Nuffnang Perkenal Sistem Klik Rating

April 10, 2008

 

Sejak Nuffnang memperkenalkan keahlian Glitterati dan bukan Glitterati, ramai yang mula memonyokkan diri kerana banyak komen-komen yang berbeza mengenainya.

Sejak ia keahlian ini berkuatkuasa, saya juga terkena tempias bila mana pembayaran komisyen menjadi lebih lewat dari kebiasaan. Saya hanya terima cek pembayaran lebih sebulan kerana status saya bukan ahli Glitterati.

Kemudian, saya mengambil langkah membuang mana-mana ads network tempatan yang lain dari blog saya seperti Advertlets, GrabMyAds dan GoKita.

Hasilnya dalam masa beberapa hari, status saya dinaiktaraf ke Glitterati dan pendapatan saya dengan Nuffnang semakin baik.

Tapi ada juga yang komplen, kenapa setiap blog terima iklan yang berbeza-beza. Ada pula yang terima satu iklan sahaja dan tak pernah tukar-tukar iklan.

Ada pula yang dapat iklan yang sama berulang-ulang. Mula-mula iklan dari syarikat A, kemudian syarikat B, kemudian kembali semula iklan syarikat A.. dan begitulah tak habis-habis.

Lagi yang mengecewakan, ada yang dapat iklan tahun lepas. Ada ke yang dapat iklan tahun lepas? ;)

Memang sedikit sukar pihak Nuffnang untuk memilih satu-satu blog itu jika iklan itu adalah Cost-Per Unique Visitor, alasannya adalah kerana terdapatnya blog Glitterati dan bukan Glitterati.

Jadi sekarang, Nuffnang hari ini perkenalkan satu sistem yang membantu pemilik blog untuk mengetahui tahap persembahan blog masing-masing iaitu sistem yang dikenali sebagai click-rating. (Saya suka sistem ini)

Contoh macam mana nak faham sistem Click-Rating ini, anda boleh layari blog Nuffnang di sini.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Nuffnang Perkenal Sistem Klik Rating”

  1. megat on April 10th, 2008 12:02 pm

    Kita lihat apa yang bakal berlaku! Sama ada semakin baik atau sebaliknya. Beri peluang kepada mereka untuk meningkatkan mutu khidmat mereka. Mungkin mereka masih baru tapi nampak perubahan dari masa ke semasa.

    Setiap perkara baru pasti dapat kritikan hebat. Tapi atas kritikan itu membuatkan khidmat mereka semakin bagus. Just like ‘test & error’!

    p/s : psstt… link ke blog nuffnang tu len macam jer :p

  2. abdfatah on April 10th, 2008 3:06 pm

    wahahaha… 4 bintang.. tentunya seiring dengan pagerank..

  3. Noorizam Shah on April 10th, 2008 3:53 pm

    abdfatah: itu bukan akaun saya da… tapi impression/traffik saya tinggi sedikit dari screenshoot tu.. dan rating pun memang 4 star! :)

  4. emme on April 14th, 2008 8:36 pm

    Salam, yang aku pelik skang ni, iklan Nuffnang kat blog aku susah nak kuar apsal ek? pelik aku…

  5. Noorizam Shah on April 14th, 2008 9:49 pm

    ada beberapa sebab;

    1. mungkin traffik tak kuat
    2. terdapatnya iklan dari advertlets. nak nak income laju sket, sila buang mana-mana ads network tempatan lain.

    buat masa ini, akaun saya dah cecah RM100 lebih dan sudah beberapa kali withdraw. :)

  6. syamsulariff.com on April 15th, 2008 5:14 pm

    nuffnang semakin stabil..bayar tak penah miss..cek sentiasa sampai rumah..mcm nie la yg kita mahu :D

  7. abdfatah on April 15th, 2008 5:44 pm

    yer betul iklan nuffnang aje…

  8. haxe on September 4th, 2008 2:46 pm

    a,ah..baru je dpt status glitterati..2 pun lepas buang iklan advertlets..
    lagi satu..kena maintain minimum 20 traffic/day..bru iklan 2 keluar..

    http://haxestudio.blogspot.com

Got something to say?