Feedback Anda Adalah Penting!
June 24th, 2008, by Noorizam Shah

Feedback Anda Adalah Penting!

Lama dah tak tulis pasal panduan eBay.

Komunikasi dalam perniagaan adalah penting. Sebagai seorang penjual anda perlu peka dan prihatian dengan pelanggan anda. Ini dapat membezakan antara anda dengan pesaing yang lain.

Setiap penjual di eBay pasti akan berbuat demikian. Jika anda mengimpikan untuk berjaya sebagai seorang penjual di sana, anda perlu belajar untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi anda untuk bersaing dalam pasaran ini.

Contoh;

Anda menjual aksesori kereta jenis Toyota Vios di laman Ebay, kemudian ada seorang bakal pembeli menghantar pertanyaan kepada anda. Apabila anda menerima soalan dari bakal pembeli, pastikan anda menjawab soalan ini dalam masa yang singkat. Jangan biarkan terlalu lama untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Ini akan memberikan gambaran yang negatif kepada anda.

Bagi kebanyakkan penjual eBay, mereka tahu, feedback adalah perkara paling penting dapat perniagaan. Disini, para penjual akan menggunakan kesemua feedback yang diperolehi sebagai testimonial untuk produk dan perniagaan mereka. Mereka hanya memilih feedback yang positif sahaja. Apabila ianya dipaparkan sekali dalam list produk, ia dapat membantu meningkatkan keyakinan bakal pembeli untuk membeli produk anda.

Teknik ini amatlah sesuai bagi mereka yang memiliki laman stor di eBay.

Selamat berbisnes!

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Feedback memang penting. Kalau tak, kita takkan tahu bahawa sesuatu produk itu bagus atau tak.

  2. yup memang penting. tidak kira samada menjual produk fizikal atau digital.


Add your comment