Kerajaan Tidak Bercadang Pantau Laman Dan Penulis Blog

May 27, 2008

Menarik dalam sisipan akhbar Sinar Harian, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi memantau laman-laman blog di internet dan penulis blog yang tidak bertanggungjawab.

Bagi pendapat saya selagi penulis atau pengendali laman blog tidak membuat apa-apa kesalahan melampau sehingga menjejaskan keharmonian kaum, menfitnah membabi buta dan tidak melanggar undang-undang negara, maka tidak perlulah diwujudkan badan pemantau ini.

Ini kerana kita telah mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan rasanya fungsi badan ini sudah mencukupi untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kalau kita rujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), ianya mengandungi beberapa peruntukan yang melarang penerbitan berunsur lucah, maklumat palsu, kandungan berunsur ancaman dan sumbang dengan niat mengganggu, mendera, mengacau mana-mana individu seperti yang dilakukan oleh beberapa penulis blog tanahair.

Dari laporan akhbar menyebut, didapati sebanyak 22 laman web dan blog disiasat (siapa yang kena siasat tu?) kerana menyiarkan pelbagai artikel kandungan berunsur jelik, sumbang, fitnah, lucah dan palsu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan usaha menyiasat blog dan penulisnya sukar kerana kebanyakan laman web menggunakan platform luar negara seperti blogger.com

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

11 Responses to “Kerajaan Tidak Bercadang Pantau Laman Dan Penulis Blog”

  1. zool on May 28th, 2008 12:18 am

    Baguslah kerajaan Negeri selangor tak sibuk2 nak pantau blogger..
    tapi blog tetap dipantau…

    http://ligakampung.com/blog/laman-web-blog-disiasat/

  2. duit on May 28th, 2008 1:47 am

    asalkan tidak melampaui batas terutama fitnah, rasanya blogger2 tak akan menghadapi apa2 masalah…

  3. Noorizam Shah on May 28th, 2008 10:09 am

    zool: yang tak nak pantau tu kerajaan Malaysia..

    duit: ya, asal tak lah melampaui batas, tulis la selagi dibenarkan. kalau semua dah disekat, tak ada maknalah kebebasan bersuara kan?

  4. Fahmishah on May 28th, 2008 11:06 am

    asalkan tak tuduh blogger itu dan ini sudah memadai.

  5. falcon on May 28th, 2008 12:02 pm

    pelikah..macam mana mereka pantau..takkan mereka semua surf the web setiap hari..tak de kerja lain lagi..macam gaji buta…

  6. Noorizam Shah on May 28th, 2008 12:10 pm

    falcon: kalau ada report baru mereka pantau.. macam biasa la… hehehe.. ingat senang ke nak pantau?

  7. Noorizam Shah on May 28th, 2008 12:14 pm

    fahmi: bak kata blog hang “persetankan mereka yang ketepikan blog” :D

  8. afham on May 28th, 2008 1:59 pm

    kita dipantau.. :p

  9. Noorizam Shah on May 28th, 2008 2:13 pm

    macam artis la yea? ada orang nak pantau.. popular la kalau macam tu ;)

  10. titan on May 29th, 2008 6:09 am

    haha. cakap ajela diorang tak reti wat blog dan tak reti nak popularkan blog diorang..contohilah dr.khir toyo dan Tun. At least blog diorang lebih 10k setiap hari traffic..

  11. Noorizam Shah on May 29th, 2008 10:53 am

    ada seorang Menteri tu, mula-mula ya-ya la konon nak tulis blog, last-last terbengkalai dan paling tak best siap ada org lain tolong tuliskan blog dia.

    :)

Got something to say?