AkademiSMS VS Mobile Income
June 17, 2008
Ini ada sebuah kisah…
Sahabat saya ini merupakan seorang penulis ebook, buku, laporan dan speaker perniagaan sms di Malaysia.
Pada awal ketika beliau menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, beliau sendiri berasa ragu-ragu dengan kemampuannya. Ketika itu, beliau begitu janggal dengan dunia latihan dan penulisan. Banyak perkara yang beliau tidak tahu dan masih samar-samar. Pendek kata, beliau sendiri kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri!
Niatbeliau ketika itu hanyalah satu. Untuk membantu mereka yang tidak tahu menjadi tahu, mereka yang buta menjadi celik dan yang paling penting untuk mengelakkan mereka dari terpedaya dengan 1001 muslihat teknologi dengan menggunakan SMS. Beliau mahu membantu untuk membanteras skim-skim yang tidak logik, perniagaan SMS yang tidak masuk akal, dan juga penipuan teknologi yang bersifat manipulatif!
Syukur alhamdulillah, sehingga kini beliau tidak menoleh kebelakang lagi. Beliau rasa seperti tidak percaya dalam masa yang singkat buku beliau berjaya diterbitkan dan beberapa ebook khusus membantu usahawan untuk memulakan perniagaan SMS juga telah berjaya dipasarkan.
Yang paling penting, semakin ramai yang telah sedar bagaimana perniagaan ini berjalan. Semakin ramai yang tahu bagaimana SMS ini boleh dimanipulasikan bagi tujuan baik dan jahat. Semakin ramai yang tahu untuk menyelamatkan diri bila skim, perniagaan dan juga penipuan SMS datang menyerang di media massa yang tidak putus-putus.
Sekurang-kurangnya, usaha beliau ini benar-benar memberi faedah kepada mereka. Beliau bersyukur kerana apa yang beliau hajatkan tercapai.
Pada hujung minggu ini pula, beliau akan dengan menganjurkan seminar pertama pada 22 Jun (Ahad) di tanah borneo itu.
Seminar SMS akan sampai ke Kota Kinabalu pula. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan SMS sebagai perniagaan sambilan, atau perniagaan sepenuh masa, sertai perniagaan SMS pertamanya di Malaysia…
Berikut adalah jadualnya:
Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am - 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Speaker : Irwan Dahnil
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati di sini
PENTING: Ini adalah seminar terakhir di Kota Kinabalu. Jangan terlepas peluang ini.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “AkademiSMS VS Mobile Income”
Got something to say?





















































Walaupun tidak terlibat dalam bidang sms tapi memang bagus kalau sesiapa hadiri seminar beliau
so.. mungkin kawan-kawan dalam MIRSB boleh pergi seminar ni kot..
Bukan Mobile Income tapi i-Gomobile. Mobile income hanya sistem carian produk atau company. Kalau i-Gomobile fungsinya sama dengan akademi SMS.
Tq bossyazid