Tun Mahathir Keluar UMNO, Terkejut Ke Tak Terkejut?
May 19, 2008

Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 nak keluar dari parti UMNO? Semua orang terperanjat “beruk”.
Apabila desakan Tun Dr. Mahathir meminta Paklah letak jawatan tidak dilayan, maka beliau sendiri terpaksa menggunakan jalan untuk keluar dari parti UMNO.
![]()
Adakah episod hitam tahun UMNO diharamkan dan episod “mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memecahkan kumpulan dalam UMNO kepada dua kelompok?
Hari ini, semua media elektronik menyiarkan laporan dan kenyataan Tun Dr. Mahathir ini.
Sepertimana petikan dari laman web Chedet.com;
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Tun Dr. Mahathir adalah ahli berdaftar UMNO nombor 000000001 dan diikuti oleh Tun Dr. Siti Hasmah nombor 000000002, kini pada usia melepasi angka 80 bertindak keluar dari UMNO. Kalau orang lama dan bekas pemimpin nombor satu boleh keluar UMNO, pastikan selepas ini akan ramai yang akan ikut tindakan Tun.
Kita kena sedar, Tun juga punya pengaruh sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pun terkejut dengan keputusan tu, inikan saya sebagai seorang ahli cawangan sahaja.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Tun Mahathir Keluar UMNO, Terkejut Ke Tak Terkejut?”
Got something to say?





















































Otak CheDet ni Bergeliga pasal memajukan negara dlm pelbagai industri. Otak Pak Lah dikawal oleh Otak Menantunya…Khairy…
Macam2 boleh jadi kalau parti org MELAYU tak ada…
Sekarang ni bangsa asing dak syok dah bertepuk tangan dah..
Huhu..macam2 dah jadi. Lepas nih kita tengok apa yang akan jadi lagi..
macam2 mathir nih jgn negara kacau bilau sudaaaala
so far dah ada ke ahli UMNO yang ikut keluar parti?
Langsung tidak terkejut..sebab dulu orang Inggeris dapat masuk tanah Melayu sbb orang Melayu suka gaduh sama sendiri…
Salam…
Paklah tak gentar dengan ugutan Mukhriz..
Tun sangat kecewa dengan sikap ahmad badawi tidak mengenang budi, mengigit tun selepas mendapat kuasa. Sia sia tun serahkan jawatan pm free kepada pak lah. Agenda pertama pak lah lepaskan awal musuh ketat tun, anuar ibrahim. anwar mengambil kesempatan dengan kelemahan pak lah atau sengaja dirancang bercaramah keseluruh negara mengunkit segala keburukan semasa pemerentahan tun. Pertanyaan, masa dia jadi TPM dan menteri kewangan dulu tak berani pulak bersuara langsung kecut telornya.
Pak lah pula mengikut telunjuk seperti lembu di cucuk hidung membiar atau mengiakan semua perkara yang di ungkitkan oleh anuar dan kunco kunco pembangkang nya. Contoh nya seperti kes Perwaja, kegagalan Lebuhraya dan jejambat MRR2, skandel video klip pelantikan hakim dan lain lain hal lagi yang semua nya merujuk kepada kepincangan semasa pemerentahan tun.
Akibatnya orang melayu mula berpecah belah sesama sendiri seperti yang dapat dilihat dalam keputusan PRU12. Sampai sekarang pun orang melayu dah rasa menyampah dan meluat apabila isu dulu dulu dibangkitkan oleh PM, anuar dan rakan2 pembangkang lain.
Jadi apa kebaikan kepada bangsa melayu, umno, dan negara apabila semua isu isu diatas diungkit dan di bicarakan dengan panjang lebar? Siapa yang telah membiayai perbelanjaan perbicaraan yang panjang lebar vtu?? Apa pulak faedah kepad PM secara langsung dan tidak langsung dan orang melayu keseluruhan nya dengan membuka seluas luas nya pekong2 ini?
Sebagai pm pak lah boleh berhentikan semua isu ini dan mulakan lembaran baru memperkenalkan satu sistem baru yang difikirkan lebih bersih. Tumpuan harus diberi untuk selsaikan perkara berikut?
1. 4% faedah atas pinjaman PTPTN. dan cara yang lebih sesuai untuk kutip hutang PTPTN. Masa ini apa yang PTPTN tau ia lah hantar surat peguam jika ta bayar,
2. Gulungan rakyat berpendapatan rendah - setiap bandar bandar baru atau projek pembangunan tidak ada tempat makan untuk orang berpendapatan RM1500 kebawah kebawah. Contoh mana tempat makan murah di bandar kuala lumpur??.
3. gejala sosial - remaja lepak sebab rumah flat sangat sempit macam reban ayam dan tak sesuai untuk keluarga 5 atau lebih anak, jadi remaja rasa sempit untuk tinggal di rumah dan berihat. Mengapa?? Sebab kerajaan gagal menyediakan rumah yang sesuai untuk mereka. Flat yang dibena hanya ada 1 atau 2 bilek aja. Kerajaan yang dilantik sangat takut dengan pemaju perumahan. SAngat mengambil berat pemaju takut mereka rugi. Tak mampu nak gubal undang undang melarang menjual semula rumah murah rakyat jika nak jual kerajaan beli dengan harga sama.
4 SUbsidi di beri ta kena pada tempat nya - kepada konsesi lebuh raya, janakuasa letrik persendirian, Pengswastaan - tujuan memaximakan keuntungan bukan untuk kesajahteraan rakyat. Ari ni syarikat meminta kenaikan tarif sebab kenaikan kos operasi esok pengerusi syarikat berkenaan dengan megah nya mengistiharkan di media keuntungan meningkat ??% dari tahun lepas. Apa makna nya??
Jadi kesimpulan nya ada betulnya kebanyakan orang berpendapat jika BN terus memerentah yang kaya bertambah kaya……
wassalam