Anwar Mula “Masuk” Gelanggang Parlimen
10 tahun dah tak nampak kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen. Kali terakhir DSAI masuk parlimen atas tiket Barisan Nasional (BN).
Semalam memang hari yang menarik perhatian ramai, apabila DSAI muncul buat kali pertamanya selepas “digantung” yang pasti, ia pasti memberikan sedikit getar kepada kerajaan hari ini bahawa DSAI memang berhajat untuk duduk di kerusi parlimen.
Macam-macam cerita dalam BN sekarang ini terutama UMNO, tak tahu bila semua ini akan sudah. Kelmarin dalam media, Dato’ Seri Sammy Vellu pula bertelingkah dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo pasal roboh kuil.
Yang terbaru Datuk Syed Ali Alhabshee letak jawatan dalam BN serta merta. Menarik sungguh kisah dalam negara ni.



















































maklumat ini dicedok dari agendadaily.com
Buku jenayah Menteri
GEMPAR… sebuah buku yang mendakwa tentang jenayah seorang Menteri dari parti UMNO kini sedang beredar dengan agak meluas khususnya di kalangan orang-orang politik. Buku berkenaan yang dikesan diedarkan sejak Isnin lalu memuatkan dakwaan kes jenayah membabitkan Menteri itu dengan disertakan dokumen-dokumen dan gambar. Agendadaily yang menerima salinan buku tersebut mendapati ia turut disertakan dengan cakera video rakaman pengakuan pihak yang membuat dakwaan tersebut. Berita dan gambar akan menyusul. – 29/4/2008
siapa lah agaknya yang menjadi spy mengikut kegiatan menteri-menteri tu ya!?
kdang-kdang bagus juga memandangkan ada gejala yang tak baik berlaku dalam kalangan mereka. perlu didedahkan supaya rakyat tidak tertipu. selalu hanya mendengar dan melihat muka dan mulut manis mereka.
ada spy ke kat sana megat?
hehe. ada orang wat ebook tak buku jenayah tuh?
hahaha.. ebook siap titan tanya seh… hm.. apa2 pun lets see what happen
berikut adalah petikan dari agenda daily:
Pendedahan Jenayah Ahmad Zahidi Hamidi itulah tajuk buku yang dikesan sedang diedarkan secara percuma kebelakangan ini.
Buku yang diterbitkan atas nama Anak Kelantan Prihatin itu memuatkan dakwaan seorang lelaki bernama Amir Bazli Abdullah yang didakwa dipukul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan kecederaan kekal di wajahnya.
Kejadian itu berlaku di Country Height,Kajang pada 16 Januari 2006. Laporan mengenainya pernah keluar dalam beberapa buah akhbar dan internet.
Waktu kejadian itu Zahid ialah Timbalan Menteri Penerangan.
Selain Zahid semasa kejadian itu ada beberapa orang lain termasuk anak lelaki dan menantu beliau.
Wartawan Agendadaily mendapat satu naskah buku itu pada malam berlangsung mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di tingkat 38 PWTC Selasa lalu.
Sewaktu berjalan menuju ke menara Dato Onn di mana terletaknya ibupejabat UMNO seorang rakan menunjukkan sampul surat berisi sebuah buku kecil dan sekeping VCD.
Katanya ada orang yang letak sebilangan naskah buku dan VCD dekat sebuah tangga di bangunan itu.
Ikut ceritanya ia ditemui pada hari berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di situ petang Isnin.
Ini adalah taktik biasa mereka yang nak sebarkan bahan-bahan seperti itu.
Berdasarkan dakwaan Amir Bazli dalam rakaman yang dipaparkan dalam VCD itu insiden dia dipukul itu berpunca daripada hubungan cintanya dengan anak Zahid bernama Nuruhidayah yang tidak direstui.
Difahamkan waktu itu Nuruhidayah masih bersuami.Namun rumahtangga mereka dikatakan menjadi tegang ekoran hubungan itu.
Berdasarkan cerita yang dipaparkan, Amir Bazli memberikan perincian peristiwa yang berlaku bermula dengan perkenalannya dengan Nurulhidayah sehinggalah kepada insiden beliau didakwa menculik Nurulhidayah dan anaknya.
Untuk rekod, Amir Bazli pernah menjadi anggota konvoi motosikal besar yang diketuai oleh Zahid dan gambar mereka berdua dimuatkan dalam buku berkenaan.
Bagi menguatkan dakwaannya, Amir Bazli memuatkan beberapa dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan Hospital USM Kubang Kerian, surat menyurat dengan pihak polis dan pejabat Peguam Negara, afidavit penafian Zahid, serta bukti penyewaan rumah tempat beliau didakwa mengurung Nurulhidayah yang dokumen penyewaan itu ditandatangani oleh Nurulhidayah sendiri sebagai saksi.
Selain itu, buku tersebut turut memuatkan gambar-gambar Amir Bazali dengan Nurulhidayah dan anaknya (cucu Zahid) semasa mereka berada di Kelantan sebagai menguatkan hujahnya menafikan Nurulhidayah diculik olehnya dan dilarikan ke Kelantan.
Antara gambarnya menunjukkan Amir Bazli sedang bermain dalam kolam renang dengan anak Nurulhidayah.
Gambar yang disiarkan dalam buku berkenaan agak berkualiti kerana cetakan buku itu dan VCD berkenaan adalah berkualiti tinggi. Ia bukan jenis cetakan fotokopi yang kebiasaannya oleh mereka yang mengedar surat layang.
Secara keseluruhannya, buku tersebut selain penuh dengan dakwaan tentang apa yang berlaku ialah untuk meminta pihak yang berkuasa untuk memberikan keadilan kepada Amir Bazli.
Kesimpulan yang boleh dibuat ia satu usaha terancang dan sasarannya ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.
Malah sebelum pilihanraya umum baru ini timbul cakap-cakap karier politik Zahid mungkin terjejas kerana insiden berkenaan.
Namun ia meleset.Beliau bertanding semula di kerusi parlimen Bagan Datoh dan kemudiannya dilantik pula sebagai menteri.
Soalnya kenapa sekarang tiba-tiba ada usaha pihak tertentu untuk ‘ tembak’ Zahid mengunakan buku dan VCD insiden itu?
Zahid nampak tenang saja ketika Agendadaily kebetulan bersua dengannya dekat pintu masuk bangunan Parlimen pagi Rabu sebelum sidang Dewan Rakyat hari pertama bermula.
“Apa cerita ni?,”katanya secara berjenaka ketika merujuk kepada laporan ringkas Agendadaily bertajuk “Buku Jenayah Menteri” yang disiarkan hari itu yang telah dibacanya.
Lepas itu dengan nada yang lebih serius menteri itu mengakui beliau sudah tahu mengenai pengedaran buku dan VCD itu.
“Ini semua cerita lama… polis dah siasat …tujuh orang anggota polis datang ambil keterangan dari saya.Dalam parlimen pun pernah dibangkitkan.Ada suratkhabar yang dah laporkannya.
“Sekarang dah tak ada apa…. bagi saya ia bermotif politik.Saya dilantik menteri dan kemudiannya ada orang cakap saya nak bertanding Naib Presiden UMNO…mulanya semua ini keluar balik,”katanya.
Menjawab satu soalan Zahid berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu mengenai kes itu.
Kepada soalan lain beliau mengakui berada di tempat kejadian dimana Ahmad Bazli mendakwa dia dipukul.
Zahid menjelaskan kes itu melibatkan banyak hal-hal tidak dapat diceritakannya kerana ia terlalu peribadi.
“Bagaimana saya nak ceritakan supaya semua orang faham sedangkan banyak yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum,”katanya.
Beliau seterusnya bertanya, “cuba bayangkan saudara ada anak perempuan yang berdepan dengan keadaan itu.Ada hal yang kita boleh ceritakan kepada umum dan ada yang memang kita tak boleh.Masalahnya bila gambaran sebenar tidak dapat diberi orang boleh putarbelitkan macam-macam cara.”
Menurut Zahid sebelum ini ada kalangan rakan politik termasuk ahli parlimen yang bertanya sendiri kepada beliau mengenai kes itu.
“Selepas saya jelaskan keadaan sebenarnya… mereka baru faham,”katanya.
Zahid juga beritahu kepada Agendadaily secara off the record beberapa hal mengenainya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya sebagai terlalu peribadi itu.- 2/5/2008
BOLEH DAPAT KE BUKU TU… MINAT NAK BACA…
rizal: cuba try tanya kat editor agendadaily, kot-kot dia nak beri?
Tujuan anuar masuk politik adalah untuk membalas dendam aja bukan untuk selamatkan orang melayu. Dia melaga lagakan orang melayu umno dengan berbagai idea agar mereka bercakaran sesama sendiri. bukan nya untuk menyatu padukan bangsa melayu.
Ingat berperang sesama melayu akibatnya “menang sabong kampung tergadai”. PRU ke 12 telah membuktikan kebenaran kata kata di atas.
Kita sekarang semakin bodoh, bagai seekor lembu ditarik kekiri bergerak ke kiri ditarik ke kanan bergerak ke kanan. tak terfikirkah kita akan masa hadapan anak – anak kita pada masa akan datang, mana perginya kata – kata hang tuah “melayu tak hilang didunia” kalau macam ni lah perangai kita orang melayu bukan kata hilang pupus terus dari muka bumi.kita sesama melayu bergaduh bangsa lain yang seronok tengok betapa bodohnya bangsa melayu.
skarang ni timbul pula anwar ibrahim si dracula, kalau betul – betul dia nak menaikkan martabat orang melayu bukan begitu caranya. sepatutnya dia harus “tackle” hati yang satu bangsa dengan dia bukan buat fitnah dan ajak bangsa lain buat huru hara dalam negara kita yang aman ini. takkan kita rakyat malaysia nak lihat satu lagi sejarah terkuburnya kerajaan melayu ke tangan kaum lain (macam singapura yang dahulunya kepunyaan kerajaan melayu tapi dek bodohnya sultan yang dipancing dengan wang yang tak seberapa hilang sebuah karajaan, tengok betapa hinanya orang melayu di singapura menjadi kuli dan pencacai kaum asing yang dahulunya milik nenek moyang mereka yang bergelar melayu).
bangkitlah wahai bangsa melayu eratkan silaturahim agar bangsa kita mampu maju kehadapan dan melangkah bangga sebagai satu bangsa yang maju, bijak, berilmu dan bersatu sebagai kalifah di muka bumi tuhan ini.