Tragedi Berdarah “Buka Jalan” Grand Saga!

June 4, 2008


Semua orang tidak mahukan keganasan. Saya juga begitu. Pagi tadi seorang kawan telah tunjukkan sedutan video klip dari YouTube, bagaimana seorang lelaki berbangsa Cina teruk dibelasah sepasukan anggota polis FRU di Cheras.

Kes ini dikaitkan dengan isu “Buka Jalan” oleh Grand Saga dan penduduk tempatan. Saya pun tak sangka pihak polis bertindak sedemikian. Dah banyak kali saya tengok polis berkelakuan sebegini ke atas orang awam. Jika mereka salah sekali pun, janganlah sampai belasah hingga cedera parah.

Cerita kontroversi Grand Saga ini tidak didedahkan secara meluas oleh media kerana ia melibatkan kerajaan persekutuan. Pihak berkuasa seharusnya bertindak bijak dan waras bila cuba menyelesaikan kes-kes sebegini.

Sekarang satu dunia dah lihat. Ambil lah pengajaran dan ikhtibar. Takkan suara rakyat nak kena sekat? Kata negara demokrasi?

Sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan, saya bersimpati dengan remaja yang kena belasah ni.

P.s: Saya tentang keganasan kemanusiaan!

Popularity: 35% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Tragedi Berdarah “Buka Jalan” Grand Saga!”

  1. megat on June 4th, 2008 11:54 pm

    kenyataan yang berlaku dalam negara kita!

    sebenarnya masih banyak perkara atau isu yang perlu didedahkan dalam negara kita yang tersirat disebaliknya. rakyat perlu tahu dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

  2. Noorizam Shah on June 5th, 2008 12:10 am

    jiwa semakin kacau.. bila minyak naik harga.. letrik pun nak naik harga.. ohhh.. karan karan!

  3. ridwan80 on June 5th, 2008 8:49 am

    Sesungguhnya, hanya orang yang bekerja dalam bidang pertahanan yang faham kenapa mereka bertindak sedemikian. Kat mana2 negara pun sama sahaja, lebih kurang.

  4. Noorizam Shah on June 5th, 2008 10:11 am

    ridhwan: kalau orang tu tak bersenjata dan tak melawan, kenapa diperlakukan macam tu yea?

  5. titan on June 6th, 2008 1:24 am

    Aku tengok dalam tv aritu. Aii..macam2 malaysia sekarang. penuh kontroversi..sian pak lah..

Got something to say?