Mendapatkan Pelanggan Setia Anda!
Saya baru sahaja selesai membungkus produk untuk dihantar kepada pelanggan esok. Macam biasa, produk ini akan dihantar kepada pelanggan setia saya.
Untuk topik kali ini, saya akan berkongsi maklumat dengan anda, kenapa anda perlu sentiasa menjaga pelanggan anda.
“Jangan abaikan pelanggan pertama anda!”
Tahukan anda? Kebanyakkan penjual di eBay (biasanya penjual-penjual baru) tidak menyimpan apa-apa email atau “contact” bakal pembeli atau pembeli pertama mereka.
Perbuatan seperti ini sebenarnya merugikan mereka. Tidak mengendahkan traffik di laman eBay dan tidak prihatin kepada bakal pembeli anda memungkinkan anda akan kehilangan peluang untuk mendapatkan pendapatan ulangan dalam jangkamasa panjang.
Kalau tak percaya tanyalah penjual yang berpengalaman lain. Internet Marketer lain juga pasti sependapat bahawa pelanggan-pelanggan pertama mereka adalah seorang yang penting.
Jika anda mendapat seorang pembeli, sila simpan email mereka atau alamat untuk dihubungi. Mungkin masa akan datang ianya boleh diguna kembali untuk mempromosi produk-produk anda yang lain.
Setiap kali anda mempunyai barangan baru untuk dijual atau dilelong, anda boleh menghantar email kepada mereka untuk mengajak mereka untuk membeli barangan tersebut.
Sekiranya mereka menyukai barangan tersebut, mereka tidak akan teragak-agak untuk membeli daripada anda kerana mereka telah yakin dengan kredibiliti anda sebagai seorang penjual.
Bayangkan sekiranya senarai alamat email di dalam simpanan anda telah mencapai ribuan orang. Alangkah mudahnya untuk anda mewujudkan perang bidaan untuk barangan anda kerana ramai orang yang yakin dengan anda dan menginginkan barang jualan anda.
Ada 2 cara yang boleh anda praktikkan untuk menyimpan email pembeli-pembeli anda.
Cara manula yang boleh anda gunakan ialah salin dan simpan alamat email mereka ke dalam perisian notepad atau MS word. Tak pun, simpan sahaja dalam Yahoo mail atau Google mail anda.
Jikalau ada bajet lebih, boleh juga melanggan perisian autoresponder seperti Getresponse.com atau Aweber.com. Kebanyakkan powerseller atau penjual berpengalaman akan menggunakan autoresponder untuk menyimpan senarai email pelanggan-pelanggan mereka.
Jadi, pikir-pikirkan bagaimana anda boleh menggandakan pendapatan anda.
Salah satunya ialah menyimpan maklumat pelanggan pertama anda dan tukarkan mereka kepada pelanggan yang setia!
Jumpa lagi!
Sphere: Related Content



















































***mesej anda telah disekat oleh admin blog ini ****
HUHUHUHU…ada spam terlepas plak ker ?
Dah kena cantas dah..