4 Persoalan Memulakan Perniagaan Internet

May 22, 2008

Di internet, anda berpeluang untuk menjalankan perniagaan menjual produk fizikal atau digital. Banyak pasaran yang boleh anda tumpu dan terdapat banyak pilihan platform yang boleh anda guna.

Setiap orang mempunyai matlamat peribadi untuk berjaya dalam perniagaan internet. Contohnya, saya bermatlamat untuk memiliki pulangan keuntungan RM1 juta setiap bulan sebelum berusia 35 tahun. Sekarang saya sematkan matlamat untuk memiliki pendapatan yang konsisten 5 angka setiap bulan.

Sebelum anda memulakan langkah menceburi perniagaan internet. Pastikan anda mengetahui apakah matlamat anda. Cubalah anda ambil masa dan tanya diri anda sendiri. Apakah yang anda mahu?

1. Adakah anda mahu melakukan perniagaan internet ini secara separuh masa atau sepenuh masa? Adakah anda hanya mempunyai matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan sahaja?

2. Apakah produk yang ingin anda jual di internet? Adakah produk fizikal atau produk digital?

3. Mengapa anda perlu memasuki pasaran perniagaan internet?

4. Dimanakah sasaran pelanggan anda? Kumpulan yang mana satu pilihan utama anda?

Cuba anda fikirkan soalan-soalan ini, adakah anda sudah mendapat jawapan antara 4 persoalan ini?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “4 Persoalan Memulakan Perniagaan Internet”

  1. titan on May 23rd, 2008 6:08 am

    Nak jawab ke tak ye..Nak ke tak nak ek..

  2. megat on May 23rd, 2008 11:29 am

    persoalan lain dapat aku jawab, cuma masih tergantung pada persoalan pertama dimana aku masih ada komitmen dengan pekerjaan.

    sebenarnya masih dalam peringkat explore!

  3. Noorizam Shah on May 23rd, 2008 11:36 am

    paling tidak pun.. ada jawapan dalam kepala kan? :)

Got something to say?