Bagaimana Hendak Mencari Pembekal Produk Di Tempat Anda?
June 26, 2008
Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet berasaskan produk fizikal, pasti ingin tahu bagaimana anda boleh mendapatkan pembekal untuk produk-produk pilihan anda.
Jika anda seorang penjual individu atau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah, sememangnya agak sukar untuk mendapatkan pembekal. Ini kerana, kebanyakkan pembekal di Malaysia ini tidak akan menjalankan perniagaan dengan orang perseorangan.
Dari pandangan mereka, anda sebagai seorang penjual selalunya akan membeli produk mereka pada kuantiti yang kecil dan ini tidak memberikan keuntungan kepada mereka.
Sebagai contoh, anda nak beli sebatang pen, tetapi anda mahukan harga sebatang pen itu dengan harga borong.
Namun begitu, anda masih lagi boleh mendapatkan produk yang anda inginkan tetapi tidak pada tawaran harga borong. So, disini anda akan mendapat harga sedikit tinggi dari harga borong. Tujuannya memberikan anda keuntungan yang kecil sahaja.
Ada beberapa cadangan yang boleh anda praktikkan disini.
Cuba anda berhubung terus dengan pengeluar atau pembuat produk tersebut. Cuba dapatkan produk ini terus dari mereka tanpa melalui orang tengah (pembekal).
Anda perlu faham, di Malaysia, tidak banyak syarikat pembuat atau pembekal mengiklankan perkhidmatan mereka secara umum. Jika anda seorang yang benar-benar minat untuk berniaga sendiri, anda perlu rajinkan diri anda untuk menyelak suratkhabar, superpages dan majalah atau pun di internet.
Walaubagaimana pun, anda jangan terlalu bergantung harap untuk mendapatkan pembekal-pembekal tersebut. Jika anda mempunyai daya kreativiti, anda boleh menghasilkan produk anda sendiri seperti kraftangan, sulaman, anyaman, lukisan, hiasan dan sebagainya.
Sentiasa berfikir kreatif dan positif. Insya-Allah kejayaan pasti milik anda.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Bagaimana Hendak Mencari Pembekal Produk Di Tempat Anda?”
Got something to say?





















































salam bro…untuk membeli menggunakan paypal….adakah kita perlu add kredit card didalam ebay.com…sori kalau salah tempat
kita: akaun ebay kena verify dengan kredit/debit kad dulu atau verify dengan paypal dulu.
yap. verify dengan paypal je. Senang sket.
Noorizam.. Saya nak jual baja vermikompos..
Kat ebay boleh jual ker????
Nak jual kat pembekal tak mampu.. sebab diorang nak bertan2 je…
Zool,
Kena cx dulu dengan TOS ebay saya dibenarkan menjual bahan kimia atau tidak. Tapi kalau nak try. boleh test market Malaysia dulu. guna listing percuma je.
Hm.. listing percuma ..
takpe nanti try survey dulu…