Not Your Average Super Hero
Sebagai seorang ahli Glitterati Nuffnang, saya mengambil peluang ini untuk merebut peluang menonton tayangan tertutup filem Hancock.
Tengok dari ‘gazet’ filem ni memang best. Itu pun kebetulan saya ke AEON, Bukit Tinggi Klang.
Cuba anda bayangkan kalau “superhero” macam ni ada di Malaysia?
Kalau lah ada superhero macam ni kat Malaysia, apa yang saya nak dia tolong? Kalau boleh, saya nak suruh dia ni bawa saya terbang ke destinasi pilihan saya. Memandangkan harga minyak dah naik ini, elok juga superhero ni tolong orang Malaysia pie cari minyak kat dasar laut tu.
Maklumlah superhero macam Will Smith ini boleh buat macam-macam. Keretapi laju langgar dia pun tak mati… Terer giler..
Kalau boleh, saya taknak superhero macam dalam filem Hancock ni rosakkan harta benda awam. Cuba anda tengok gazet Hancock ni, habis papan tanda dirempuh, kereta polis selamba je kena tibai dengan dia, lepas tu boleh pula rosakkan bangunan-bangunan pencakar langit.
Oiii.. patutnya superhero macam ni kena pikir banyak belanja nak guna, kalau nak bina balik benda yang rosak ni.. Tapi takpa.. Superhero lah katakan..
Kan best ada superhero yang boleh turunkan harga minyak?
hehehe



















































huh superhero yg blh turunkan harga minyak!? kenapa telinga aku berdesing je bila terdengar perkataan minyak!?
nasib baik tak bernanah telinga… hehehe