Al-Fatihah buat Taqiyuddin
May 7, 2008
Seorang warga Forum WangCyber.com telah meninggal dunia kerana terjatuh dari pangsapuri tingkat 16. Arwah adalah seorang forumer dari WangCyber yang menjalankan perniagaan sampingan sebagai agen insurans.
Beritanya boleh dibaca di laman hmetro online. Berikut adalah sedikit laporan akhbar.
KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi kematian seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila mangsa dikatakan sempat berbual dengan teman wanitanya sebelum mayatnya ditemui di perkarangan pangsapuri 16 tingkat yang didiaminya, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang semalam, Takiyuddin Roslan, 20, yang juga Penolong Pembantu Pembangunan JKM, maut selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri Danau Kota, Jalan Prima Setapak di sini, yang disewa bersama dua rakan sepejabatnya.
Lebih memeningkan apabila mangsa yang berperwatakan ceria baru saja pulang dari kampung di Kelantan menziarahi ibunya yang uzur.
Rakan serumah mangsa, Mohd Irwan Razali, 21, berkata kali terakhir dia berbual dengan mangsa malam kelmarin sebelum masuk ke bilik untuk tidur.
Laporan penuh disini
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham, semoga arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Al-Fatihah buat Taqiyuddin”
Got something to say?





















































Al-Fatihah untuk arwah….
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati…tak kira umur, pangkat dan darjat.
Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNYA yang soleh…amin
Al-Fatihah….
Semoga roh ditempatkan di tempat orang yg beriman….
Innalillah….macam tak percaya jer aku…Ish3. Biar betul dia? Kot2 Taqiyuddin yg lain? Hurmmm..mmg asal kelantan pun. Arwah ni selalu gak chatting ngan aku..huhu.
al-Fatihah..
[…] noorizamshah.com - 16/ 2,070,000 […]
Ehm..memang pelik. Tapi kita terima seadanya. Apapun. AL fatihah.
[…] Sorry that I’ve just heard the news. Al-fatihah towards Taqiyuddin. [1] [2] [3] [4]. Allahyarham has taught me a lot about business, forex, and share lots of information with me, […]