Berapa Tahun Anda Perlu Ambil Masa Untuk Perolehi RM1 Juta Pertama!
Gambar dari Kosmo Online: Nilai semasa stem tahun 1967 ini mencecah RM5 Juta.
Angka tu mungkin terlalu besar bagi anda yang baru bermula. Bagi mereka yang sentiasa memiliki motivasi yang tinggi, cabaran ini pasti akan dilalui dengan penuh keyakinan.
Jika anda mempunyai semangat “ala-ala” mungkin untuk memiliki wang RM1 Juta yang pertama adalah satu misi yang mustahil. Di Malaysia sudah terlalu ramai yang berjaya memiliki RM1 Juta pertama. Ada yang perolehi pendapatan sebegini hasil usaha dalam perniagaan offline seperti insurans, hartanah, pelaburan, seminar, MLM dan sebagainya.
Tetapi berapa ramaikah yang berjaya memperolehi pendapatan sebanyak ini di internet? Dengan hanya meminimakan kos, hasilnya adalah 1000 kali ganda. Saya sentiasa ada meletakkan sasaran ini di atas kertas dan saya bawa ke mana sahaja.
Ya! Saya inginkan RM1 Juta yang pertama dimana setiap bulan apabila berlaku transaksi keluar dan masuk, ianya mestilah mempunyai nilai 7 angka!
Irfan Khairi mengambil masa 3 tahun untuk mendapatkan 1 juta. Ramai yang menyangka untuk mendapat nilai sebesar ini adalah mudah. Terutama apabila mereka ini digambarkan internet adalah lubuk membuat duit dengan cara mudah.
Saya ingin ingatkan anda, di internet anda tidak memerlukan modal berpuluh-puluh ribu ringgit untuk menjalankan perniagaan internet pertama anda. Ada banyak cara untuk meminimakan kos.
Jadi berhati-hatilah apabila anda ditawarkan peluang perniagaan internet dengan mengenakan caj beribu-ribu atau berpuluh-puluh atau beratus ribu ringgit!
Perniagaan internet ini sama juga seperti perniagaan offline lain kerana semuanya melibatkan usaha. Tiada usaha, tiada kejayaan. Lainlah jika anda nak tunggu bulan jatuh ke riba.
Untuk dapatkan RM1 Juta tu bukanlah satu perkara yang mustahil tetapi ianya adalah perkara yang sukar jika anda menganggap mudah dalam apa juga perkara yang anda lakukan.
Saya mempunyai ramai rakan-rakan di internet yang menghasilkan pendapatan dengan menjual produk fizikal dan digital di internet. Hasilnya ramai yang memperolehi pendapatan secara sampingan RM2,000-RM5,000 sebulan dan realitinya remaja berusia 18 tahun pun boleh melakukannya hanya dari rumah.
Jika anda meletakkan motivasi yang tinggi dalam diri anda dan meletak sasaran untuk memperolehi RM30,000 sebulan tidak menjadi satu perkara yang mustahil anda boleh menjadi seorang jutawan sedikit masa lagi.
Lagi sekali saya ingatkan. Tiada jalan pintas untuk menjadi jutawan. Nak seribu daya. Tak nak, buat sahaja kerja yang ada sekarang.
Jumpa lagi
Sphere: Related Content



















































pergh..stem ni kalau terlepas ke pasar gelap..adei mahu gelap mato den..
dia kalau nak tahu stem ni mahal ke tak, kena tengok pada keunikan dia.. macam stem ni dia tak ada harga.. entah2 stem ni memang harga dia RM5 juta. Mana tahu?
perghhhhhh dulu2 masa sek ren minat gak la kumpul setem ni. hehe
KNizam: saya tak ada lagi stem bernilai juta-juta ni.. paling tinggi pun harga RM15.00
Dulu aku kumpul setem. Sekarang, setem tu aku tak tau kat mana..hehe
em..btol2.usaha tangga kejayaan
setem yang dipilih dan simpang lama menjadi harga yang tunggi,kawan yang ikhlas sudah lama menjadi nilai yang lebih tinggi,kali pertama lawati blog ni,harap dapat berkenalan dengan Noorrizam.