunuh
Ini lagi satu hal yang buat ramai terkejut dan tertanya-tanya.Kenapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lari untuk mendapat perlindungan di Kedutaan Turki di Jalan U Thant,Kuala Lumpur?
Sehingga awal petang para wartawan dan jurugambar yang ‘berkampong’ di Hotel Quality ,Shah Alam cuba merisik dikalangan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang di situ dimana Anwar berada namun semuanya memberi tanda tidak tahu..
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa hadir dalam sidang akhbar di situ menafikan soalan para wartawan bahawa betulkah Anwar ketika itu berusaha mendapat perlindungan politik dari sebuah kedutaan asing.
Beliau hanya sekadar berkata suaminya kini terpaksa “bersembunyi” setelah menerima ugutan bunuh seminggu lepas.
Ugutan bunuh?…Itulah berulangkali dinyatakan olehnya.
Namun lewat petang jawapan menjelma.Anwar mengeluarkan satu kenyataan pada jam 5.30 petang mengesahkan beliau berada ‘dalam perlindungan’ di Kedutaan Turki.
Katanya beliau dibawa ke kedutaan itu pada awal pagi Ahad kerana bimbang pada keselamatannya.
Beliau mendakwa sejak pilihanraya 8 Mac terdapat sumber-sumber yang layak dipercayai dari kalangan kerajaan dan risikan tentera menasihatkannya bahawa terdapat sesetengah pihak dalam pimpinan Barisan Nasional mengadakan rancangan untuk mengugat keselamatannya dan keluarganya.
Anwar mendakwa ini melibatkan kemungkinan cubaan membunuhnya untuk menyekat perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.
Kenapa Anwar memilih Kedutaan Turki? Ikut ceritanya ini ada kaitan dengan hubungan rapat beliau dengan Perdana Menteri Turki Reccep Erdogan.
Mengikut peraturan diplomatic berada dalam kedutaan sesebuah negara adalah sama seperti berada di dalam lingkungan wilayah negara itu.
Makanya Anwar tidak boleh disentuh.
Ini juga dijangka akan menyulitkan pihak polis menyelesaikan siasatan.
Andaian yang berlegar ialah Anwar nak cuba jadikan kesnya ini satu isu antarabangsa.
Apa yang menjadi persoalan kenapa kali ini beliau mengambil langkah ‘ lari’ ketika timbul tuduhan liwat muncul dari pembantu khasnya?
Ada yang merasakan dakwaan cubaan bunuh dalam satu hal yang boleh direka oleh sesiapa saja.Siapa yang boleh buktikan ada rancangan seumpama itu?
Lagipun Malaysia tidak dikenali dengan budaya seumpama itu selama ini.
Anwar sendiri sejak sebelum dan sesudah pilihanraya kelihatan bebas ke sana ke mari.
Malah difahamkan kalangan pimpinan pembangkang sendiri bingung melihat tindakan Anwar kali ini.
Ini kerana sewaktu berdepan dengan tuduhan sama pada tahun 1997 Anwar sanggup menghadapinya secara terbuka.
“Boleh percaya ke ada cubaan nak bunuh Anwar…?” kata seorang dari mereka yang enggan nama disebut.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata tindakan Anwar berselindung di Kedutaan Turki dengan mendakwa keselamatan beliau terancam adalah tidak masuk akal.
“Tindakan itu diambil semata-mata untuk mengalihkan tumpuan, sama seperti ketika beliau dituduh suatu masa dahulu,” katanya.
Katanya Anwar pernah membuat dakwaan kononnya beliau cuba dibunuh dengan racun arsenik, memerlukan pembedahan tulang belakang dan menghadapi masalah tengkuk.
Manakala Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilaporkan oleh akhbar Utusan sebagai berkata ”Dia bukan pelarian politik. Mengapa dilindungi di sana. Kedutaan itu sendiri jelas telah mencabul perundangan negara.”
Kedutaan asing di negara ini dilarang ‘menyimpan’ dan melindungi individu yang didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan alasan tuntutan suaka politik.
Menurut Rais, Anwar tidak perlu meminta perlindungan daripada mana-mana kedutaan dengan alasan ancaman keselamatan.
”Mengapa dia ke sana? Tiada siapa yang mengancam keselamatannya.
”Dia bebas ke mana-mana. Jangan dakwa diri diancam jika sebenarnya tiada apa-apa ugutan yang timbul,” ujarnya.- 29/6/2008
Sumber: Agenda daily
Kesian Wan Azizah
Kesian Wan Azizah…. itulah komen Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said ketika diminta mengulas penyiaran gambar beliau dengan Saiful Bukhri Azlan, mangsa yang dakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Azalina berkata, beliau faham tindakan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menunjukkan gambar sebagai bukti seolah-olah wujudnya konspirasi yang melibatkan beberapa pemimpin tertinggi kerajaan untuk menjatuhkan Anwar. Katanya, sebagai isteri sudah tentu Wan Azizah akan mempertahankan suaminya. “Dalam situasi sebegini banyak orang waras akan bertindak tidak waras,” katanya. Gambar Azalina turut disiarkan ekoran tindakan Wan Azizah menunjukkan gambar Saiful dengan seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘bukti’ wujud konspirasi jatuhkan Anwar oleh Timbalan Perdana Menteri. - 30/6/2008
Sumber: Agenda daily
Jangan takut kalau tidak salah
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempertikai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersembunyi di Kedutaan Turki. Katanya, jika Anwar yakin tidak bersalah beliau tidak perlu takut dan bersembunyi. Malah katanya, beliau sedia untuk menemani Anwar jika beliau takut untuk berhadapan dengan proses penyiasatan. Katanya, beliau sedia temani Anwar sekalipun masuk lokap bersama untuk disoalsiasat oleh polis. - 30/6/2008
Sumber: Agenda Daily
Kenapa sekarang timbul ancaman bunuh
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mempertikaikan permohonan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahukan Perdana Menteri memberi jaminan keselamatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum keluar dari Kedutaan Turki. Katanya, selama ini Anwar bebas pergi ke seluruh negara ‘mengata’ kerajaan dan tiada siapa yang ‘kacau’ beliau. “Kenapa sekarang timbul pula soal ancaman bunuh,” kata Syed Hamid kepada Agendadaily ketika ditemui di lobi Parlimen petang Isnin. Katanya, keselamatan baik yang membuat laporan polis atau yang dilapor sentiasa terjamin. - 30/6/2008
Sumber: Agenda daily
Wan Azizah mahu jaminan keselamatan
Ini sudah pelik…Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail minta Perdana Menteri member jaminan keselamatan sebelum suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Kedutaan Turki. - 30/6/2008
Sumber Agenda Daily
Najib nafi terlibat konspirasi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan wujudnya konspirasi atau pun beliau terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan pembabitan Najib timbul ekoran kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa ada gambar bekAs pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan pegawai Khas Najib sebagai bukti wujudnya konspirasi untuk jatuhkan Anwar yang melibatkan Najib. Menurut Najib, gambar yang dimaksudkan itu dirakam beberapa bulan lalu sewaktu Saiful datang bertemu dengan pegawainya bagi memohon sokongan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajarannya. - 30/6/2008
Sumber: Agenda Daily
Anwar keluar dari kediaman Duta Turki
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meninggalkan kediaman duta Turki di Jalan Ampang Hilir, tempat beliau berlindung sejak pagi semalam.
Anwar yang diiringi isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediaman duta itu kira-kira pukul 6.45 petang menaiki sebuah kenderaan MPV Mazda berwarna hitam.
Turut mengiringi Anwar ialah peguamnya Sakaran Nair, anggota keluarga serta beberapa orang penyokongnya.
Terdahulu, Sakaran dilihat tiba di kediaman duta itu kira-kira pukul 6.15 petang diikuti Dr Wan Azizah dan Naib Presiden PKR Azmin Ali kira-kira pukul 6.40 petang.
Azmin yang ditemui pemberita berkata Anwar pada awalnya tidak berpuas hati dengan jaminan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, katanya setelah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengeluarkan kenyataan jaminan keselamatan yang dihantar ke Kedutaan Turki, barulah Anwar dengan rela hati memutuskan untuk keluar dari kediaman duta tersebut.
Bernama melaporkan Anwar sebelum meninggalkan kediaman tersebut menemui pemberita yang menunggu sejak pagi tadi di luar perkarangan kediaman itu.
Katanya beliau dengan rela hati keluar dari kediaman Kedutaan Turki itu atas beberapa sebab iaitu jaminan keselamatan daripada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang difakskan ke Kedutaan Turki petang tadi.
Selain itu jaminan keselamatan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang disampaikan kepada peguamnya di Parlimen tengah hari tadi serta jaminan longgar yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya bimbang, jaminan keselamatan yang longgar oleh TPM ini kerana tahap keselamatan polis yang saya pertikaikan,” katanya sambil menambah, kebanyakan polis bertugas secara profesional dan hanya kepimpinan tertinggi polis yang dipertikaikan.
“Sekarang ini kerana adanya muslihat dan saya akan buktikan dan saya akan dedahkan,” katanya.
Ketika ditanya adakah beliau akan memberikan kerja sama terhadap siasatan polis berhubung dakwaan tersebut, beliau berkata: “Saya akan beri kerjasama terhadap siasatan polis..tetapi dalam penyiasatan apa? Penyiasatan berniat jahat? Mereka hanya mereka cipta fakta ini, termasuk polis, pendakwa raya.”
Beliau mendakwa bahawa dakwaan kes tersebut hanyalah pilihan khas yang ingin “menjahanamkan” karier politiknya.
“Minggu ini (Selasa) saya patut umum keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil,” katanya.
Anwar juga mendakwa empat orang anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk dua dari Umno.
“Sebab itu mereka bertindak sedemikian (mengaitkan dengan liwat) untuk mengelakkan perkara ini berlaku (daripada menyertai pilihan raya). Sebab inilah perkara ini direka,” katanya.
Sementara itu puluhan wartawan dan jurugambar hampa apabila selepas menunggu penuh sabar, Anwar yang dikatakan akan memberi ucapan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya malam Isnin, akhirnya tidak juga muncul tiba.
Kira-kira 150 penyokong Anwar serta beberapa wartawan dan jurugambar menunggu kemunculannya selepas beliau meninggalkan kediaman duta Turki di Jalan Ampang Hilir pada sebelah petang, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad.
Terdahulu pihak media dimaklumkan oleh Biro Penerangan PKR bahawa Anwar akan menghadiri satu perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu Petaling Jaya pada pukul 9 malam.
Sebaliknya Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang berucap di hadapan ibu pejabat PKR malam ini berkata Anwar tidak dapat hadir pada perhimpunan itu kerana beliau mahu menyelesaikan beberapa perkara dan menemui peguamnya untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil.
“Kami sendiri tidak mengetahui di mana Anwar berada, beliau juga tidak pulang ke rumah dan di mana beliau berada masih menjadi rahsia. PKR sendiri akan mengambil langkah-langkah berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.
Para penyokong Anwar kemudiannya diminta bersurai secara aman pada 10 malam oleh barisan pemimpin PKR.- 30/6/2008
Sumber: Agenda daily
Isu Anwar ibarat mencurah petrol ke api
SAYA kebingungan sekarang. Bingung memikirkan senario terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seluruh Malaysia sudah tahu bahawa seorang pembantunya yang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat aduan kepada polis bahawa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium pada hari Khamis (26 Jun 2008). Saiful melapor kepada polis pada hari Sabtu (28 Jun 2008).
Anwar sekarang berada dalam `perlindungan’ di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Menurut kenyataan Penasihat PKR itu dalam blognya, dia dijemput oleh Duta Turki, Barlas Ozener pada pagi Ahad (29 Jun 2008).
Kata Anwar, ada ancaman untuk membunuhnya.
Pada hari Ahad yang sama, isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan kepada para wartawan gambar Saiful (pengadu) bersama Khairil Anas Yusof seorang pembantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (lihat laporan The Star).
Dalam masa yang sama para pemimpin PKR, DAP dan Pas (sekutu Pakatan Rakyat) telah melaungkan bahawa Anwar telah diperangkap (oleh siapa?) dan sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008 melalui tindakan paling tadah sebilangan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
Di kalangan umum ada tiga golongan pendapat. Satu golongan yang mempercayai Anwar melakukan apa yang didakwa. Satu golongan lagi bermati-matian percaya bahawa ini adalah pakatan jahat kerajaan BN untuk membunuh karier politik Anwar. Satu golongan lagi masih kebingungan kerana masih memikirkan apakah yang sebenarnya berlaku? Penulis adalah dalam kelompok ketiga, yang mungkin tidak seramai kelompok pertama dan kedua.
Namun penulis percaya bahawa yang paling ramai adalah kelompok kedua, yang bermati-matian percaya bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa komplot jahat.
Dan penulis bertambah bingung berikutan episod-espisod selanjutnya.
Hari ini Najib telah mengeluarkan kenyataan mengenai gambar Saiful bersama pembantu khasnya (sila lihat laporan Bernama). Beliau menafikan terlibat dengan isu aduan terhadap Anwar. Kata Najib, gambar pegawainya yang diambil dengan pegawai Anwar di pejabatnya pada 12 Feb lepas adalah selepas pegawai Anwar datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
Nah, ini yang menjadi persoalan besar di benak penulis. Bagaimana gambar berkenaan begitu pantas berada di tangan Wan Azizah (isteri Anwar) dan ditunjukkan kepada wartawan . Apa tujuan gambar itu ditunjukkan? Tidakkah gambar itu sengaja ditunjukkan bagi mendakwa bahawa Najib terlibat dalam komplot untuk menuduh Anwar meliwat? Bagaimana Wan Azizah memperoleh gambar itu. Sebagaimana kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein bahawa Anwar mendakwa ada ancaman untuk membunuhnya adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Adalah lebih tidak masuk akal bagi Najib untuk memerangkap Anwar dengan tuduhan meliwat.
Tidakkah lebih baik bagi sesiapa yang mahu memerangkap atau memfitnah Anwar, menggunakan dakwaan lain selain daripada meliwat? Tuduhan Anwar meliwat yang dihadapinya di mahkamah buat kali pertama dulu tidak diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Kes berkaitan juga telah diketepikan oleh Mahakamah Persekutruan atas rayuan. Tidak masuk akal untuk memerangkap Anwar sekali lagi dengan tuduhan liwat. Tentu akan menimbulkan kemarahan lebih besar.
Pada hari ini Menteri Luar, Datuk Rais Yatim juga mengeluarkan kenyataan bahawa Duta Turki telah menafikan beliau menjemput Anwar ke kediamannya dan memberikan perlindungan. Kata duta itu, Anwar yang datang ke rumahnya tanpa dijemput (sila baca laporan Bernama). Ini sangat bertentangan dengan dakwaan Anwar bahawa Duta Turki yang menjemputnya. Siapa yang bercakap benar? Penulis lebih cenderung untuk mempercayai cakap Duta Turki kerana jika beliau yang menjemput Anwar, ertinya beliau telah meletakkan hubungan Malaysia-Turki dalam satu keadaan yang tegang.
Setelah meneliti dan mempertimbangkan dari segenap sudut, akhirnya kita akan terpaksa menjawab tiga pertanyaan berhubung perkembangan yang boleh menambah gawat keadaan yang tidak menentu di Malaysia sekarang.
Pertanyaan pertama: Benarkah apa yang berlaku adalah komplot BN (atau Najib) untuk membunuh karier politik Anwar?
Pertanyaan kedua: Jika jawapan kepada pertanyaan pertama ialah tidak, maka kita terpaksa menunggu keputusan siasatan polis sama ada aduan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar benar dan cukup bukti?
Pertanyaan ketiga: Pertanyaan ini telah pun dikemukakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka depan hari ini (lihat laporan). Kata Khairy, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya membuat laporan polis untuk meraih simpati orang ramai. Meraih simpati untuk apa?
Meraih simpati orang ramai supaya bertambah marah terhadap kerajaan BN. Sebilangan mereka sudah pun marah kerana penstrukturan semula subsidi bahan api yang menyebabkan harga minyak naik.
Anwar telah pun merancang untuk mengadakan Perhimpunan Sejuta Orang pada 5 Julai ini di Kuala Lumpur. Parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah nama Pakatan Rakyat sedang menggembeleng rakyat supaya turun beramai-ramai ke ibu negara untuk memprotes terhadap `kenaikan harga minyak’ pada tarikh berkenaan. Menurut salah seorang aktivis NGO, perhimpunan besar-besaran itu bukan sahaja akan diadakan pada 5 Julai, tapi akan diteruskan pada 6 dan 7 Julai `untuk menumbangkan kerajaan.’ (lihat laporan malaysiaaktif.com)
Bayangkan kesan laporan Anwar dituduh meliwat ini terhadap sentimen rakyat. Ia ibarat mencurahkan petrol ke api yang marak jika mereka percaya Anwar dianiayai sekali lagi. Tapi inilah yang diuar-uarkan oleh PKR, DAP dan Pas.
Senario ini hanya mendesak polis supaya menyegerakan siasatan dan mengumumkan hasil siasatan. Persoalannya, apakah orang ramai bersedia untuk menerima hasil siasatan polis tanpa prejudis? Inilah yang dibimbangi.
Jika kita tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku yang kesannya akan ditanggung oleh negara dan seluruh rakyat, kita kena memberi kepercayaan kepada polis untuk melakukan siasatan tanpa melakukan sebarang tindakan yang mengeruhkan lagi suasana. Elakkan daripada situasi `yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.’
Agak malang kerana pada masa yang sama kalangan PKR dan pemblog-pemblog yang menyokongnya, telah membuat tuduhan-tuduhan yang mempersoal kredibiliti pasukan polis dan pegawai-pegawai tingginya. Ini menambahkan kekeruhan.
Dalam keadaan sekarang cakap siapa yang lebih dipercayai. Hasil siasatan klip video Lingam telah memberikan kredibiliti kepada Anwar selaku orang yang mendedahkannya kepada umum. Maka siapa yang percaya tuduhan Anwar meliwat? Dan kemarahan terhadap kerajaan akan meningkat ke paras ledakan.
Rakyat Malaysia wajib kembali kepada kewarasan jika kita benar-benar menyayangi tanah air ini. Cara yang waras ialah dengan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku. Tiada pihak yang lebih berhak untuk menentukan kebenaran, selain daripada polis. Janganlah kita heret Malaysia ke kancah kebinasaan. Semua akan menerima padahnya. - Oleh Bashir Ahmad -malaysiaaktif.com- 30 Jun 2008
fuh. penat aku baca dari atas sampai bawah..
kita ada otak fikirlah secara idealistik….
ye la…panjang betul citernye..berpeluh2 baca..
tapi..eee…diorang ni tak takut balasan kat ’sane’ ke? ingatla..hidup kita bukan abis kat dunia je…esok mati…semua bende di soal..walau sebesar zarah sekalipun, setiap amalan dan perbuatan akan diambil kira dan dipersoalkan…
fitnah tu dosa besar..takut siut!
Walau apa pun bulan rejab (yakni esok) satu bulan yang berkat untuk meminta pertolongan Allah (SWT). Bersama-samalah kita berpuasa dan meminta petunjukNYA. Kebenaran pasti akan terpacul jua. Siapa yang bersalah terimalah akibatnya nanti.
Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Rejab.
Waallahua’lam
Rosli.
Kali ini anwar dah gelabah biawak. dah tau tak nak buat macam mana laghi sini sana macam bewak kena lapak dek orang tamil. Anwar sudah jadi sasau dan tak boleh nak jaab bab liwat atau balun pungkoq. Kami bukan nak dengaq pasai ekonomi, politik kaa apa kaa tapi nak dengaq anwar kata dia tak buat liwat tuhhh dah.
tapi anwar lupa dia tidak boleh tipu diri dia dan Allah ta alaa. Dia pun tau dia siapa dan dengan siapa dia nak berbohong lagik. Bertaubat laa anwar selagi masih bernyawa. Kesiahanlah pada insan lain yang engkau tipu siang malam.
Aku pun tau ramai kaki pungkoq yang tak boleh tinggal tabiat kotoq itu..
Kini Anwar sudah bagi tau kita semua dia adalah milik USA milik Yahudi. Anwar kini sudah sanggup menjual tubuhnya kepada yahudi. Dia liwat orang lain dan dia mau USA liwat dia dan liwat rakyat malaysia juga.
harharharhar ini semua mainan politik..sapa ada kuasa dia boleh buat apa saja..DR. MAHATHIR Pun dah cakap lagi terang. Anwar tak ada salah apa2 pun. Saja dizalimi.
ni masuk kali kedua plak Anwar dizalimi…..
Rujuk kat sini http://youtube.com/watch?v=COm3D6FDmwY&feature=related
Satu lagi aku bengang kat semua wakil2 rakyat tak kira pas ke pkr ke bn ker…
Tiap kali masuk dewan rakyat depa kira perang mulut saja…bukan nak cari jalan selesai masalah rakyat.
Soalan Bonus?
Saiful diliwat atau dia sendiri minta diliwat? He..He..He.. Anwar Peliwat atau dipaksa meliwat?
aku nak sangat tengok DSAI fight dengan Najib kat dalam mahkamah.. setakat komen-komen depan wartawan semua boleh cakap.. Saiful ni mamat bontot agaknya.
Sapa yang sokong Amno/Be End memang suka meliwat, perkara liwat-meliwat nih memang dari korang
sape yang nak DSAI meliwatnye kena tunggu lagi sepuluh tahun 2018 sebab DSAI meliwat 10 tahun sekali, pusingan nih dah buleh kat saiful buntut…
kaki liwat? x tau la nak kata,.. sebab benda nie berlaku antara mereka berdua,..
benar kata mufti perlis, mereka berdua perlu ‘bermubahalah’ untuk menentukan siapa yg benar dan siapa yang salah,.. jangan politikkan isu ini yang boleh membawa kepada perpecahan perpaduan negara dan seterusny menimbulkan kekacauan..
lagipun DSAI nie boneka YAHUDI,..
p/s :
**cuba kita cari information tentang kejatuhan EMPAYAR OTTAMAN
**cuba cari tentang NEW WORLD ORDER
**CUBA CARI TENTANG Foundation for the Future (FFF) / Yayasan Hantu!
**cari maklumat tentang Paul Wolfowitz!! Sejak bila mereka berkawan dan kenyataan Paul Wolfowitz!!
**banyak lagi,.. malas la nak tulis,.. buka minda,..
ntsh2 kena blog comment nie,..
*****aku bukan pro kerajaan, dan bukan pro anwar,.. cuma aku mahu pertahankan agama dan bangsa aku di tanah sendiri,..
hmm ye ke anwar boneka yahudi??? klau nk tengok pemimpin islam tengok le pd keluarganya ank bininye, pakaiannye, peribadinye sejarah hidupnye. memang malaysia berada dlm pengaruh barat sejak umno memerintah lg. ekonomi kita byk bergantung pd amerika. jd d mana yg d katakan boneka itu he he. pemimpin sekarang x pandai urus ekonomi sanggup susahkan rakyat dari susah diri sendiri. korang tanya nape anwar lari ke kedutaan turki??? jwbnye senang je korang p buka buka undang2. klau kita kena tuduh liwat kita akan d tangkap trus tanpa bleh d ikat jamin dan kita x de peluang nk membela diri, begitu la yg terjadi pd tahun 1998, x kan kita nk bg pisang berbuah 2 kali kot. pk sndiri le. aku sokong ape yg d perjuangkan oleh anwar ibrahim klau dia sama mcm umno/bn aku pun x sokong. aku sokong bukan pd orgnye tp pd perjuangan yg d bawanye untuk kesejahteraan rakyat.
Korang tak tahu dosa DSAI kat orang Melayu SPT.Habis tanah Melayu SPT dia ambik bagi kat kroni dia untuk Projek PERDA.
Mula-mula Badawi, Najib, Taib, Rais, Khairy semua bising dan campur tangan bagi pendapat mereka dalam kes Altantuya dan sodomy.
Lepas itu, mereka beritahu rakyat bahawa penyiasatan kes-kes perlu dilaksanakan oleh polis tanpa kekacauan dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa termasuk UMNO.
Sekarang bila laporan doktor terbongkar kata Saiful tidak diliwat, Syed Hamid Albar pulak mengigit jari lalu menggalakkan supaya polis mempercepatkan penyiasatan.
Bila RPK membuat statutory declaration, kenapakah Badawi perlu membuat bising and kata Najib and Rosmah tidak berdosa?
Kepala otak Badawi tahu setiap langkah, perkara dan tempat yang Najib dan Rosmah buat and pergi.
Malam tu, Badawi bersama dengan Rosmah ke? hahahahaha
woi ape ke bahlol sgt penyokong anwar ni, klau nafsu dah memuncak sapa pun dia tak ingat dah, memang sahihlah yg sokong anwar ni kalau tah bodoh - bebal kalau tak bebal- bangang kalau tak bangang - bahlol..anwar tu kalau dpt bercakap memang suci habis, tapi isi perut hampeh…