Mualaf Menang Kes Murtad
May 9, 2008
Petikan akhbar: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.
Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.
Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.
Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.
Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan.
Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.
‘‘Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.
‘‘Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,’’ katanya.
Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
Saya cuma nak kongsi cerita dengan anda mengenai berita yang saya baca di internet hari ini. Mungkin kisah ini anda boleh ambil pengajaran dan iktibar. Ini mungkin antara 1 kes yang diberi perhatian, realitinya banyak lagi kertas kes yang masih lagi bertimbun untuk diperdengarkan.
Tak caya? Tanyalah Mufti Negeri Sembilan dan Mufti Perak.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Mualaf Menang Kes Murtad”
Got something to say?





















































Ehm..susah mahu cakap. Aku rasa pempuan tu sendiri tak niat nak masuk Islam. Just untuk kawin aje. Susah la nak cakap. Wat sakit hati je baca paper semalam..
nasibla tiada bimbingan..tula,masaalah kita org islam..mcm i,dah kahwin dgn mualaf 14thn.takada sorang pun dari pegawai dari majlis agama tanya atau call mcmana jadi saudara baru..tapi mine dah jadi saudara lama.tapi alhamdulillah anak i 3org semua pdai megaji.2 dah qhatam Quran.nak bimbing suami lbt skit biasala ego,tapi syukur suami tak membantah.di minta majlis agama buka-bukala fail mualaf yg berdaftar utk memberi salam…apa khabar!!!!
Have you guys ever thought the fairness of the conversion of people of other faith to Islam? Converting to Islam is promoted, but converting from Islam is punishable. Have you ever thought how you feel when living in a non muslim community, you see a non musllim trying to convert to Islam but the conversion to Islam of this non muslim is blocked by the court?
tuler pasal cube hukum2 dulu guna pkai iaitu memerangi golongan murtad..hikamhnya supaay jika ade org bukan islam masuk islam sebab kahwin x berani nk masuk jika guna hukum ini jadi kes camni x berlaku….jika seseorang bukan islam masuk islam memang ikhlas masuk tetap x kish hukum tersebut sebab dia yakin ttg islam……..Undang Allah lebih banyak hikmahnya secara tersurat dan tersirat…..wallahualam