Sekitar JomSeminar Sesi 1

May 11, 2008


Gambar atas (dari kiri): Fuad Latip, Shuth, saya, Alang dan Gobala

Post sebelum ini saya ada paparkan gambar sahaja dan tiada satu pun post yang panjang dari saya. Mungkin anda ternanti-nanti apa hasil yang saya dapat setelah pergi ke Seminar ini.

Ya, ada juga yang bertanya saya semalam, kenapa saya perlu hadir ke seminar ini sedangkan saya sudah ada perniagaan internet malah pendapatan saya juga tegap. Inikan seminar untuk mereka yang tidak ada sebarang perniagaan internet lagi?

Ohh… anda silap. Sebenarnya semalam bukan saya seorang sahaja yang hadir malah ramai juga usahawan internet yang datang. Antaranya Shuth (WangCyber), Syam (RajaAdsense), Abooain, Azam (RinggitHit), Kak G (InternetMelayu), dan Sukeri. Antara nama lain yang sempat saya jumpa ialah Blalang (blogger) dan beberapa nama lagi yang saya tak ingat nak tulis kat sini (jika kita ada jumpa semalam, sila komen kat bawah ni ok).

Yang penting semalam saya dapat jumpa Alang (SZAB) dan belajar beberapa tip dan teknik dari Syed Ikhwan, Gobala Krishnan, Yusry dan Fuad Latip.

Sama macam Syam (RajaAdsense dan Shuth), meja saya telah diserbu peserta untuk mendapatkan maklumat tentang diri saya (macam artis sain autograf la pula), ni gara-gara Syed beri “KLU” kepada peserta semasa ice breaking semalam. Kad bisnes saya juga habis diambil peserta yang berminat untuk mengetahui perniagaan dan ada juga yang serius nak buat Join Venture dengan saya. Terima kasih aje la yea. ;)

Saya nantikan emel anda yang minat nak JV!

So, sekarang anda nampak kenapa saya perlu datang ke seminar ini? Inilah peluang saya untuk membina brand dan mendapatkan JV partner, walaupun boleh dikatakan 80% ilmu yang disampaikan speaker sudah saya pelajari. Seperti yang speaker tekankan dalam seminar ini, semua bergantung kepada tahap penerimaan dan pengetahuan peserta seminar.

Ada yang datang semalam bermula dari ZERO. Apapun, saya doakan peserta lain semuga terus berusaha dan terus menanamkan minat serta berfikiran lebih serius demi matlamat awal semasa datang ke seminar ini.

Semalam juga pihak jomseminar mengambil testimonial saya secara rakaman video dan ini anda boleh saksikan apabila ianya siap kelak. :D

Memang semalam memang sibuk sedikit. Kepada pelanggan-pelanggan saya yang telah membuat bayaran untuk mendapatkan produk-produk saya, semuanya sudah disemak dan diselesaikan malam tadi. Terima kasih kerana menunggu.

Apa yang boleh saya komen secara ringkas mengenai JomSeminar.

1. Nota seminar, kad nama, urusan pendaftaran semuanya disediakan dengan baik.
2. Lokasi seminar juga adalah bersesuaian dan mudah untuk meletak kenderaan.
3. Yusry seperti seorang speaker yang berpengalaman lama walaupun dia kata TIDAK. Saya juga belajar banyak perkara baru mengenai CPA.
4. Syed Ikhwan dia banyak berkongsi pendapat secara personal dengan saya. Dia juga seorang yang peramah dan baik hati. Seronok berkenalan dengan anda.
5. Alang juga tidak kedekut ilmu, dia banyak berkongsi ilmu secara personal dengan saya terutama dalam bab perbincangan kami iaitu bisnes direktori.
6. Gobala Krishnan, saya tidak dapat berbual sangat dengan dia, mungkin dia tidak berapa mengenali diri saya tetapi tidak apa, teknik Super Affiliate yang diajar memang memberi input berguna kepada saya. Well dia juga memang nampak smart dengan jaket creamnya. :)
7. Saya sukakan teknik SERP dan SEO yang dikongsikan Fuad Latip, memang dia ni expert dalam menganalisa search enjin. Satu-satunya speaker yang mengajar secara LIVE dan praktikal. Walaupun macam keretapi laju, saya boleh faham lagi. So memang bermanfaat ilmu SERP ini untuk saya.

Lain-lain review mengenai JomSeminar anda boleh lihat disini:

1. Sekitar Jom Seminar - Syam RajaAdsense
2. Gambar seminar internet Jom Seminar sesi 1 part i - Kak G

Kalau ada yang buat review, sila beritahu saya. Boleh saya letak link kat sini. :)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

19 Responses to “Sekitar JomSeminar Sesi 1”

  1. sham on May 11th, 2008 8:13 pm

    First time jumpa bro noorizam..Tinggi bangat,saya just kat dada dia je. :P

    Nice to me you.

  2. Noorizam Shah on May 11th, 2008 8:55 pm

    ya Sham: saya memang tinggi dan senang kalau nak cari kalau tersesat. hehe

  3. catzer on May 11th, 2008 8:56 pm

    Sy tak dpt nak hadir kena balik ke JB ada kenduri kawen..apapun harapan sy kehadiran Jom Seminar dapat melahirkan insan IM yg lebih terbilang hendaknya.

  4. Noorizam Shah on May 11th, 2008 9:08 pm

    catzer: alohai, last sekali kita jumpa kat gath kat mana ya?

  5. arejae on May 11th, 2008 10:16 pm

    seronok dapat jumpa otai-otai. tak habis2 saya bersalaman dengan derang.mudahan2 aura-aura tuh melekat kat saya juga nanti.Insya-Allah.
    ha’ah..tinggi banget bro noorizam. Salam perkenalan. :)

  6. Maizul on May 11th, 2008 10:28 pm

    Ha post ni yang aku tunggu… Norizam kalau ada buat apa2 program untuk rakan JV norizam jemput la saya sekali no boleh la saya tolong promot2kan.

  7. wanmus on May 11th, 2008 11:39 pm

    yes..last2 dpt jumpe jugak mamt si tinggi lampi nih..hehehe..ingat sape rupenye otai jugak..ape2pun nice to meet you semalam.

  8. Ubi on May 12th, 2008 9:16 am

    Terima kasih Norizam pasal advice awak pasal bab mental block tu. Saya akan cuba praktikkan…

    Ok, nanti kalau nak ajak minum teh beritau jelah… :-)

  9. Noorizam Shah on May 12th, 2008 12:10 pm

    ubi: no problem.. mana yang baik kita kongsi2kan..

    saya dah lama tak baca majalah UJANG.. awak kerja sana lagi ke?

  10. Gambar Seminar JomSeminar | Shamsuriyadi.com on May 13th, 2008 1:22 am

    […] Antara post lain yang berkaitan dengan seminar ialah Shuth, Kak G dan Noorizam. […]

  11. Isman on May 13th, 2008 3:48 pm

    Assalam Noorizam,
    Ini lah kali pertama saya join seminar IT, ramai otai2 yang hadir…
    wah seronok betul dapat tau serba sedikit apa yang Mentor beritahu tu, pembakar semangat ada, kelakar pun ada ,yang penting tip kita dapat dan kawan kita kenal. Wassalam.
    p/s. saya duduk depan kanan sekali.

  12. Kasyidi on May 13th, 2008 6:13 pm

    Salam,

    Alhamdulillah, dapat juga saya bertemu sendiri dgn penulis ebook Kuasa Lelong.

    Memang tinggi lampai org nya..

    betul gak kata bro, kalau sesat senang cara..hohoho :D

    Salam Perkenalan.

  13. Noorizam Shah on May 13th, 2008 7:52 pm

    Walaikumsalam Isman… seronok dapat berkenalan dengan anda.

    Kasyidi: susah ke nak jumpa IM tinggi lampai? hehe

  14. arejae on May 13th, 2008 9:18 pm

    bro noorizam, nak jumpa IM tinggi lampai lagi hensem tuh yg susah tuh. :)

  15. Adi Surya on May 13th, 2008 9:44 pm

    haiya…. lu rupanya bro… sorry la… wa tak berapa kenal lu la time seminar… kalau la aku tahu… mesti aku mintak tips banyak2 dekat kau… anyway… seronok kenal you bro!

  16. Noorizam Shah on May 14th, 2008 12:24 am

    arejae: tu pasal saya duduk belakang sekali masa jomseminar hari tu.. kasi can orang depan tengok speaker bercakap. hehehe

    Adi Surya: Saya pun tak sempat nak beramah mesra dengan semua peserta jomseminar, maklumlah waktu ice breaking tu saya telah diserbu untuk peserta.. maaflah kalau tak perasan orangnya macam mana .. :)

  17. JejakCyber Dot Com » Blog Archive » Jom Seminar on May 14th, 2008 1:07 am

    […] yang saya ketahui telah turut hadir di dalam seminar ini ialah saudara Shuth, Syam RajaAdsense, Noorizam, Kak-G dan ramai […]

  18. ~ Diari BisnesWanita ~ » Blog Archive » Gambar Sekitar JomSeminar on May 14th, 2008 4:16 am

    […] 3- Noorizam & Part II […]

  19. jom seminar, mailing list, jv antarabangsa, buat duit online, jv giveaway on May 14th, 2008 6:46 pm

    […] Team FlareBiz | DinBeramboi | Sham RajaAds | Kak G @ InternetMelayu & Part II | Noorizam & Part II | Bisnes Wanita | Shuth | Adi Surya | Kasyidi | Abooain @ Syawarma | Arejae | WanMus | Azam […]

Got something to say?