Apa Mereka Kata Tentang Monsun-Biz.com milik MIRSB

June 25, 2008

Pagi ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pendapat dari rakan-rakan hasil perbincangan di forum jombincang.com

Dari MatSibuk: Pada pandangan aku la, monsun biz ni berkonsepkan menyediakan ruangan bagi member yang join program mereka. Something they claim like ebay (dan aku pernah terbaca bahawa mereka boleh beat Ebay punya website!) walaupun kalau kita tengok kat ranking Alexa tu…. huhuhuhu sungguh menyedihkan!

Ruangan yang disediakan ini dipanggil lot-lot maya akan disewakan kepada member yang join dengan harga-harga yang tertentu (dan sudah semestinya sangat mahal! Walhal dengan kos harga tersebut, anda sebenarnya boleh jadi reseller pada sesuatu webhosting lagi! tak perlu nak tumpang-tumpang website orang lain eh!)

Antara produk mereka pula adalah Bossmailer. Jika apa yang difahami aku sekarang ni, Bossmailer adalah satu software yang berfungsi untuk harvest email dari segala pelusuk dunia dan of couse tanpa kebenaran empunya email (kalau ko la, ko marah tak?) kemudian juga mempunyai fungsi mass sending email kepada semua email yang diharvest tadi. Jika fikir logik, ianya lebih kepada fungsi sesuatu spam tool kan? Collect email dan send email tersebut tanpa kebenaran. Walaupun mereka ada claim bahawa dalam email tersebut ada satu link yang menyatakan penerima boleh unsubcribe pada email tersebut (persoalannya, bila pula mereka subscribe untuk membenarkan email tersebut dihantar ke peti mereka???)

Jadi korang boleh fikir sendiri apakah kebaikan atau keburukan program ini yang telah banyak menelan beribu-ribu ringgit dari orang-orang yang telah tertipu sekian lama.

Dari Blalang: Saya pernah mendapat email keluhan mengenai mangsa yang terpengaruh dengan monsun biz ni. Kata beliau, perlu modal yang banyak untuk berjaya. Bayangkan kos iklan kat paper seminggu dah berapa..lepas tu hanya 10 orang yg download iklan sms dia tu. 10 X RM1 (bahagi dua dgn ISP) = RM10 sahaja. Modal iklan pun tak balik.

Lepas tu nak dapat payment dari ISP makan masa 2 bulan.

Belum kira modal beli lot kredit dari monsun, minima RM5 ribu. Lepas tu modal menghadiri seminar lagi dari Kelantan ke KL + sewa hotel+minyak+tol .

Kira-kira mamat tu dah kerugian hampir RM10,000.

Itu belum yang masuk RM50,000 tu… kiranya monsun ni scam secara terhormat

Dari Yusry: benda mengarut. tak logik. tak reliable. scam + spam.

ambil peluang belit duit drp ketidaktahuan masyarakat mengenai kaedah sebenar jana duit di internet. Mereka inilah yg merosakkan market

Dari JutaCash: Saya sendiri pernah menghadiri preview yang dibuat oleh Pn Nora ni..Memang merosakkan industri perniagaan internet itu. Dia kononnya mengatakan bahawa peluang ini lebih diutamakan kepada org melayu bagi membantu org melayu.Tapi dari pemerhatian saya, dia menggunakan org melayu sendiri untuk menipu.Kerana apa? kerana orang melayu lebih mudah ditipu.Dia mengatakan dia adalah usahawan melayu yang genuine. Yang lain adalah menipu.Sebagai contoh, dia menjual package Payment gateway berharga RM5,000. Apa yang akan anda perolehi? satu laman web yang menggunakan perisian oscommerce+payment gateway yang disediakan oleh Netbuilder (jika x silap ). Setiap transaksi akan ditolak charge perkhidmatan dan pencairan duit ke akaun bank anda mengambil masa 7 hari bekerja.Dan rata-rata yang menghadiri preview itu adalah mereka yang tidak tau selok belok perniagaan internet.Antara beberapa soalan saya yang tidak dapat dijawab oleh penceramah :

1. Paypal telah menjadi payment gateway popular dan percuma..malah hanya mengambil 3 hari saja utk transfer ke debit card.Kenapa tidak menyarankan pelanggan menggunakan Paypal?

2. Jika menggunakan Paypal, boleh di gunakan seberapa bnyk website yang kita ada sebagai medium pembayaran. Kenapa payment gateway mereka hanya boleh digunakan di satu website sahaja?

3. Kenapa mereka tidak membenarkan pelanggan yang membeli payment gateway diberi CPANEL password?

4. Adakah hosting yang mereka sediakan selamat?

5. Bolehkah tunjukkan kepada bakal pembeli surat perjanjian antara MIRSB dan ISP (Celcom,Maxis atau Digi ) yang mengatakan bahawa pembayaran dari kuiz yang dibuat oleh pelanggan akan dibayar dalam masa dan ditetapkan sebagai JAMINAN?

6. Kenapa harus membayar RM50,000 bagi sistem Monsun? Apakah kelebihan sistem tersebut

Semua soalan diatas dijawab dengan - Ia bagi tujuan keselamatan.

So, adakah ia juga selamat bagi kita sebagai pengguna?

Dari Manmocang: 1st ayat bila saya tahu mobile income dan monsun biz ni, saya kata BODOH je join. hehehe. Kurang ajar sikit.

Sebab kalau nak bisnes kat internet paling kuat pun RM100 nak beli domain + hosting. Lain-lain tu belasah free je. (kalau tak free pun…pandai2lah cari free..hahaha).

Mereka ni akan rosakkan lagi reputasi internet biz ni. Itulah masalahnya kalau kelulusan lesen buat-buat semua ni dibuat oleh yang orang buta IT dan Internet Biz. Lepas tu benarkan iklan disuratkhabar, iklan di TV.

Kalau kita nak memartabatkan semula internet biz ni, kita kena pakat ramai-ramai tulis pasal mereka ni. Tapi jangan sampai menjatuhkan. Kita tulis sebenarnya nak jadi internet biz berapa modal kena ada. Boleh guna blog. Bagaimana cara betul marketing

Dari Ahmad21: Ini adalah pengalaman saya melabur dalam Monsun.biz.
Mula2 nya saya mendengar ceramah di Shah Alam Quality pd bulan awal April 2008.Dan kerana saya ada cukup wang dan tertarik dng kempen pengulas prodak nya jadi saya melaburah sabanyak RM 10.000.
1. Pendaftaran saya sacara resmi adalah pada 13/04/2008 dan saya ada restit nya sebagai bukti.
2. Pada 13/04/08 saya telah menghadiri kursus Gateway 2020 dan 3M BossMailer berbayar sabanyak RM 100.00. Dan dalam tu borang telah saya isi penoh dan Syarikat saya telah saya daftarkan diatas borang Gateway 2020 TETAPI SAMPAI KAHARI INI TIADA JAWAPAN.
Cuba kawan2 fikir semua kalau gateway tak di luluskan saperti janji Norli JUTAWAN dalam 2 minggu sahaja inikan pula dah 2 bulan lebih belum lagi nampak apa2 bayangan.
3. Pada 20/04/08 saya telah pergi kursus 3mbossmailer dan Monsun berbayar RM 100.00 .
Kesimpulan nya kursusnya adalah low class dan orang teknikal nya tak cukup mahir dan berkelayakan.
Sekarang saya ingin mendapat nasihat dari semua kawan2 semua apa tindakan harus saya buat untuk mendapat balik segala wang kerugian saya.
Sekian dan Terima Kasih.

Ada lagi?

Popularity: 13% [?]

Sphere: Related Content

Comments

45 Responses to “Apa Mereka Kata Tentang Monsun-Biz.com milik MIRSB”

  1. Noorizam Shah on June 25th, 2008 2:42 pm

    apa pandangan anda?

  2. xmindfreakx on June 25th, 2008 4:13 pm

    ahaha….perniagaan mereka dan pelan perniagaan mereka amat kabur dimata aku..langsung x boleh aku percayai..itu kata aku..pasnie,ramai la orang masuk kasi komen…

  3. Abdul Rashid Basar on June 25th, 2008 4:51 pm

    Saya pernah lihat iklannya di tv dan akhbar metro. Pada pendapat saya, bisnes mereka nampak macam pro kerana mendapat liputan khasnya di TV. Ini memerlukan belanja pengiklanan yang tinggi.

    Masalahnya jika kita hendak join memerlukan modal yang besar….sedangkan jika kita kaji…modalnya ciput jer kalau buat sendiri contohnya sistem penerimaan bayaran, sistem menerima pesanan dan sebagainya…boleh kita buat sendiri…..ARB Dagang

  4. Firdaus on June 25th, 2008 5:06 pm

    Ini pendapat saya jika nak bangsa melayu tak ditipu monsun-biz.

    Bagitau Irfan Khairi jutawan INternet dah dikenali media

    suruh dia buat press statemet kat Paper harian metro berita harian majalah TV3 TV1 NTV7

    lagi satu bagitau saja tun dr Mahathir dia kan lantang cakap kat TV paper suruh dia letak kat blog chedet

    dan cara terhebat kalau berani tulis email kat news@tv3.com.my biar Buletin utama kupas baru monsun-biz tak jalan kan aktiviti tak bermoral pada buta it

  5. megat on June 26th, 2008 12:03 am

    aku rasa hal nie telah banyak kali disebut-sebut termasuk pada entri aku yang lalu. tapi yang aku tunggu adalah kepastian dari pakar untuk menyiasat serta mengupas secara serius tentang perkara ini.

    jumlah nya bukannya sikit. kesian aku tengok orang kita (melayu) yang kena tipu. hanya orang melayu yang berjiwa orang putih jer yang pandai menipu dan mengambil kesempatan terhadap orang sendiri.

    mereka ni belajar untuk meniaga atau menipu!?

  6. senangaje on June 26th, 2008 1:32 pm

    peh.. iklan kat metro cam gempaq “calon jutawan 2008 En….”

  7. titan on June 26th, 2008 7:07 pm

    aku dah tulis kat blog aku. Apa yang aku mampu cakap. Abaikan. Jangan tanya kenapa.

  8. ash on July 8th, 2008 4:05 am

    Dah tengok iklan, website dan dengar penerangan dari orang mereka, sah saya takkan masuk. Apa la, website seemore tu macam apa je. Karut. Macam ambik script php free sebijik, dah try da. Dari rugikan duit rm5 ribu(minimum untuk join), baik setup sendiri lah pendek kata. Sekian

  9. abdfatah belajar seo on July 8th, 2008 9:44 am

    apa yang bestnya pengurusan baru mirsb? nampaknya ada ceeerita yang semakin menarik perhatian… jom kita terjah mirsb…

  10. abdfatah belajar seo on July 9th, 2008 12:34 am

    monsun biz sedang hangat terbakar…. apa dah jadi?

  11. matamata on July 14th, 2008 6:41 pm

    Sekarang ni Nora dan suami telah menghilangkan diri!..MIRSB diambil alih oleh Datuk Zubir (Bo0ss Besar)…Dengar cerita duit dlm akaun MIRSB pun kena sapu habis, tinggal RM70. Lepas ni apa nak jadi? x tau?
    Memang sah semua ni dah dirancang!

  12. Capik Hensem on July 16th, 2008 12:56 am

    mcm #$%@..mcm gampang..sial diorg!!!!!!!habis duit mara aku 5000!!!!!
    Jutawan kepala atok kau!! e-mel capit:syafiq@fan.com

  13. Capik Hensem on July 16th, 2008 1:01 am

    klo korg nk tgk 1 website yg totally bg korg info psl bisnes ni..bkk je
    http://www.syazai.tl.my
    ..mmg totally free info n download..dah klo free..x kan diorg nk tpu plak kan?

    jgn ikut bisnes cam mirsb yg mintak duit dan bg service cam siput kt gue kt hutan..

  14. Capik Hensem on July 16th, 2008 1:03 am

    http://www.seemore.com
    tu nak tiru google r…
    ble korg bukak..1 hbuk pun x paham..x caye??
    G lah bukak “seemore” tu..

  15. kktang on July 19th, 2008 4:33 pm

    I wanted to know more about MIRSB & MONSUN.
    What sort of internet business they do?
    Seem like many people criticize & against the company.
    It is very bad condition for the this company now.
    Hope someone can answer me.
    kktang@topharvest.com.my

    Thks & rgds

  16. abdfatah on July 20th, 2008 7:37 am

    ramai yang mengkritik… apohalnya yang dah jadi? apa cerita disebaliknya mirsb dan monsun biz? mana jutawan mirsb? booss besar hambik alih dah? tentunya lebih besar lagi jumlah jutawan yang ditawarkan?

    apa perkembangan selanjutnya?

  17. MatBond on July 26th, 2008 1:32 am

    Assalamualaikum,

    Monsun-biz.com atau Pn. Nora boleh dikatakan sebagai Hot Topic yang menghangatkan trafik blog & forum kini. Yang tertipu, menipu dan serah diri untuk ditipu semua meluahkan kata-kata dan kritik masing masing.

    Saya suka membaca blog2 & forum2 yang mengaitkan perniagaan Monsun-biz dan Puan Nora. Saya adalah bekas pekerja Business Intergrated Resources Sdn Bhd yang telah lama berhenti kerja tetapi masih mengikuti perkembangan bisnes ini dari semasa ke semasa. Saya pasti, anda semua baru mengenali syarikat ini setelah bisnes Monsun-biz di lancarkan atau mungkin setelah wujud beberapa speaker2 baru yang mempamerkan iklan2 MIRSB di dada-dada akhbar terutamanya Harian Metro.

    Tulisan matamata telah menjemput saya untuk bersama-sama berkongsi apa yang saya tahu tentang “rancangan” ini.

    Zubir = Bukanlah seorang Datuk atau Dato’ sepertimana yang digelarkan. Terkejut beruk jugak bila baca dalam paper berkaitan dengan filem Gentayangan yang akan di pasarkan di web seperti di Gua.com.my Zubir dah pakai nama Datuk. Datuk yang ada cucu pun dia tak pass ni kan pula Datuk pangkat.

    Beliau adalah pemilik BIR (Business Intergrated Resources Sdn Bhd) yang telah memperkenalkan Mobile Income pada 2006. Ketika itu Mobile Income sudah pun memjalinkan satu hubungan erat dengan Everworks dimana BIR menjual pakej2 yang dibina oleh Everworks. Mereka menjual pakej aplikasi SMS Gateway yang dikenali sebagai Callcenter yang mana pengasas asalnya adalah En Nazri (Whizz Portal/ bekas Timb. Presiden Mobile Income sebelum Pn. Nora). Perniagaan Callcenter telah HIT jualan yang sederhana sehinggalah Puan Nora muncul sebagai agen Mobile Income bermodalkan RM500. Setelah berkenalan antara Zubir dan Puan Nora, Zubir telah menggunakan Puan Nora sebagai alat menjanakan pendapatan. Dengan kapasiti kerja dan strategi yang luarbiasa milik Puan Nora, BIR telah mencapai satu angka pendapatan yang amat lumayan. Namun, Puan Nora hanya sebagai seorang agen biasa hanya memperolehi komisyen sahaja.

    Bimbangkan Pn Nora keluar atau menyertai syarikat lain, Zubir telah menawarkan Pn Nora syer di syarikat. Tetapi setelah setengah tahun beroperasi, Zubir masih tidak masukkan nama Pn Nora di syarikat dengan alasan masih banyak masalah yang belum di selelsaikan. Pada ketika itu Zubir membela 2 orang sahabatnya iaitu Dr. Wan Khairul Anwar dan Azmi. Mereka ini kaki joli. Oleh kerana bebanan tanggungan mereka ini lah, Zubir menjadi manusia yang zalim. Wang syarikat surut bak air di sinki dan dengan tak segan silu, Zubir memohon agar En. Nazri membuat pinjaman dengan along. Setelah wang diperolehi,… En Nazri telah di tuduh sebagai orang yang tak bertanggungjawab kerana merosakkan reputasi syarikat dengan meminjam dari Along. Pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada Nazri sehinggakan Nazri malu untuk berniaga. Fara Tech yang di miliki isteri si Nazri pun mendapat tempias dari fitnah tersebut. Setelah Nazri di pecat, Zubir telah menawarkan jawatan Nazri kepada Pn Nora. Kebetulan pada masa itu, jumlah jualan Pn Nora amatlah luarbiasa. Setelah dipujuk rayu, Pn Nora telah bersetuju menggantikan tempat yang di kosongkan tadi.

    Dengan kesungguhan dan keazaman untuk menjadi jutawan dan telah tersemat di hati Pn Nora, bila beliau berjaya nanti akan di bantu siapa sahaja yang susah untuk menjadi senang; Puan Nora lagi sekali mencipta rekod jualan yang tak pernah di sangka2 oleh Zubir. Kali ini Zubir dah mula tamak. Di keluarkan semua wang dari syarikat (termasuklah duit hasil collection SMS dari pelanggan) dan di tuduh pula pegawai akaun yang bernama Za mengeluarkan duit tersebut. Berbulan2 di bawa cerita dongeng mengatakan si Za melesapkan duit tersebut. ( Yang herannya kenapa dia tak buat laporan Polis?? Kalau betul si Za melesapkan wang syarikat… sedangkan minah tu hanyalah pekerja biasa sahaja).

    Kini alasan semakin kukuh untuk merosakkan nama seorang lagi sahabatnya yang mulakan perniagaan ini. Sufian…. di suruhnya Sufiah berhutang dengan along untuk cover expenses syarikat…

    bersambung… (dlm keluaran akan datang saya akan ceritakan siapakah Sufian, Fiza, Ayu, Hasnor, Mastina dan semua pekerja yang membawa panji2 fitnah dan rancangan si Zubir bedebah tu… tunggu…

  18. Noorizam Shah on July 26th, 2008 12:37 pm

    Ini pula feedback yang saya terima dari callcenter.teknikal[at]gmail.com:

    Sekarang ni Nora dan suami telah menghilangkan diri!..MIRSB diambil alih oleh Datuk Zubir (Bo0ss Besar)…Dengar cerita duit dlm akaun MIRSB pun kena sapu habis, tinggal RM70. Lepas ni apa nak jadi? x tau?

    Memang sah semua ni dah dirancang!, (ini adalah tulisan matamata). Anda hanya layak jadi mata-mata tapi tak layak untuk jadi CID. Pn. Nora dan suami bukannya cabut dari MIRSB sebab melesapkan wang tapi setelah Zubir (sebenarnya bukan Datuk tetapi menggunakan nama Datuk palsu untuk mengaburi mata orang ramai termasuk Pn Nora sendiri) melesapkan wang tersebut. Puan Nora amat kecewa sebab setelah sekian lama berusaha menaikkan nama MIRSB, Zubir dah keluarkan wang lebih RM10juta dari akaun tanpa disedari. U kena tahu cerita sebenar dulu sebelum membuat statement di blog atau di mana-mana media. Yang semestinya mengudang padah. Dengar cerita, team Pn Nora telah membuat laporan polis berikutan penyebaran blog & forum yang memfitnah diri mereka di dalam penipuan. Saya memiliki semua rahsia berkenaan dengan aktiviti Zubir bermula dari Business Intergrated Resources Sdn Bhd. (Kes En. Nazri sekarang pemilik Edorey & Whizz Portal yang melibatkan peminjaman wdari along atas arahan Zubir) sehingga sekarang. Setelah kajian dan penyiasatan selesai,.. semua yang buat fitnah dan menyebarkan dakyah dan hasutan di blog & forum, akan dibawa ke muka pengadilan. Matamata,.. jaga-jaga tulisan anda,.. check poket anda sebelum mengeluarkan kata-kata….

  19. MrJeSs on July 28th, 2008 9:01 am

    a’kum
    MatBond = Nazri ??
    hanya org2 tertentu sahaja yg tahu nama sebenar Dr Wan & Driver Zubir tuh (Azmi)
    ;-)

  20. MrJeSs on July 28th, 2008 9:11 am

    Saya syak MatBOnd ni antara bekas pekerja “kasta tinggi” BIR dulu
    yg berpangkat “tinggi” dan lelaki setahu saya hanyalah
    suffian,kassim,yus,dr wan,NAZRI dan sorang lg konsultant tu (nama lupa la..)

    yang nama 4 org pertama yg saya sebut tu masih bersama zubir…
    yg nama 2 terakhir tu jer yg “jauh hati” ngan zubir

  21. Spy leman on July 29th, 2008 4:21 pm

    mat bond ni sebenarnya….ada lah pekerja Nora….yg di pungut di tepi jalan pekan kota bahru yg d ajak oleh puan Nora tinggal bersama nya di kuantan phg……..dia lah anjing dan penasihat nora yg caklibut lari dan tinggal kini di villa puteri condo……dia org dah bukak ofis d i condo tingkat 10….kalau yg rasa tertipu pergi lah tunggu kereta nora wht 86 bmw…ada kete adalah…dia org bukak ofis d condo je….nak larikan diri berkempulan setelah menipu org ramai…

  22. Spy leman on July 29th, 2008 4:26 pm

    Maklumat kami terima dari pekerja cina..nama Irene…dulu nora dah plan nk lari ke kuantan teluk sisiek ofis,skrg tak jadi..dh siap 2 lori menunggu dah..tp stay skrg di villa puteri…lg senang u all nk serang hendap mereka semua…semua pekerja nya pakat off hp…mmg x jwb pungggg….kalau berani kerana benar buka lah hp dan jwb semua yg nora n tim dah rembat duit client n jwb…..irene ada cakap dia org buat trg classs….near swimming pool di tgk 2 condo…atau gunakan zamimah dan lakinya..yg pakai spec tu…

  23. MrJeSs on July 30th, 2008 8:48 am

    last 2 week…ofis pn nora di Jln Teluk Sisek dh tutup…signboard dh takde
    husband Zamimah tu namanya Zahid..
    Time diaorg tgh “masyuk” dulu,staff2 (esply marketing) diaorg makkk oiiiii
    berlagak giler…

    antara pn nora & zubir…
    saya lebih rapat ngan pn nora berbanding zubir
    tapi dlm kemelut sekarang nih…sy lbh berpihak kpd kem zubir

  24. staf puan nora on August 28th, 2008 6:21 pm

    Puan Nora boleh di hubungi d 03-40428086,Kami ada di condo villa Puteri,blkg the Mall je..www.ei8htyix.com.

  25. staf pn nora on August 28th, 2008 6:25 pm

    website kami http://www.ei8hty6ix.com,sila komplen di sini gak,kelas pun ada gak.Kami tak tipu.

  26. MrJeSs on September 2nd, 2008 11:00 pm

    ingatkan pn nora jual kuda dlm web tuh..
    heh heh heh

  27. LanDloRD on September 8th, 2008 2:58 pm

    Salam

    saya dah jadi blur dan pening skrang nie..saya ada buat peraduan menggunakan 33886 dan sampai sekarang belum dapat claim kerana syarat adalah lepas 3 bulan baru boleh terima bayaran.

    dalam “payment redemption system” (kepada yg mempunyai i-gomobile) ada column tertera “90% profit sharing” sedangkan MIRSB mengatakan perkongsian adalah 50% antara Telco dan bayaran dibuat terus oleh Telco dengan di masukkan ke akaun.

    Kepada pengguna i-gomobile yang pernah menerima bayaran sebelum ini atas penganjuran contest atau sebagainya,harap dapat berhubung dengan saya supaya dapat bertukar fikiran dan saya inginkan penjelasan lanjut.

    Harap dapat membantu.

    faizal_ts@yahoo.com

  28. lyralia on September 11th, 2008 10:46 pm

    salam….smlm i ada terima surat dari dr zubir..promote produk baru yg namanya Callcenter SMS iBrand…!! ada 50% discount lgi = RM 500. Katanya boleh menjana pendapatan sehingga RM 1.25 JUTA..!!!!

    any comment…?

  29. LanDloRD on September 12th, 2008 11:03 am

    lyralia,

    i beleive when we started with Monsun and i-gomobile scheme..this word keep coming out from his mounth..”To Create new Millionare in 6 month”.But the truth????

  30. MUNIR on September 16th, 2008 4:13 pm

    DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA

    P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul

  31. PakLemanPergiMemandu on September 16th, 2008 10:05 pm

    Kesian…kesian…kesian… :-(
    Apo nak dikato…
    Buatlah sidang media dan suruh TV3 datang. Jangan lupa bawak sekali En Karam Singh Halia tuu….

  32. Firdaus on September 17th, 2008 1:54 pm

    Kesimpulannya nak kaya bukan senang la kena usaha dan diperkenan kan Allah kan Semoga semua diberkati Allah amin

  33. JEman on September 20th, 2008 2:11 pm

    Aku dah rugi 5k.xsangke opis kat the mall dah bungkus.sebelum nie aku nak claim duit aku pada bulan may08 tapi diaorang asyik mengelak,19/09/08 pegi opis kat mines sunyi sepi telepon xangkat dan takde orang kat opis. kpd semua yang dah tertipu jom kite pakat ramai2 buat laporan polis dan ambek tindakan ,hubungi saya di Azman_monsun@yahoo.com

  34. cempaka pagi on October 7th, 2008 8:32 pm

    MatBond ====>> Kami Semua tunggu cerite anda tentang sejarah MOBILE INCOME++ BIR++MIRSB
    HIDUPPPP…… MatBond

  35. lyralia on October 8th, 2008 11:08 am

    SALAM…

    LYRA TERMISS EMAIL KAT BWH NIE..BARU BACA PGI TDI TIME NAK CLEARKAN INBOX..EMAIL RCV ON 19/9/08. ADA SAPE2 YG TERIMA EMAIL SAMA MCM NIE? ANY COMMENT?

    ———————————————————————————————————————

    From:
    Date: 2008/9/19
    Subject: Tawaran Untuk Menjadi Stokis Bagi Produk IGOMOBILE
    To: pr.synergy@gmail.com

    Kepada ;

    Tuan/puan/sdr/sdri yang dihormati sekalian,

    Assalamualaikum wbr,

    18/09/2008

    Tawaran Untuk Menjadi Stokis Bagi Produk IGOMOBILE

    Merujuk perkara diatas sukacita saya memaklumkan kepada semua pelanggan produk IGOMobile bahawa anda ditawarkan untuk menjadi stokis kami mengikut kawasan/daerah/negeri. Peluang menjadi stokis ini dibuka kepada mereka yang telahpun pernah mengikuti latihan teknikal yang pihak kami kendalikan serta berpengetahuan luas dan berkeyakinan untuk memasarkan dan menerangkan kepada pelanggan-pelanggan baru kami.

    Pihak kami menawarkan 2 pakej yang menarik untuk menjadi stokes kami iaitu;

    Pakej A ; Modal Hanya RM 2500

    1 set starterpack IGOMobile akan dibekalkan.(KREDIT 14 HARI)

    Kos ; 1 set igomobile (RM2500)

    Syarat; perlu membuat jualan 1 set IGOMobile setiap bulan.

    Keuntungan sekiranya anda berjaya membuat jualan 1 set

    Pada setiap bulan ialah RM2500 x 1 set = RM2500

    Pakej B ; Modal Hanya RM5000

    5 set starterpack akan dibekalkan (KREDIT 14 HARI)

    Kos; 1 set IGOMobile (RM2000)

    Syarat;perlu membuat jualan 5 set IGOMobile setiap bulan.

    Keuntungan sekiranya anda berjaya membuat jualan 5 set

    Setiap bulan ialah RM3000 x 5 set = RM15,000

    Sekiranya anda berminat untuk menjadi stokis IGOMobile,segeralah berdaftar di http://www.i-gomobile.com/launching dan buat pilihan pakej yang betul.Tarikh Tutup Tawaran untuk pendaftaran adalah sebelum 15hb Oktober 2008.

    Anda perlu melengkapkan boring secara online diwebsite yang diberi,serta perlu menghadiri temuduga mengikut masa yang telah anda pilih.

    Anda akan diberi tips yang berguna dan berfaedah bagaimana menjana pendapatan secara maksima menerusi sistem igomobile.Surat tawaran dan stok igomobile akan diberi semasa sesi bertemu Ybhg Dato Dr Zubir Yahya sekiranya anda layak menjadi stokis kami.

    Kami amat menghargai anda sebagai pelanggan kami.

    “jenama dihujung jari”

    Mobile Income Resources Sdn Bhd - The Sole Marketing Arm of IGOMobile!

  36. Ahmad Syah on October 13th, 2008 12:36 pm

    I-GOMOBILE DAH TIPU KITE. SY JUGA RUGI BESAR. SY TAKKAN HALALKAN KUNCU2 IGOMOBILE MKN DUIT SY. MINTA TUHAN LAKNAKKAN ORANG2 NI

  37. Ahmad Syah on October 13th, 2008 12:45 pm

    PN NORA NI MMG BABI BESA. HARAM JADAH BTULLLLLLLLLLL. MAKAN DUIT AKUUUUU

  38. lyralia on October 14th, 2008 1:46 am

    salam…
    dengar citer ada landlord2 monsun yg nak buat perjumpaan dgn zubir pada11/10/2008..jadi ke? ada sape2 yg tahu hal nie?

  39. Hazman on October 21st, 2008 8:23 pm

    macamana pula dgn Pn Asiah pula . Sesiapa yang tahu apa ceritanya ? Aduh….

  40. DJ mix on October 29th, 2008 1:31 pm

    sape la mangkuk ayun yg bg menyamar jd staff pn nora ni??dah la bg no tepon menipu alamat pon menipu…dasar manusia busuk perut…menyusahkan org jerr…buduh!

  41. capricorn on November 2nd, 2008 4:06 am

    Salam. saya merasa tpanggil utk beri sikit komen & komplen. Mmg ramai melayu dah ttipu saya pun kena tapi bukan dgn MIRSB, agent nye Grand Virtual Resources opis d seremban. Masa insentif trng 2 hari akhir Julai 08, system x bfungsi, alasan server down. Tfikir gak tkan server down sampai 2 hari camne business ??? Maka owner GVR janji 2 minggu system ok. 1 bulan x ok. Akhirnye group kami dari intake 4 gi opis di Seremban. Nak mintak penjelasan tapi x dilayan. Call TV3 buat komplen & aduan dgn KPDN seremban. kalu korang ade tengok TV3 buletin 1.30 pd 16/09/08 itulah kami. Tapi kesal gak hanya beberapa org saje yg join buat aduan, yg lain tunggu & lihat. kami dah bawa kes ke Tribunal, hearing 27/11/08. Kalu Tribunal x boleh settle kes ni, kami gi Court, report polis dah buat pun. So…sape yg diluar sana nak join masih ade ruang. 1 matlamat- byr balik apa yg dah dilabur/lebur & nak gi tau sume Melayu yg MIRSB & agent menipu bangsa sendiri. Kalo kite x benteras dr sekrg nanti ramai umat melayu ditipu & ditindas kaum sendiri. >>> smr_capri@yahoo.com.

  42. pulut kuning on November 12th, 2008 8:23 pm

    marilah kita berdoa agar monsun berkekalan

  43. ChekMek on December 2nd, 2008 1:12 am

    Salam sume, ada sesapa disini tahu di mana zubir tu sekarang? Hmm.. rasanya pakej aplikasi SMS diasaskan oleh “team thn 2003″, kemudian terkandas sebelum zubir dapat cari tapak baru … Huhuhu.. besar juga ‘kepak’ dia skang ye..

  44. SilatLingkup on December 20th, 2008 9:47 pm

    Dato Dr Zubir bukan penipu! Dialah orang yang baik. Tak percaya tanyalah dia sendiri.. ;)

  45. Minah on December 27th, 2008 9:30 pm

    Cubee org2 yg join dgn Nora nii tunjuk testimoni kejayaan depa…yg dah sampai hujung tahun 2008 nii…cubee…cubee..manee..mane…

Got something to say?