Apa Yang Bestnya Ebay Ni?
June 6th, 2008, by Noorizam Shah

Apa Yang Bestnya Ebay Ni?

Kalau orang tanya kenapa saya suka buat side income dengan Ebay… Maka jawapan saya ialah

Semua orang tahu ebay adalah tempat orang buang duit. Dari berjuta-juta transaksi kat ebay tu, takkanlah saya taknak ambil peluang walaupun 5% keuntungan dari berjuta-juta tu?

Mestilah saya nak. Sebab tulah saya belajar dan ambil masa yang banyak untuk berjaya di ebay. Memang ada orang kata, senang je nak buka akaun ebay.

Ya, memang senang nak buka akaun. Ikut je arahan yang ebay tunjukkan. Step by step dah ada, tak perlu pening kepala.

Tapi…

Berapa ramai yang berjaya buat duit betul-betul dengan ebay?

Sekarang ni tanggungan keluarga dah meningkat. Lepas harga minyak naik, lepas ni harga makanan mesti naik. Bil elektrik nak naik juga. Entah-entah tol dengan parking kereta pun boleh naik.

Takkan asyik nak keluar rumah beli barang? Orang dah tentu sekarang ni, nak jimat masa, nak jimat duit. Sampai ada seorang kawan saya beli televisyen pun dekat internet. hehehe

Semalam saya pun beli MP3 modulator kat internet. Tengahari tadi, courier services call kata barang dah sampai. Best beli belah kat internet ni.

Yang pasti ramai yang tercari-cari peluang memperolehi pendapatan sampingan. Anda ada hak untuk memilih model perniagaan atau program apa yang sesuai untuk anda sertai.

Anda mungkin boleh menjana pendapatan seperti saya, dimana saya memilih ebay sebagai sumber pendapatan sampingan.

Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh dan berminat nak ubah taraf ekonomi keluarga atau diri anda, perniagaan di Ebay adalah satu contoh peluang yang boleh anda ceburi.

Anda boleh dapatkan ebook panduan mengenai perniagaan ebay disini. Saya juga sediakan forum sokongan dan bimbingan untuk memastikan anda berjaya buat duit di laman ebay. So takdalah anda terkontang kanting tanpa bantuan dan sokongan. :)

Lepas ni, kalau orang kata;

Harga minyak dah naik, kos sara hidup dah naik, gaji tak naik-naik, kau tak takut ke?

Anda jawaplah;

Nasib saya ada menjana pendapatan di internet…

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Salam Noorizam,

    Asal aku x tau pom psl private forum yg ko sediakan tuh? ada tulis dlm ebook kuasalelong ke? FYI, aku dah beli ebook ko tuh..ada gak point2 yg bagus..

    aku suka baca blog ko..jadi pembakar semangat tok menceburi perniagaan ebay nih..
    silap2 aku leh lawan ko nihh…ekekekekke

    TQ and Keep the good job bro!!

  2. sleepsheep: sila contact-me untuk dapatkan address untuk private forum tu. :)


Add your comment