Bagaimana Untuk Kenal Pasti Produk Bersesuaian?

May 10, 2008


Kredit: Lemonodor.com

*Sori produk sebelum ini terpaksa dikeluarkan dari link topik ini kerana ianya mengganggu koding blog saya*

Sepatutnya topik ini saya publish pada tengah malam semalam, oleh kerana terdapatnya masalah teknikal, post ini terpaksa ditunda dan ditulis semula.

Ni pun baru sahaja balik dari seminar JomSeminar.com. Memang best. Apa pun saya akan cerita pasal seminar ini pada post yang lain.

Kita terus kepada topik bagaimana anda boleh mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk dijual di laman web EBAY.

Ramai yang beranggapan, EBAY adalah lubuk emas kepada penjual-penjual ebook buat duit yang lumayan. Apabila EBAY “BAN” semua produk digital ramai yang umpama “patah kaki” kerana tidak lagi boleh menjual ebook.

Sebenarnya, anda masih lagi berpeluang menjual produk-produk digital anda di sana. Ada teknik lain yang boleh anda aplikasikan. Kalau nak tahu, kenalah banyak membaca dan menuntut ilmu. hehe..

Hari ini saya boleh berbangga kerana ramai pelanggan/pembeli/pelajar saya telah berjaya menghasilkan pendapatan di internet menjual produk fizikal. Kalau mereka boleh, mengapa tidak anda?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa anda boleh menjual apa sahaja produk di laman EBAY. Ya ke? Dari pengalaman saya sendiri tidak semua produk boleh dijual di laman EBAY dan tidak semua juga berjaya menghasilkan jualan.

Maksud produk yang tidak boleh dijual tersebut boleh anda rujuk di sini (Prohibited and Restricted Items).

Ada tiga perkara yang boleh anda buat pertimbangan dalam menentukan jenis produk untuk dijual.

1. Jika hendak menjual, jual lah produk yang diminati.

Bagaimana nak tahu produk ini orang minat ke tidak. Ok, anda perlu tahu bahawa laman EBAY adalah tempat orang “CAMPAK” duit. Di luar negara sudah menjadi satu trend mereka membeli belah secara online. Malah untuk mencari sarung tangan pun mereka sanggup membeli secara online.

Traffik di laman EBAY adalah tinggi dan terbuka kepada pasaran seluruh dunia. Contoh paling mudah, di Malaysia mempunyai kelab-kelab penyokong pasukan bola sepak liga Inggeris. Ada yang sokong Arsenal. Ada yang sokong Manchester United dan ada yang sokong pasukan Liverpool.

Peminat-peminat ini sanggup membeli apa sahaja jika tahap minat kepada pasukan pilihan mereka adalah tinggi. Mungkin anda boleh jual jersi bola, jual kasut bola, jual keychai, jual poster pemain bola, jual lukisan pasukan bola dan sebagainya.

Tidak dinafikan, jika anda lihat dilaman EBAY luar negara, ada penjual yang menjual produk-produk besar seperti kereta, peti ais, televisyen, katil dan mesin rumput.

Bagi anda di Malaysia, jika anda ingin menjual produk yang bersaiz besar, pasaran terbaik ialah Malaysia. Bagi anda yang ingin mencari peluang pasaran luar negara, nasihat saya apakata anda mencari produk-produk yang kecil, tidak mudah pecah dan yang penting ianya mestilah tidak mudah rosak/busuk.

Fahamkan maksud saya? Kalau tak faham, bacalah ebook kuasa lelong tu. :D

Last sekali;

3. Jual produk yang dicari pembeli.

Anda boleh menggunakan Advance Search untuk membuat kajian kepada produk-produk berpotensi yang mendapat permintaan pembeli. Jadi, kepada mereka yang telah memilki ebook kuasa lelong, pastikan anda mempelajari dan memahirkan teknik dan panduan yang saya berikan. Ok.. jumpa lagi!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Bagaimana Untuk Kenal Pasti Produk Bersesuaian?”

  1. samdaddycool on May 11th, 2008 12:31 am

    …. nak komen sikit, kalu jersey EPL, la liga ke… dll, jgn jual cap siam… nanti acc kena ban

  2. yoga health on May 11th, 2008 10:36 am

    yea.. yang penting bac ter dan polisi yang ditetapkan oleh pihak ebay

  3. Ahmad Amir on May 11th, 2008 11:00 am

    ermm..menarik jugak jual kat ebay ni ye…saya nantikan update dari saudara noorizam seterusnya..

  4. shahraduan on May 11th, 2008 2:17 pm

    samdaddycool :

    Boleh juga kalau nak listing…tapi kalau kena remove jgn buat lagi…ehehehehe…dlm byk2 jersy tu. UMBRO - VERO -Cukup KUat.

    Jersy memang tak boleh sangat kalau pasarkan kat ebay.com…aku baru jerkk kena remove jersey.

Got something to say?