Blog CheDet Pecah Rekod?
May 6, 2008
Sebelum ini, tidak ramai pemimpin atau bekas pemimpin politik tanahair menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat kecualilah blog-blog dari beberapa pemimpin pembangkang dan pengkritik kerajaan.
Selepas pilihanraya umum ke 12, semua ini nampaknya berubah sama sekali, maka mulalah wujud macam-macam blog yang membincangkan politik diwujudkan. Antaranya seperti DrKhir, Muhammadmuhdtaib, MohdAliRustam dan yang terkini adalah CheDet (Tun Dr. Mahathir Mohammad).
Apa yang mengujakan saya ialah pemimpin politik juga umpama selebriti yang begitu popular. Mereka juga mempunyai pengikut atau penyokong tersendiri. Sama ada mereka sokong atau menentang, apa juga yang mereka lakukan pasti akan diikuti.
Blog Chedet diwujudkan tidak sampai pun satu minggu, tetapi ruangan komennya mencecah angka 1000 komen. Letihlah Tun Dr. Mahathir nak baca satu persatu komen tu ya!
Mungkin ini juga kerana publisiti yang diberikan ke atas blog Chedet.com. Mana tidaknya, sampai akhbar luar negara juga memberi maklumat kewujudan blog bekas perdana menteri ini. Mungkin ini akan memberi sejarah kepada rakyat. Seorang bekas pemimpin nombor satu negara, bekas perdana menteri Malaysia, perdana menteri paling lama, berusia 80an, mempunyai sebuah blog politik.

Datuk Hishamuddin tak ada blog ke?
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Blog CheDet Pecah Rekod?”
Got something to say?





















































Kalau hishamuddin ada, agaknya ape benda dia tulis.. hmm..
Para pemimpin UMNO sekarang ini tidak perlu gentar dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir yang sering mengkritik kerajaan dan keluar daripada UMNO kerana beliau hanya ingin menguji tahap kepimpinan yang ada sekarang dan juga warga UMNO keseluruhannya.Justeru itu,UMNO sekarang ini perlu berubah ke arah pendekatan berjuang dengan hati yang ikhlas tanpa memihak ke arah kepentingan peribadi semata-mata.Usaha untuk menyelesaikan masalah perlu dilakukan dengan segera dan sebaik mungkin bagi menunjukkan UMNO adalah sebuah parti yang berjuang untuk membela orang Melayu dan juga agama Islam.UMNO perlu mengkaji atau memikirkan tentang ancaman yang mungkin diperolehi jika berlaku ketidak stabilan di dalam parti agar tidak mudah diperlekehkan oleh semua pihak.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga tidak perlu untuk meletak jawatan kerana jika berbuat demikian akan menjatuhkan maruah beliau dan juga UMNO.Ini adalah satu perkara yang memalukan kerana tidak pernah ada dalam sejarah negara bekas perdana menteri menggesa perdana menteri yang ada sekarang supaya meletak jawatan yang disandang.
memang kalau dalam politik berjuang kerana peribadi tidak akan kemana..
Tun Dr. M nak jadi Anwar kot?
Malaysia sudah 50 thn merdeka ttapi kemerdekaan tersebut tak membawa apa2 makna pun kpd masyarakat dan negara.Apa yg sy nak ketengahkan dsini ialah malaysia gagal untuk mengurangkn masalah kemiskinan tegar walaupun malaysia kaya dgn bhan galian dan hasil bumi,malaysia juga gagal untuk mewujudkan sebuh negara demokrasi yg bebas bersuara,kebanyakn suara rakyat tdk didengari.Bukan itu shj malysia juga gagal mewujudkan sebuah negara islam yg syumul ataupun menyeluruh dlm semua aspek kehidupan tetapi malaysia tdk malu utk mengaku bhwa negara ini adalh sebuah negara islam……spt yg dcanagkn oleh pemimpin bn yg dulu kini selamanya….bahkan pula atas pengaruh politik institusi kehakiman dan kepolisian tercemar…atas sebab itu tdk ada lg keadilan di bumi yg merdeka ini sjk 50 tahun merdeka…..malaysia juga sering mengamalkn kasta dlm kehidupan..yg kaya semakin kaya yg miskin semakin papa ………….sy berdoa akn wujud sebuah krjaan yg akn dtg utk perbetulkn sgla mistake yg tlh brlaku..
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Nazrin. Apa yang dibahaskan di blog chedet.com tersebut hanya untuk menguji kepimpinan UMNO sekarang di dalam menghandle beberapa perkara penting.
Juga, kita sendiri perlu membebaskan diri kita dari ‘kepapaan’ dan bukan orang lain. Rezeki tidak datang bergolek. Pendidikan boleh diperolehi di mana2, sekolah mahupun dari internet, cuma klik saja. Rezeki juga ada di mana2 dan kita tidak perlu bergantung harap kepada orang lain jika kita berasakan kita mampu melakukannya tetapi kenalah dengan ilmu. Tidak perlu bergantung harap pada orang lain.
wahh hari ini berita menarik.. beberapa orang wakil rakyat Sabah nak buat undi tak percaya kat Pak lah. Terus panas kisah politik Malaysia ya.
subsidi petrol. siapa yang berhak?
adakah makanisma yang di war2 kan kerajaan berkenaan kenaikan harga petrol memuaskan hati rakyat TERUTAMANYA golongan berpendapatan sederhana dan rendah diambil kira? Soal selidik yang telah saya lakukan mendapati golongan tahap ini
kebanyakannya mengunakan kereta NASIONAL, PROTON.
Adakah ketetapan rebet tunai memberi keadilan kepada rakyat?
FAKTA : KENDERAAN PERSENDIRIAN 2000cc,MAKSIMUM 5 BUAH KENDERAAN DIBOLEHKAN MENERIMA REBET TERSEBUT.
Bagimana pula jika individu mempunyai 5 buah kenderaan berjenama MERCEDES BENZ ATAU BMW yang berharga melebihi RM200,000 TETAPI DIBAWAH 2000cc?
LAYAKKAH menerima rebet tunai? jika layak,adakah golongan yang diketegorikan golongan kaya ini LAYAK menerima? semacam ada kepincangan makanisma yang telah dibuat oleh kerajaan?
BERIKAN PENDAPAT ANDA ?