Memahami Keperluan dan Peluang
June 16, 2008
Terima kasih kepada semua. Terima kasih dengan penghargaan anda.
Saya mendapat banyak email, bertanyakan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan internet.
Ramai pembaca blog ini terdiri dari mereka yang bersemangat berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan internet. Ada diantara kita sering bertanya mereka mereka belum lagi berjaya seperti orang lain? Mengapa selama mereka ‘bermain’ dengan internet, mereka masih lagi tidak meraih pendapatan yang besar.
Sekejap mereka buat perkara itu, sekejap mereka buat perkara ini. Perhatian mereka tidak tetap. Pendirian mereka tidak kukuh. Mereka tidak ada fokus.
Malah ramai juga yang tertekan kerana masalah kewangan yang menimpa lebih-lebih lagi bila harga minyak dah naik, harga barang basah pun naik. Ini menyebabkan ramai fikiran pembaca blog ini terganggu.
Saya ambil contoh terbaik, ramai antara kita hanya mengambil peluang yang ada didepan mata mereka semata-mata untuk menuntut keperluan hidup. Dengan cara mengambil peluang ini, mereka beranggap dapat meringankan bebanan keperluan mereka.
Jika anda memilih perniagaan ebay, anda seharusnya memberi fokus yang lebih untuk berjaya.
Sila ambil masa anda untuk tenangkan fikiran anda, dan beri tumpuan sewajarnya. Pelajari ilmu yang telah anda perolehi. Jangan mudah sia-siakan peluang didepan mata.
Bagi anda yang mendapatkan khidmat personal coach dengan saya, pastikan anda mempraktikkan apa yang saya ajar dan letak matlamat anda untuk menjadi seorang yang berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan di internet!
Jika peluang lain datang kepada anda, cuba anda abaikan seketika dan berikan tumpuan kepada masa yang telah banyak anda luangkan untuk menjadi seorang penjual yang berjaya.
Fahami secara jelas apa yang saya kongsikan dengan anda di dalam ebook kuasalelong tersebut dan jadi seorang yang berpendapatan lumayan seperti rakan-rakan yang lain.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Memahami Keperluan dan Peluang”
Got something to say?





















































barulah den sodar yg den ni dah banyak buek silap. org cakap adsense untung buek adsense. org cakap clickbank untung buek click bank pulak.. (eh! kambing sobelah tu tengok den lah)
hohohooho..memang byk peluang buat duit dlm internet ni. Yang Penting FOKUS. Jgn buat byk sangat jika anda masih baru, nanti KUASA FOKUS hilang..bila kuasa fokus hilang, anda akan jadi tak tentu.
Dalam paper beberapa hari lepas SURI RUMAH meniaga ebay dari rumah. Nak tau apa barang dia ? bukan periuk nasi, belanga, teh tarik.
SURI RUMAH tu jual novel2 lama jerk…tu pun boleh masuk Paper…huhuhuhu glemer-glemer. Artis pun ada yg jual dlm ebay…
sejak dua menjak ni.. wartawan dah ramai beri publisiti bisnes ebay.. sebenarnya ramai juga suri rumah yang berminat bisnes ebay ni. maklumlah .. niaga dari rumah je.. relek. boleh main dengan anak-anak lagi
Assalamualaiakum
Memang saya amat setuju dengan en zam, saya dah lama ceburi lelong, pasaran ok jugak dan ada permintaan serta jualan agak memberangsangkan..sekarang nak cuba lak ebay..lagipun dah baca ebook en zam…ada banyak info…cuba la tambah lagi apa-apa maklumat terbaru yer. k..
Waalaikumsalam.. terima kasih kerana membeli ebook saya.
Ya, ebay dan lelong sentiasa akan mengalami perubahan terutama dalam polisi. saya akan update versi-versi terkini apa yang terkandung di laman ebay pada masa ini.
ehm..nak buat macam mana. Diorang akan wat bising gak. tumpu kat adsense. Tapi tak jadi. Cek dapat lambat, tak reti wat duit dengan adsense la apa. So, pindah kat clickbank, try-try. Tak reti plak promosi barang clickbank, so, pindah kat program2 lain plak. Tak fokus dan buat pun takat sekerat jalan je..tu yang tak dapat duit tu..
saya dh berhadapan dengan banyak karenah mereka. Mereka lakukan kerana ‘terikut-ikut’ dan bukan kerana minat.
betul kata titan. jika minat pada adsense tumpu betul2. begitu juga kalau minat tulis blog.. tulislah betul2..
Betul tu fokus atas apa yang nak buat…
Saya pun nak target untuk mahir dalam bidang tertentu sehingga master dan mampu menjana pendapatan..
zool: saya doakan kejayaan anda.. semoga tercapai hendaknya.