Cara Membeli Belah di Laman Ebay
June 28th, 2008, by Noorizam Shah

Cara Membeli Belah di Laman Ebay

Antara soalan yang diajukan ke kotak emel saya ialah:

Bagaimana hendak membeli produk di laman web Ebay? Susah ke stepnya?

Sebenarnya, membeli di laman web Ebay adalah mudah dan selamat. Sistem checkoutnya memang mesra pengguna dan anda akan melihat setiap langkah demi langkah yang perlu anda lakukan apabila anda mula membuat pembelian produk di laman web Ebay.

Saya juga seorang pembeli produk di laman web Ebay. Jika ada benda yang nak cari, saya akan memilih laman Ebay sebagai destinasi mendapatkan produk. Jika tidak ada, baru saya rujuk di laman web lain.

Bagaimana anda boleh melihat produk-produk yang tersenarai di laman Ebay?

Apabila anda pergi ke laman web Ebay, di laman utamanya anda akan dapati beberapa kategori pilihan. Disini anda boleh memilih produk yang anda inginkan.

Anda boleh klik pada link Buy yang terdapat di bahagian atas laman web atau memilih kategori yang disediakan di bahagian sebelah kiri laman web.




Klik pada link tersebut dan anda akan dibawah kepada beberapa sub kategori sehingga anda menjumpai produk yang anda inginkan.

Untuk membeli produk-produk ini, anda mestilah membuka satu akaun di laman web Ebay. Bagi anda yang ingin membuka akaun sebagai seorang pembeli, pendaftaran adalah PERCUMA!

Sphere: Related Content

9 comments Subscribe Comments

  1. Bro boleh pakai maybank2u cam lelong ker???
    Aku dulu rajin ke lelong…

  2. zool: kalau shopping kat ebay Malaysia, boleh guna maybank2u.

  3. jual jet pun ada….

    nak order jet boleh ke? jet pejuang sebijik… nak guna pi kerja aaaaaa….

    jet pejuang pun boleh jual? apa apa sahaja laaaa… menarik sungguh citer ebay nih…

  4. hahhahaha…mcm ada dlm ebay…aku nak jual bmw kat uk..ahak ahak

  5. By pali on July 21st 2008

    bagaimana cara pembayaran dlm ebay ni yer??

  6. pali.. jika anda membeli produk di sini http://www.ebay.com.my, anda boleh bayar menggunakan cash deposit, perbankan internet, pindahan wangatau paypal.

    tetapi jika anda membeli produk disini http://www.ebay.com anda boleh membayar menggunakan paypal

  7. By marzuki on November 21st 2008

    norizam…
    bagaimana jika saya mahu membeli barang di ebay?
    adakah boleh dipercayai?
    macam mane jika biding saya menang,lepas tu macam mana saya nak wat pembayaran?
    disini saya amat musykil bagaimana caranye..

    paypal?
    ape sebenarnye fungsi paypal..?

  8. Norizam sy nak tanya sikit you mesti ada beli barang Kat ebay. Saje je nak tau, jenis barang macam mana u beli.

    Lg satu sy ada beli bateri smartphones dengan silicone case dkt ebay. dah seminggu tak sampai-sampai. Apakah yg berlaku sebenarnya.

    Adakah barangan yg dibeli ditahan di mel courier KLIA..????? Kemungkinan ditahan adalah kerana barangan tersebut adalah barangan kawalan yg mane ditahan oleh pihak kastam. atau kenapa ye!!!

  9. kmzseo: bateri adalah produk yang perlu perlepasan kastam. maybe barang tu sangkut kat airport klia. cuba semak.

    p.s: saya juga collectable items, tshirt, jam, jam dinding, kepala tali pinggang, rantai. ;)


Add your comment