Anda Pernah Dapat Email Seperti Ini?
June 18, 2008
Pagi tadi, saya buka emel dan terdapat satu emel yang betul-betul menarik perhatian saya. Nak tahu apa isi kandungannya?
From: kelentong kuat
Sent: Wednesday, June 18, 2008 5:35 AM
To: noorizam [at] zetro [dot] com [dot] my
Subject: kebanyakan semer nya jual ebook - noorizamshah.com - contact formkalu cedok cedok dari ebook orang lain tak yah la. ngumpul duit dengan cara
gini tak baguh. dah ler mesti pakai software pirate masa nak wat ebook pastu
tup tup jual kata isi ebook tu engko nya…mana ada jalan wei labu—————————————————————————-
Sender info:IP: 60.50.18.133
Browser/OS: Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 6.0; en-US) AppleWebKit/525.18 (KHTML,
like Gecko) Version/3.1.1 Safari/525.17
—————————————————————————-
Hehehe..
Saya tidak melenting pun. Bagi saya si Labonan lagi teruk kot, sampai ada yang tak percaya budak 17 tahun buat duit RM10k dalam masa sebulan kemudian buat duit lagi RM13K dalam masa seminggu! ohoho
Kepada pengirim emel yang menggunakan nama dan emel palsu ini (tapi saya ada ip sebenar anda), biar saya jawab kat sini.
Jika anda ingin membuat ebook, anda tidak perlukan software pirate seperti adobe atau muaturun sebarang software di laman torent. Cukup dengan menggunakan open office iaitu software opensource. :).. FREE dan tiada lesen copyright!
Saya menulis melalui pengalaman sendiri, apa yang saya praktik dan amalkan bukan mencedok 100% isi kandungan orang lain atau sebagainya. Anda boleh guna idea anda sendiri dan terjemah mengikut gaya bahasa sendiri.
Mungkin penghantar emel ini telah atau pernah ditipu oleh penjual-penjual ebook yang lain, dimana isi kandungannya tidak berkualiti atau mungkin pernah menyertai program-program mengarut yang mengumpan ebook-ebook sampah sebagai daya penarik.
Memang diakui, terdapat mereka yang menghasilkan ebook tidak berkualiti dan anda sebagai pengguna seharusnya berfikir bijak dengan membuat carian dan membaca review-review di forum terlebih dahulu.
Tempat terbaik untuk anda mendapatkan kepastian adalah di forum WangCyber.com. Ajukan soalan dan kemusykilan anda disana.
Jumpa lagi!
P.s: orang penakut sahaja akan guna nama dan emel palsu. hehehe
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Anda Pernah Dapat Email Seperti Ini?”
Got something to say?





















































Nasihat saya… abaikan jer orang cam ni…. mereka ini cuba untuk melemahkan semangat kita untuk mencapai cita-cita kita
memang tak ambil pusing pun pasal email ini. hehe
kalaulah emel tu dihantar ke kawan-kawan yang baru nak bermula kat internet ni, ada juga yang down mood..
Teruskan menuntut ilmu. Jauhi skim cepat kaya yang meminta anda modal beribu-ribu ringgit!
Biasalah tu .. Bukan setakat internet marketing je..
Perniagaan lain pun camtu.. Ada je nak dengki2..
kalau salah tolong le betulkan bukan main terjah je..
Biarkan je…
Janji ‘masyuk’.. Betul tak??
hohohohoho…itu org tak der ilmu, tak juga dok layan dia..apa benda pun tak tau…kalau bagi duit pree senyum sampai ke telinga…org mcm ni lebih suka makan gaji dan tak der pendirian diri lorrr…..
abaikan je diorang.
Ps: aku adalah pengguna tegar open office!
Nasihat saya biasalah lumrah dunia.
ada orang mempunyai hati & perasaan yang
berlandaskan bisikan syaitan.
Ada bangsa sendiri pun sanggup menjadi
musuh dalam selimut..
Apatah lagi kawan makan kawan…
Kawan ambik kesempatan kawan..
Dunia nak kiamat dah..
Banyakkanlah kita bermuhasabahkan
diri…
Sedih lagi ada org melayu yg dengki mendengki. Klu bukan melayu buat ebook yg ntah hapa2 ntah, ada ke dia nk melenting. Bukan racist, tapi sekadar kecewa..
Assalamualaikum
Nilah masalah rakyat malaysia…dengki tak abis-abis..kalau kita tak bagi peluang sapa yang nak bagi kan…tak gitu nizam…bagi saya tu satu cabaran ..biarkan saja…bagi saya ..baik nizam tumpukan ebook sedia ada dengan membuat penambahan dari masa ke semasa..lagi bagus dari layan orang camni..biasa la …saya pun biasa kena tipu gak pasal ebook…tapi tu salah diri kita sendiri kan…jgn nak salahkan org lain lak bila orang lain buat ebook…tak gitu…sendiri yang beli bukan kena paksa kan…apa la…orang camtu pun ada jugak,..
tak paham…saya setuju kalau orang yang baru nak mula tulis ebook mesti down dia punya motivasi…nasihat saya..biar la orng camtu..biar la…dia buat alasan kita semua buat duit….
Terima kasih
orang lain berusaha buat duit, dia berusaha buat alasan dan jatuhkan orang
kalau cedok2 pun, penulis telah berusaha memberikan hasil yang terbaik daripada
tak buat apa-apa
lagipun ada waranti–> kalau tak suka duit akan dikembalikan