Taikun Naza Kembali Ke Rahmatullah…

May 3, 2008


Gambar kredit kepada Star-Motoring

Semalam, dalam waktu sibuk menguruskan pengkebumian jenazah pakcik saya dikampung akibat radang paru-paru, satu berita juga telah menarik perhatian saya ialah Pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles.

Akibat kematian mereka hampir serupa cuma latar belakang mereka berbeza. Saya mengikuti juga kisah Pemilik NAZA ini yang mana asalnya hanya menjual kereta import terpakai yang akhirnya membina dan mengeluar kenderaan berjenama sendiri.

Nama NAZA ini telah menjadi satu brand yang dipakai dan sentiasa bergerak diatas jalan raya dengan megahnya.

Saya juga kini menggunakan kenderaan yang ada kaitan dengan NAZA.

Kisah ini pasti mengejutkan kerana tidak ramai yang tahu Allahyarham Tan Sri mempunyai penyakit kanser paru-paru dan beliau pergi dalam waktu beliau sibuk meninjau perniagaan di luar negara. Esok jenazahnya dijangka tiba di Malaysia untuk urusan pengkebumian.

Esok didada akhbar akan memaparkan kisah sedih ini sebagai cerita paling depan sekali.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Taikun Naza Kembali Ke Rahmatullah…”

  1. zool on May 4th, 2008 1:18 pm

    Sebenarnya tak ramai blogger buat cerita pasal pemergiaan beliau..
    Mungkin ramai yang tidak mengenalinya…
    tetapi kejayaan beliau patut menjadi inspirasi kepada bisnesman di seluruh malaysia…..
    ‘usaha tangga kejayaan ‘

  2. Nadlique on May 6th, 2008 11:51 am

    Arena bisnes tanahair telah kehilangan tokoh yg hebat.. Al-fatihah..

Got something to say?