Memahami Maksud Perniagaan Internet
June 20, 2008
Nota: Topik ini ditulis oleh seorang usahawan internet.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sangat-sangat baik. Tahukah anda bahawa saya sering mendapat emel yang bertanyakan bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet. Mereka ini sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu bagaimana ingin memulakanya. Pelbagai soalan bermain difikiran mereka…
Adakah anda salah seorang daripadanya?
Jika ya, maka saya akan cuba membantu anda. Jika anda sudah memiliki perniagaan Internet anggaplah emel pada kali ini dan beberapa emel selepas ini adalah sebagai ulangkaji kepada anda.
Baiklah kita mulakan dengan persoalan… Apakah itu perniagaan Internet?
Saya cuba ringkaskan seperti dibawah:
PERNIAGAAN - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung.
PERNIAGAAN INTERNET - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung menerusi Internet.
Sangat mudah bukan?
Kemudian anda pasti bertanya “Kenapa Aku Perlu Menceburi Perniagaan Internet?”
Baiklah saya cuba terangkan secara ringkas beberapa kelebihan perniagaan Internet:
- Anda memiliki bakal pelanggan yang sangat ramai. Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 ialah seramai 1,018,057,389 orang!
- Modal permulaan yang agak rendah berbanding mana-mana perniagaan lain. Oh, anda tidak perlukan modal berjuta-juta untuk memulakan perniagaan Internet.
- Tiada sempadan untuk berniaga. Saya sendiri pernah menjual kain batik ke Jepun!
- Kos pemasaran ada yang percuma.
- Mudah untuk dijalankan secara automatik.
- Kos pekerja dan operasi yang amat rendah. Oh, anda tidak perlukan sampai beratus-ratus staff semata-mata untuk memiliki sebuah perniagaan Internet yang memberikan anda keuntungan ribuan ringgit sebulan.
- Risiko rendah. Modal yang rendah, kos pemasaran yang rendah dan semuanya rendah kecuali untungnya jer tinggi maka secara tidak langsung risiko anda untuk gagal juga rendah. Anda tidak akan rugi beratus-ratus ribu ringgit walaupun anda gagal dalam perniagaan Internet. Jadi jangalah jadi pengecut untuk memulakan perniagaan Internet!
dan banyak lagi!
Baiklah ayuh kita masuki komponen-komponen perniagaan Internet.
Terdapat 4 komponen utama dalam perniagaan Internet dimana jika anda tidak miliki keempat-empat komponen tersebut maka anda tidak akan dapat memulukan perniagaan Internet.
1) Produk/ Perkhidmatan
2) Laman Web
3) Sistem Bayaran
4) Pemasaran
Anda perlu pelajari empat komponen di atas sebelum anda dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri. Oh, anda ingin mengetahui empat komponen di atas dengan lebih lanjut? Tunggu emel saya yang akan datang…
Oh ada soalan tentang pelajaran kita pada hari ini? Anda hanya perlu reply emel ini dengan soalan anda tentang topik pada kali ini.
================
Tawaran terkini
================
Anda kini tidak perlu takut lagi untuk memiliki blog sendiri. Walaupun anda sudah lanjut usia anda tidak perlu gusar untuk memiliki blog sendiri. Ataupun anda masih seorang pelajar anda tetap memerlukan sebuah blog untuk berkongsi pendapat anda dengan pengguna Internet lain. Sambil-sambil berkongsi idea anda sebenarnya boleh membuat wang melalui blog.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
10 Responses to “Memahami Maksud Perniagaan Internet”
Got something to say?






















































Perniagaan Internet ( Bisnessman Internet ) - Perniagaan Jangka Panjang yang tidak memeningkan kepala jika ada brg yg baik nichenya…Berfikir sekali buat keuntungkan berkali-kali..Kenapa saya kata begitu? cuma lihat di ebay lazimnya…status power seller ni tak tumpu byk benda..hanya 1-2 jerk.. ada yg lebih ikut kemampuan diri..untuk listing hanya ambil masa beberapa minit sahaja. Tak Penat pun…hohohohoh, Sambil tgk TV boleh packing2 oder..jimat masa. hohohoho…HARI2 ada selling…ula la la…
INTERNET MARKETING - seperti kata aku nyer sifu..nak jadi IM kena kuat kerja..berfikit mencari2 teknik terkini…kalau jual ebook bukan boleh tahan lama…boleh kebaaboom dlm masa beberapa minggu…lepas 1 tahun mesti dah slow gilerrrrrr…mungkin ada yg dah tak nak beli..
Kesimpulan yg aku dapat :-
Jadilah Bisnessman - kuasa bisnesman lagi hebat pada IM.
Hohohohohoho…
Perniagaan internet ni memang menguntungkan sebab modalnya murah..
tak perlu nak tebalkan muka jual produk…
Walaupun tips mudah diharap membantu saya untuk melancarkan perniagaan internet
shahraduan: yea.. pelbagaikan produk kita di internet… juallah produk fizikal sekali.. utk backup bisnes anda.
p.s: tadi sorang ‘pelajar’ saya dah mula dapatkan sales dalam masa 2 hari kelas bermula.. terketar-ketar dia tengok produk terjual ..hehehe
Perniagaan internet ni, tak semestinya memerlukan kos beribu-ribu ringgit, lainlah kalau jual almari, jual komputer, jual televisyen kat internet.. haaa yang ni mungkin kena modal besar. hehehehe
huhuhu…macam kau Noorizam Shah takpe dah…Kuasa FOKUS dan tinggi…boleh merancang…
jika kita mahu. semua boleh jadi. Masalahnya, ramai yang mahu tapi tak mahu buat keje..
ni sorang lagi si titan,kuasa duit cukup tinggi..hari2 bikin wang,,,hohoho
rajin betul shah dan titan ni jenguk blog ni yea.. jom pekena teh secawan! hehehe
boleh bg cadangan x mgenai barang2 yang boleh dijualkan di internet..more specific kalau boleh..lg satu,produk ape yang selalu laris apabila jual di internet?
saya boleh beri cadangan sahaja tapi keputusan terpulang kepada anda.
1. barangan bayi
2. handbag
3. jersey bola
4. stem
5. barangan antik
6. minyak wangi
7. nokia n95
8. Xbox
9. PSP
10. buku
sebenarnya, apa juga produk bleh dijual.. janji tau teknik nak marketkan produk. setiap produk lain permintaannya.. so kenalah rajin2 buat kajian.. dapatkan panduan ke..