Bagaimana memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan
May 13, 2008
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, memandangkan blog Noorizamshah ini banyak berkisarkan konsep dan idea perniagaan di eBay maka saya ingin berkongsi satu idea atau pendapat saya mengenai bagaimana kita ingin mendapatkan atau memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan. Kenapa perlu pinjam? Hm..pada pendapat saya, kalau tiada wang untuk mulakan perniagaan maka kita perlu membuat pinjaman untuk dijadikan sebagai modal perniagaan, kan? Er..ada ke bisnes yang tak perlu keluar modal? Goyang kaki? Untung 200% kurang dari 7 hari?
Ok berbalik kepada tajuk asal kita, mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan di institusi peminjam wang yang berdaftar atau yang boleh dipercayai. Anggaplah pihak bank tersebut adalah rakan anda. Kiranya anda hendak meminjam wang dari mereka sebanyak RM5000.
1. Jangan berdolak-dalik – Sebagai kawan adakah mereka akan memberi wang kepada anda yang sendiri tidak pasti dengan apa yang ingin diceritakan. Berterus-terang akan hala tuju perancangan bisnes anda. Contoh : Syam, aku nak pinjam RM5000 nak buat modal jual jam di eBay.
2. Hilangkan rasa was-was mereka – Adakah anda rasa mereka akan memberi RM5000 itu begitu sahaja tanpa rasa ragu-ragu? Jadi mari kita hilangkan rasa was-was mereka dengan beberapa langkah mudah.
3. Tunjukkan bagaimana bisnes itu beroperasi – Ini sebenarnya satu isu kerana kadangkala kawan boleh makan kawan. Mereka curi idea bisnes anda. Jadi pilihlah pemberi pinjam wang yang anda percayai. Silap hari bulan mereka bukan sahaja member pinjam malah berminat menjadi rakan kongsi.
4. Sediakan dokumen sokongan – Anda perlu tunjukkan bagaimana anda mampu membayar RM5000 tersebut kepada rakan anda pada dalam satu jangka masa yang dijanjikan. Sebagai contoh anda tunjukkan slip gaji bulanan kepada rakan anda bahawa anda mempunyai kuasa membayar minimum RM500 sebulan.
5. Plan B – Contingency plan sangat penting sekiranya plan asal tidak sealiran seperti apa yang dirancang. Dalam hal ini, anda boleh tunjukkan kepada mereka baki semasa akaun simpanan anda di dalam bank. Ia sebagai satu bukti yang anda mampu menyelesaikan bayaran bulanan sekiranya wang gaji anda terlebih pakai.
6. Jangan rahsiakan maklumat diri – Kejujuran anda adalah satu aset penting dalam perkara ini, siapa yang sanggup beri RM5000 tersebut pada seseorang yang tidak dikenali?
7. Penampilan diri – Sebenarnya saya tiada masalah dengan penampilan tetapi dari aspek psikologi ia membantu meningkatkan keyakinan individu itu sendiri mahupun orang di sekitarnya. Secara logiknya, yakinkah anda memberi sejumlah wang yang agak banyak kepada rakan yang tidak terurus. Betul orang kata, biar papa asal bergaya.
8. Bersedia dengan jawapan yang intelligent – Mereka akan mengutarakan pelbagai persoalan atas dasar ingin tahu mahupun menguji sejauh mana kefahaman anda di dalam bidang perniagaan tersebut. Apakah persepsi mereka jika anda tidak mampu menjawab soalan matematik perniagaan yang mudah seperti 10% dari RM1000?
Pada saya kawan anda atau pihak bank tidak kisah berapa jumlah yang hendak mereka beri (janji mereka berduit) cuma yang menjadi tanda tanya, Adakah anda mampu membayar balik wang yang dipinjam itu? Akhir kata, berniagalah dengan bijak. Kegagalan itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih bersedia, berilmu dan bijak dalam menangani sebarang permasalahan. Ditulis oleh Syamsulariff Bin Mohamed. Sila subscribe feed blog beliau jika anda mahu.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Bagaimana memudahkan proses kelulusan pinjaman kewangan”
Got something to say?





















































[…] & hello to all my dearest reader, I just wrote one entry in Noorizamshah’s blog about personal loan, business loan and etc. which a few tips that based on my thought. Check it […]
Bagus tips ko ni noorizam ..
AKu member nak bagi pinjam tapi aku plak takut.. Huhuhuhuhuhuhuhu
zool: tips ni bukan saya yang tulis.. tapi guest blogger dari Vangardx.net
si Syam yang tulis.
sepatutnya kredit untuk dia.
Aku bagi je pinjam. Tapi aku mintakwat surat hitam putih. Habis cite. Pastu, mintak alamat rumah mak abah diorang atau sedara terdekat..
satu lagi. Kad pengenalan jangan lupa wat salinan. Kawan2 gak. Tapi kalau jumlah yg mintak itu kau orang rasa banyak. Haa. jaga-jaga..
kad pengenalan kena buat pengesahan betul2.. banyak orang tipu kad pengenalan..
[…] Bagaimana mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan di blog Noorizamshah 2. 5 faedah menyertai dan menghadiri seminar di blog […]