Surat Pembaca Mengenai Perniagaan Internet Yang Mengelirukan
June 19, 2008
KEBELAKANGAN ini banyak syarikat yang menawarkan produk Teknologi Maklumat (IT) seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), iklan maya dan penghantaran e-mel pukal kepada bakal usahawan. Syarikat ini memberi jaminan bahawa bakal usahawan itu mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencapai status jutawan.Setiap hari iklan peluang perniagaan mereka yang agak mengelirukan dan menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan ringgit megah terpampang di media cetak dan elektronik. Modal yang diperlukan untuk mendapatkan produk IT itu bermula daripada ratusan ringgit sehingga cecah ke puluhan ribuan ringgit.
Namun, sedarkah kita bahawa terdapat begitu banyak rungutan yang diutarakan bakal usahawan Melayu yang membeli dan menggunakan produk syarikat berkenaan?
Antara rungutan ialah syarikat terbabit tidak melayan dan membimbing pelanggannya (usahawan) sebaik mungkin, berbeza dengan layanan yang diberi sebelum membuat pembelian produk itu. Kursus latihan mereka (yang juga perlu dibayar) hanya memberi fokus kepada cara menggunakan produk IT itu, namun tiada latihan khusus mengenai aspek keusahawanan, undang-undang dan pengetahuan IT. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju perniagaan masing-masing selepas tamat kursus.
Sesetengah produk IT yang dijual tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan beberapa sistem IT lain, yang lebih kurang sama keupayaannya serta boleh didapati di dalam talian internet secara percuma!
Untuk pengetahuan, jika bakal usahawan ini tidak mempunyai modal yang mencukupi, ada di antara syarikat ini yang menawarkan pakej pembiayaan permulaan perniagaan sehingga berjumlah RM50,000 melalui pakej rakan niaga bersama Tekun Nasional.
Rungutan mengenai masalah tahap profesionalisme, tiada bimbingan, tahap keupayaan produk IT dan jumlah modal pelaburan yang tidak berpatutan jelas terpampang pada forum dan blog internet. Malahan, ada di antara laman web produk berkenaan masih lagi dikategorikan pihak enjin carian Google sebagai berisiko tinggi kerana mempunyai kandungan perisian yang boleh memudaratkan sistem komputer. Ada juga produk IT mereka yang jelas menggalakkan aktiviti penghantaran sampah e-mel (spamming), yang mana aktiviti ini jelas bercanggah dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Malahan, terdapat juga produk perkhidmatan iklan maya (mirip seperti eBay) yang tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan laman web iklan tempatan lain yang terdapat di internet.
Saya amat berharap agar nasib segelintir usahawan Melayu yang sudah mengeluarkan modal besar tetapi tidak dapat mencapai apa yang dijamin syarikat terbabit dibela pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Aktiviti syarikat berkenaan perlu dipantau daripada semasa ke semasa untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan salah faham di kalangan usahawan yang kurang faham mengenai industri IT.
Jaminan keuntungan perniagaan yang sebenarnya tidaklah semudah ’sifir darab matematik’ yang dijaja syarikat ini kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda, seseorang usahawan perlu mempunyai keupayaan yang lebih daripada sekadar matematik mudah.
AMIR ZAHAR,
Teluk Intan, Perak.
Surat ini dipetik dari Bharian.com.my
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Surat Pembaca Mengenai Perniagaan Internet Yang Mengelirukan”
Got something to say?





















































Rasa cam penah tau je syarikat mana dimaksudkan tu..
Tak gitu tuan noorizam??
Yang aku heran. Apsal mamat tu tak sebut aje nama syarikat tuh? Nih main sindir-sindri je tak guna gak.. Orang yang tak tahu akan terus tak tahu..
hahahahhaha…orang yang peka dia akan tahu..!! MOBILE tut !!!! Pikir lah sendiri ?
bantingboy: saya rasa majoriti pembaca akan tahu pasal iklan-iklan ni.. terutama sekarang iklan satu mukasurat di harian metro.
pesanan kepada pakcik dan makcik dikampung, jangan jadikan pisang berbuah dua kali.
Kalau sebut nanti kena saman ek noorizam?? he he he..
ala semua internet marketer tau..
diorang tu terlalu hype…
benda ok matlamat dan cara salah..
memang berguna betol info ni.. memang teruja
apapun tiada jalan mudah utk menjadi jutawan kecuali
kita bila ada iklan2 yang menjanjikan kita menjadi seorang jutawan..
pada yang belom masuk (like me) selamat duit..
jalan pendek (yang penuh noda) kita pilih.