Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Minyak

June 13, 2008

Dijangka seramai 10,000 hingga 20,000 orang akan membanjiri sepanjang jalan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk berarak ke Menara Petronas selepas solat Jumaat hari ini.

Perarakan ini akan dianjurkan oleh beberapa pertubuhan NGO dan parti pakatan rakyat. Seramai 1,500 hingga 2,000 anggota polis, FRU dan Rela akan diletakkan disetiap kawasan panas ini. Harap tidak ada kejadian ganas yang berlaku macam yang lepas-lepas.

Hari ini, Kuala Lumpur akan jadi sesak seperti yang berlaku dalam demonstrasi bersih lalu dan esok laman web Youtube pasti akan memaparkan kisah-kisah menarik perarakan ni. Maklumlah dalam kaca televisyen tempatan pasti tak ada adegan-adegan melampau akan ditayangkan.

Tunggu aje la. berita malam ni..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Gambaran demonstrasi semalam yang berakhir di Komplek Sogo, Kuala Lumpur. Ada nak komen ke?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Minyak”

  1. zuhairy on June 13th, 2008 11:44 pm

    haaa…ni isyarat rakyat kepada kerajaan. Nanti 5 Julai akan ada lagi demontrasi ni. Dijangkakan sejuta umat manusia akan turun.

    Kerajaan tak sepatutnya naikan harga minyak secara drastik camni. Bayangkanlah, nai sampai 78sen! Gila ke apa?

    Kerajaan tipu rakyat kata rezab minyak kita dapat bertahan sehingga 2014 je.Lpas tu kita kena jd pengimport plak. Tapi CEO Petronas, Tan Sri Hasan Marican kata, kita mampu bertahan sampai 20 tahun lagi. Tu pun jika petronas tak buat usaha cari gali kawasan baru. Kalau usaha cari gali lagi, akan jumpa lagi. Contohnya kat kelantan tu, masih tak diusahakan secara bersungguh lagi.

    Nampaknya, kerajaan tipu rakyat lagi. Sebelum pilihanraya, Najib kata tiada kenaikan selepas pilihanraya. Tetiba, minggu lepas dah naik pulak.Tak ke tipu namanya?

    Kesianla orang yang susah kat kampung, kais pagi makan pagi. Saya baru je nak belajar nak bisnes melalui ebay ni, siap beli ebook lagi. Belum sempat nak pandai, dah hari ni terpaksa hadapi realiti kehidupan kos sara hidup yang melambung naik.

    Kerajaan bestla, cakap nak kongsi bebanla, apa la. Potongla gaji 10%,20% konon nak bagi nampak kat rakyat, bahawa mereka juga prihatin.Tapi hakikatnya, kehidupan pemimpin langsung tak terjejas. Rakyat ni, apa cerita?!

    Sedihnya, oh negaraku. Ada pemimpin pun duk kelentong rakyat. Suruh turun, tak mau turun. Nak jadi Suharto gak kot, kena guling melalui jalanraya. Buat pilihanraya, kecoh sana, kecoh sini…

    Kita? Kena tipu, dari dulu, kini dan selama!

  2. shahraduan on June 14th, 2008 6:24 am

    huhuhuhu…..sengsara rakyat erkk.

  3. Noorizam Shah on June 14th, 2008 9:45 am

    marah nampaknya Zuhairy.. itulah nasib rakyat Malaysia.. :)

  4. 2pai on June 14th, 2008 12:53 pm

    siapa peduli siapa sekarang?kita rakyat semut ni siapa peduli?bn bukan tau baca signal ni……….BN bukann nak dengar jerit pekik kita, janji mereka kenyang dapat untung, dia peduli ape kita ni……tengoklah nanti….kalau rakyat banyak dah kempis perut. nak keluar kerja pun tak sampai atau tak boleh balik sebab tak mampu beli petrol, atau beli petrol tak tak beli beras……barulah kecoh nanti. sekarang ni berapa kali kita dapat makan sedap dalam seminggu?———-anak kita dapat ke makan icecream kegemarannya? berapa banyak dah kita slash kad kredit kita bulan ni? makan angin cuti sekolah, balik kampong lawat orang tua—–berapa kali? dapat tak?

    BARU KITA TAU, kita duduk di mana,SIAPA PEDULI SIAPA?….jadilah rakyat yang produktif dan pemerintah yang adil…….

  5. abdfatah on June 14th, 2008 2:47 pm

    demo luar negara pun ada daaaaa…. mogok sakan taknak bawak lori minyak… semuanya naik minyak daaaa…….

  6. zuhairy on June 14th, 2008 7:44 pm

    noorizam–> Mau tak marah! Dulu nasi kat kedai sepinggan 50-80sen. Paling mahal pun kat kedai mamak RM1. Sekrang ni berapa? RM1.50 wooo. Tak campur lauk lagi. Amik ayam seketul RM2 dah. Sayur sikit, tambah lagi 50sen. Jumlah semua sekali RM4! Dulu kalau beli byk tu baru RM2.80-RM3.00 jer. Aku dah la student, mana nak cekau duit?! PTPTN pun nak kena bayar balik. Nak amik hati rakyat, caj PTPTN pun potong 1.5% dari 3%.

    Huh, 1.5% tu tetap namanya riba’ namanya. Tapi apakan daya? aku takde pilihan. Nak belajar punya pasal. Nanti kalau Allah tanya aku kat akhirat kenapa terlibat dengan riba’? Aku nak tunjuk muka Imam hadhari la (PAK LAH) punya pasal!

  7. Noorizam Shah on June 15th, 2008 8:24 am

    mana-mana saya pergi.. ramai betul tak puas hati pasal minyak ni.. tapi ramai pula yang tersenyum dapat duit rebet kat pejabat pos semalam..

  8. bantingboy on June 16th, 2008 2:41 pm

    Orang kita sejak akhir2 ni, suka sangat wat demo kan?

  9. zamzuri on June 22nd, 2008 1:33 pm

    Saya sebenarnya malas nak komen…tah la..sejak minyak naik ni macam2 naik..janji barang tak naik…nampaknya rakyat ditipu hidup-hidup…cuba fikir minyak naik 40% , beras saja dah naik 50 ke 70% kat kawasan sabah ni..mana janji yang dikatakan…semua sama saja,…kroni masing-masing…dengar kata yang pasal rebet pun ada kroni-kroni jugak…

    Tah la…cuba la pakat-pakat pikir sendiri…negara pengeluar minyak..tapi minyak mahal…

    Jadi kena la cari pendapatan sampingan…beli la ebook dari nizam ..banyak info dalam tu…

  10. Noorizam Shah on June 22nd, 2008 1:53 pm

    suara macam kita ni .. belum tentu menteri nak dengar. hehehe.. bak kata Nabil.. lu pikirlah sendiri.. :)

Got something to say?