Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

May 31, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=rahsia10k [+] sekarang juga!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Nuffnang Masyuk Lagi…

May 30, 2008

Nampaknya semakin ramai yang faham bagaimana hendak menyertai nuffnang dan memperolehi pendapatan melaluinya.

Semalam sekali lagi saya withdraw amount RM253.85 untuk bulan MEI. So payment clear bulan hadapan. Lepas juga nak bayar duit streamyx, bil elektrik, bil air (dah percuma).

Pada bulan Jun nanti, sekali lagi Nuffnang akan adakan “party” untuk Nuffnanger. Lokasi pilihan kali ini adalah di Modesto’s, Desa Sri Hartamas. Siapa yang bukan kaki berparti sila abaikan post ini. :D

Parti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua Nuffnanger di Malaysia dan Singapore dengan tema haiwan liar (parti liar macam Mia Anak Pontianak tu ke?) .

So, siapa yang nak datang, kenalah pakai kostum haiwan liar, macam harimau kumbang ke, singa laut ke, badak sumbu ke, Katak Gunung ke, Beruang Panda ke.. apa-apa je lah yang bertemakan haiwan liar. ohoho

Siapa yang pakai kostum yang paling cantik dan menarik, bakal 2 buah laptop jenama Dell XPS M1330. Pemenang kostum tercantik akan pegang title “King of the jungle & Queen of the jungle

 

Lagi best, siapa yang nak menang Sony PSP ni, pastikan anda membaca laptop masing-masing, sebab Maxis Broadband ada anjurkan program.. program apa? Klik lah sini

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

eCover Ebook telah dihasilkan

May 29, 2008

Rahsia dan Formula Menghasilkan Pendapatan Lumayan Dengan Menjual EBook

Nantikan kemunculannya!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

“Perang Sambutan” Paklah Vs. Dr. M

May 28, 2008

Macam-macam dah Malaysia ni,

Ingatkan perang pilihanraya dah habis, rupanya masih ada lagi bahang-bahangnya..

Kemelut dalam UMNO masih lagi tidak nampak kesudahannya. Semalam sewaktu Tun Dr. Mahathir tiba di Malaysia, beliau telah disambut oleh penyokong-penyokongnya. Ramai, memang ramai. Dengar kisah dari Jerlun pun sanggup turun untuk beri sokongan kepada Tun Dr. Mahathir.

Kesempatan ini diambil Tun, untuk terus mengkritik PakLah walaupun beliau bukan lagi ahli UMNO.

Semangat lagi Chedet ni!

Sebelah malamnya pula, penyokong-penyokong Paklah sudah siap sedia di Lapangan Terbang Tentera Udara Subang dan dianggarkan 1000 orang yang menanti dengan penuh setia. Kot-kot sokong ni dapat projek, manalah tau :D

La ni, nampak dah kenapa tiba-tiba sahaja ada aktiviti perang sambutan ini. Asal ada isu panas kat Malaysia ni, pasti akan ada acara “menunggu ketibaan” beramai-ramai. Siap gantung kain rentang lagi.

Entah bila dah habis isu ni tak taulah… Ada sesiapa boleh jawab?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Senarai Laman Web Ebay Seluruh Dunia

May 28, 2008

Ada ramai juga yang bertanya kepada saya, berapa besarkah pasaran yang boleh mereka masuk di laman web Ebay?

Jika kita lihat, laman web lelong tempatan, kita hanya bertumpukan pasaran dalam Malaysia sahaja, tetapi dengan Ebay anda boleh masuk ke 22 pasaran diseluruh dunia!

Ini adalah diantaranya, sebenarnya begitu banyak pasaran didunia ini yang boleh anda pilih tanpa had dan tanpa sempadan.

Ebay adalah tempat atau lubuk pengguna internet ’mencampakkan duit’ mereka. Jika sebulan transaksi boleh mencecah lebih dari USD20 juta, pasti sesiapa sahaja akan cuba belajar dan ambil peluang ini.

Berikut disenaraikan laman web negara-negara di seluruh dunia.

1. Australia
2. Austria
3. Belgium
4. Canada
5. China
6. France
7. Germany
8. Hong Kong
9. India
10. Ireland
11. Italy
12. Malaysia
13. Netherlands
14. New Zealand
15. Philippines
16. Poland
17. Singapore
18. Spain
19. Switzerland
20. Thailand
21. United Kingdom
22. United States

Sekarang anda sudah tahu betapa banyak dan besarnya pasaran anda. Anda tentukan pasaran pilihan anda dan tingkatkan jualan anda hari ini!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Kerajaan Tidak Bercadang Pantau Laman Dan Penulis Blog

May 27, 2008

Menarik dalam sisipan akhbar Sinar Harian, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi memantau laman-laman blog di internet dan penulis blog yang tidak bertanggungjawab.

Bagi pendapat saya selagi penulis atau pengendali laman blog tidak membuat apa-apa kesalahan melampau sehingga menjejaskan keharmonian kaum, menfitnah membabi buta dan tidak melanggar undang-undang negara, maka tidak perlulah diwujudkan badan pemantau ini.

Ini kerana kita telah mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan rasanya fungsi badan ini sudah mencukupi untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kalau kita rujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), ianya mengandungi beberapa peruntukan yang melarang penerbitan berunsur lucah, maklumat palsu, kandungan berunsur ancaman dan sumbang dengan niat mengganggu, mendera, mengacau mana-mana individu seperti yang dilakukan oleh beberapa penulis blog tanahair.

Dari laporan akhbar menyebut, didapati sebanyak 22 laman web dan blog disiasat (siapa yang kena siasat tu?) kerana menyiarkan pelbagai artikel kandungan berunsur jelik, sumbang, fitnah, lucah dan palsu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan usaha menyiasat blog dan penulisnya sukar kerana kebanyakan laman web menggunakan platform luar negara seperti blogger.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »