Minyak Naik Harga… Nenek Terkejut Kat Pam Minyak

June 5, 2008

Saya ada baca surat khabar tengahari tadi. Dalam internet juga bersepah cerita minyak bakal naik harga bulan Ogos. Saya jangkakan kalau naik sekalipun tak sampai RM2.00.

Petang tadi, saya sempat ke Subang Parade, singgah ke kedai buku, jenguk-jenguk buku terbaru. Last-last saya beli koleksi stem terhad untuk jualan di EBAY.

Waktu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya lihat jalanraya dah sesak dengan kenderaan. Ingatkan memang biasalah, waktu puncak, orang balik kerja, jalan mesti sesak.

Sampai kat satu pam minyak, dah banyak kenderaan beratur panjang macam esok dah tak ada minyak dah! Lalu lagi di stesen minyak lain, sama juga keadaannya.

Mulalah dalam kepala berteka-teki pasal minyak nak naik harga. Saya call kawan saya. SAH! minyak naik harga RM0.70!

Ohhh.. patutlah orang berebut nak isi minyak. Banyak sangat naiknya. Tanpa buang masa, sebelum saya sampai ke rumah, elok saya penuhkan tangki minyak kereta. Maklumlah, saya ni sentiasa driving. Boleh dikatakan hari-hari.

Nak tahu berapa lama saya ambil masa beratur? 2 jam!

Banyak susah oo nak isi minyak. Biasa tak ada la sampai kena berbaris 500 meter. Kayalah tokey stesen minyak malam tadi! Cuti sakan la esok, minyak habis dijual!

Dari pengumuman PakLah petang tadi, telah membuatkan seorang nenek terperanjat lihat orang berbaris panjang nak isi minyak.
Dah la nenek ni potong barisan, kemudian merayu setiap orang beri dia isi dulu. Adakah kerana dia seorang warga tua yang dah pencen, boleh memotong queqe macam tu?

Jika anda dah tunggu 2 jam berbaris kemudian datang orang potong barisan anda, what do you feel? hehehe

saya pinjam kira-kira seorang sahabat di sebuah forum:

Mari kita kira sikit…
Semasa harga RM 1.92 seliter penggunaan minyak saya
sebulan lebih kurang RM300,
setahun lebih kurang RM 3600

RM 3600 setahun ini adalah bersamaan 1875 liter.
Dengan harga baru RM2.70 untuk dapat 1875 liter
saya kena keluar sebanyak RM 5062.50 setahun
RM5062.50 tolak RM3600 = RM1462.50
Bayaran tunai yg akan diberi RM625
So tak cukup lagi nak tampung tu…
Kalau di bagi RM1500 tu baru OK he he he…
Ko guano?

Dulu biasa sekali isi RM50… kini kena isi RM70lah pulok…

Apapun, marah atau tidak, minyak tetap dah naik harga! Selamat memakai motosikal kapcai semula! :D

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Comments

41 Responses to “Minyak Naik Harga… Nenek Terkejut Kat Pam Minyak”

  1. Razif on June 5th, 2008 12:32 am

    hehehe… motosikal adalah yang terbaik! hehehe…

  2. kita on June 5th, 2008 1:46 am

    kerajaan sekarang main tarik tali aaaa..bagi seringit tapi ambil 10 ringit..itu yg susah

  3. Mohd Ismail on June 5th, 2008 2:25 am

    aku ada baca.. bila kita idle kete selama 1 minit, minyak yg kita pakai bersamaan dengan perjalanan hampir 1 batu.. hehe..

    tp apapun, sedih la minyak naik.. dah la baru nak hidup berdikari.. huhuu

  4. shahraduan on June 5th, 2008 7:34 am

    jem gila semalam…pakat dok isi minyak…huhuhuhu

  5. Noorizam Shah on June 5th, 2008 8:31 am

    mael: malam tadi, masa tengah beratur isi minyak.. aku siap matikan enjin kereta.. ohooho.. tapi takkan tiap kali nak berhenti kena matikan enjin? :D

  6. harga petrol naik mendadak, naik minyak on June 5th, 2008 10:37 am

    […] minyak naik lebih gempak. […]

  7. zool on June 5th, 2008 10:54 am

    nak kena cari moto gak nie….

  8. Noorizam Shah on June 5th, 2008 11:05 am

    zool: untung bagi mereka yang mempunyai pendapatan sampingan. sekarang dah tiba masanya anda semua bersungguh-sungguh dan berikan fokus untuk menjana pendapatan di internet samada sepenuh masa atau separuh masa. :)

    Siap nak belajar make money secara betul, sila hubungi saya! :D

  9. asmid on June 5th, 2008 11:40 am

    Tak payah nak fikirkan lagi pasal minyak naik harga. Jom kita tengok tahun depan berapa plak harga minyak….

    Jadi mula hari ini belajarlah kayuh basikal ke tempat kerja ya.

    Cuba kurangkan penggunaan minyak agar dapat kita memulaukan
    kenaikan harga minyak. Mengapa perlu kita berikan keuntungan kepada
    Amerika.. Jangan menyokong lagi. Bank guna minyak bermakna kita menyokong
    mereka yang mengawal harga minyak.

  10. azwan on June 5th, 2008 12:04 pm

    2 hours bro? lama tu, aku tunggu 1/2 jam aje. tapi boleh tahan berapa lama … esok petang balik KL nak kena isi lagi, then pagi isnin dtg ke prai balik, nak kena isi lagi

    :(

  11. kita on June 5th, 2008 12:05 pm

    takkan kita nak kembali kepada era jepun kot…kalau dekat leh ler kayuh basikal..kalau jauh macam mana :)

  12. Minyak Naik ! Duit Poket Mesti Naik | Artikel Percuma Komputer & Internet on June 5th, 2008 12:13 pm

    […] melampau.Boleh dikatakan semua blogger Malaysia mengulas tentang isu ini antaranya Mohd Ismail , Norizam Shah , NoktahHitam , Blogsempoi , Famishah , […]

  13. Noorizam Shah on June 5th, 2008 12:40 pm

    azwan: ha`ah lama giler, sampai ada yang potong barisan pun kena marah.. 3 stesen minyak area rumah saya semua penuh kereta.. start dari pukul 6.00 ptg sampai 12mlm… huyoo penangan harga minyak!

    kita: pendapat kita sama.. kita kena teruskan hidup. belajarlah bersungguh2. tuntut ilmu untuk cari pendapatan sampingan. kalau kerja dengan majikan memang gaji tu tak boleh diharapkan sangat. lagi2 yang tinggal kat bandar. :)

  14. megat on June 5th, 2008 3:10 pm

    pasal myk naik stesen penuh. aku yg kebetulan myk ngam-ngam (hampir kosong) terpaksa batalkan hasrat aku utk mengisi myk. yerla buatnnya masa menunggu tetiba keta aku myk habis kat situ juga.

    aku rasa sudah masanya rakyat menuntut hak mereka. semakin lama semakin banyak agenda tersembunyi yg pastinya kita tidak tahu.

  15. Noorizam Shah on June 5th, 2008 3:19 pm

    bagi mereka yang tak tahan dengan harga minyak kali ini. . aku syorkan korang dapatkan penjimatan minyak dari tawaran saya ni..

    klik sini http://www.FuelSaver2u.com/tawaran

    kalau buat kira-kira, setidak2nya kita dapat jimatkan minyak. nak tunggu minyak turun tah bilanya. eloklah berjimat sekarang. :)

    so tawaran saya hari ini, siapa beli dari link kat atas, saya berikan satu ebook istimewa bernilai USD97.00 (saya sentiasa guna panduan ini untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan saya tidak pernah menjualnya kembali walaupun saya ada hak jualan semula) ohohoho.. siapa yang tak nak faedah macam ni kan?

    dapatkan bantuan menjimat minyak petrol anda disini http://www.FuelSaver2u.com/tawaran

  16. KNizam on June 5th, 2008 3:46 pm

    hampeh tul la ngan minyak naik neh.

  17. zamzuri on June 5th, 2008 4:56 pm

    macam biasa la…depa kata minyak murah berbanding negara asian, pi tgk kat brunei..kita lagi mahal sekarang..lagi satu duit depa besaq..gaji depa besaq…xgitu…yang keje kerajaan macam tak naik gaji la…kena la cari kerja sampingan…ye tak???

    Apalah nasib….

  18. melayubuntu on June 5th, 2008 7:26 pm

    lalala…
    pesta naik minyak

  19. Noorizam Shah on June 5th, 2008 7:38 pm

    siapa yang mampu bayar petrol.. bayar je la jgn banyak merungut.. hehehe

    tapi saya yang tak mampu nak maintain bajet bulanan, sila-sila lah cari alternatif jimatkan duit. :D puasa ke?

  20. shahraduan on June 5th, 2008 8:26 pm

    hahaha…kita ada internet…..kita buat duit sampingan melalui internet…dimana ada kemahuan disitu ada jln..mau dgn tak jerk. tak gitu Noorizam Shah …

  21. cikahmad on June 5th, 2008 8:30 pm

    Derang nak naik tu biar berpada dengan keadaan negara.Ini rakyat dah cam meleperr atas tanah dah ni.Appara!~

  22. Noorizam Shah on June 5th, 2008 9:05 pm

    shahraduan: selagi ada kemahuan, kat situ ada jalan :D

    cikahmad: mungkin akan kesian dengan pakcik2 kat kampung yang menoreh getah guna motosikal dan ada keta terpakai untuk ke pasar.

  23. titan on June 6th, 2008 1:22 am

    hehe. biarlah. dah naik nak wat macam mana…

    So, sekarang. Kene fikirla nak jimat itu ini..

  24. mamat on June 6th, 2008 10:33 am

    Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.

    membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan Kerajaan pak loh

  25. noja on June 6th, 2008 3:58 pm

    Kita akan pantau… kita akan terus pantau… & terus pantau… & terus pantau…
    Sebab kita dibayar gaji oleh rakyat untuk pantauuuuu saja…

  26. noja on June 6th, 2008 4:02 pm

    Siapa ada cadangan?… Ruang mana lagi boleh kita berjimat?…
    Ramai kawan-kawan kata… diorang dah berjimat start dari tahun 2004…
    sampai le skang ni masih suruh lagi berjimat?.. Pendapatan tak sehala dengan harga yang dibelanjakan… Inilah hadiah INFLASI terbaik untuk rakyat seperti saya…

    Cuba definasikan dengan teliti sikit maksud ‘BERJIMAT” itu?…

  27. Noorizam Shah on June 6th, 2008 4:09 pm

    noja: sabarlah noja.. caranya kena jugalah berjimat cermat.. dari hidup mewah, kena hidup sederhana.. tapi yang sederhana takkan nak hidup susah?

    Dulu boleh tengok astro, sekarang kena potong astro

    Dulu pakai handphone topup RM30, sekarang topup RM10

    Dulu pakai kereta Proton Wira tahun 2004, mungkin kena tukar kancil tahun 1996

    Dulu pakai rantai emas, lepas ni mungkin pakai rantai silver

    Apa pun, cabaran hidup ni menguji akal dan fikiran kita. Kuasa internet ni lebih power dari kuasa minyak.

    Kalau pandai explore, stesen minyak kita boleh beli nanti.

    Yang penting, bila berhadapan dengan tekanan ni, elakkan diri dari sertai program atau SKIM CEPAT KAYA!

  28. PemikirKaya.com » BERJIMAT ATAU TINGKATKAN PENDAPATAN? on June 7th, 2008 9:47 am

    […] kesan daripada kenaikan minyak yang mendadak, pelbagai kisah tentang Minyak Naik Harga… dibicarakan dan menjadi buah mulut semua lapisan […]

  29. Keusahawanan & Perniagaan Internet » Petrol naik lagi dan lagi dan lagi…. on June 8th, 2008 4:59 pm

    […] boleh baca luahan demi luahan di sini ataupun di sini Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and […]

  30. kooreen79 on June 8th, 2008 6:08 pm

    baru saja mengoder sebuah ex5 putih bagi menggantikan keretaku yg cekik darah!!! sedih sungguh..apa nak jadi dengan malaysia..

  31. Noorizam Shah on June 8th, 2008 9:47 pm

    kooreen79: sampai jual kereta ke?

  32. subail on June 9th, 2008 6:15 pm

    dulu isi minyak moto kapcai aku RM5 dapat penuh, la ni RM8, malaysia boleh!!!!

  33. subail on June 9th, 2008 6:19 pm

    aku sokong kenyataan mamat, g banding ngan harga petrol
    singapore wat menda….

  34. Kasyidi on June 12th, 2008 8:17 am

    erm… nak tak nak sekarang ni minyak dah naik. Harap betullah tak naik lagi tahun ni…
    takut jadi mcm tempohari jer.. cakap naik bulan 8, bulan 6 dah bantai naik. Tanpa inform awal plak tu..sedar2 umum jam 12 pagi start naik.

    so, kita semua kena carilah alternatif lain. Sekarang kereta kecil macam saya pon terasa jugak dengan kenaikan harga minyak terbaru ni. kalau isi RM10, huh..x sampai sehari je boleh guna.

    Mungkin boleh guna produk penjimat minyak macam Sifu Noorizam kita syorkan… tapi bagi saya, yang paling mudah nanti tunggu Pilihanraya akan datang….Comfirm cuba tukar kerajaan la pulak… :)

  35. Noorizam Shah on June 12th, 2008 11:37 am

    rasa2.. kalau tukar kerajaan.. harga minyak dapat turun tak, ustaz? ;)

  36. sareeza on June 12th, 2008 2:36 pm

    emmmm tension tul ceta bab minyak….klu tuka kerajaan pun belum tentu minyak turun. klu x tuka pun pun belum tentu minyak turun juga…pening2 …..nak duduk arab minyak murah negara x aman lak…tapi rasanya paklah bole cari jalan lain untuk gantikan kenaikan harga minyak. kesian orang yang anak ramai pendapatan kurang. gamaknya semua sektor pelancongan..automobil menurun laa…semua dah naik termasuk lah rakyat malaysia semua naik darah tinggi…..

  37. Noorizam Shah on June 12th, 2008 2:50 pm

    apakata.. paklah kasi subsidi tong NGV sorang satu.. ok ke? hehehe

  38. emisha on June 13th, 2008 12:32 pm

    bersyukurlah walaupun minyak naik tapi kite antara negara yg paling rendah di asia.
    sebenarnya rakya kite trlalu manedgn SUBSIDI dari kerajaan. cuba bayangkan kalu ite duk kat negara lain. kerajaan yg langsung x buat apa2 untuk rakyatnya. patutnya kite harus bsyukur dgn ape yg kerajaan da buat untuk kite…

  39. pokwi on June 15th, 2008 3:28 pm

    aku punya yamaha ss110 dah senang-senang telan RM10 untuk satu tangki penuh. hmm… letak not 10 takyah bagitau pun nak berapa ringgit. isi je, sure tak limpah punya.

    kereta?? dah sebulan duk panaskan enjin je hujung minggu. tensen… tensen…

  40. Mat kayuh on June 28th, 2008 3:12 pm

    Naik basikal je lah, tak yah pakai minyak pon!

  41. naza on June 28th, 2008 4:47 pm

    MACAMANA NAK NAIAK BASIKAL KERJA 45 KM PERGI.
    MINYAK NAIK MEMANG TERASA.
    NAK BUAT DUIT DGN INTERNET SUSAH.

    NAZA

    http://x-naza.blogspot.com

Got something to say?