MyLubang Ala-ala laman Lelong Malaysia

April 8, 2008

Satu penemuan baru mungkin? Sebab saya hanya tahu mengenai laman web ini selepas saya menjenguk blog Vangardx dan terlihat iklan banner disatu sudut sisi kanan…

Selepas saya masuk ke web mylubang.com, saya melihat satu web yang mungkin boleh saya katakan ianya ala-ala laman web lelong terkemuka tempatan iaitu lelong.com.my. Saya tidak pasti sama ada web ini telah lama dilancarkan kerana saya baru sahaja melihat web ini. Mungkin ada kawan-kawan lain yang tahu siapa pemilik web ini.

Dari apa yang dilihat, laman web mylubang ingin menampilkan sebagai satu laman web alternatif untuk mereka menjual dan membeli produk digital dan fizikal. Bagi mereka yang ingin membuat lelongan produk, laman web ini turut menawarkan perkhidmatan tersebut.

Setakat apa yang saya lihat, tidak ada sebarang fee yang dikenakan. Tak tahulah sama ada web ini telah siap sepenuhnya atau tidak? Dan tidak dipastikan juga samaada, web ini memang ada mengenakan fee atau sebaliknya. Harap ada sesuatu khabar positif dari sana.

Saya akan update, jika ada apa-apa perubahan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Update: Sah Mylubang.com tidak kenakan sebarang fee! Lihat dibawah:

ALL FREE!

1. Free Store
2. Free Listing
3. Free Featured Auction
4. Free Recently Listed Auction
5. Free Ending Auction
6. Free Auto Relist Items (2 months)
7. Free Recently Listed Wanted Ads
8. Free Media Upload
9. Free Reserve Price
10. Free Buy it Now
11. Free Auction Duration
12. Free Private Auction
13. Free Swap Offer ( The seller can choose whether or not to accept swap offers on their item)
14. Free Make an Offer
15. Ask Seller a Question
16. Other Items for Sale
17. Send Auction to a Friend
18. Watch this Item
19. Proxy Bidding (Buyers can place a maximum bid on items, the software will then automatically re-bid for them should their bid be overtaken by a rival bidder.)
20. Place a Bid
21. And many more…

P.s: Kouta pembeli untuk laman web kuasalelong.com semakin habis. Dapatkan segera!

P.p.s: Tempahan pelamin untuk bulan April telah penuh!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “MyLubang Ala-ala laman Lelong Malaysia”

  1. ijamidayu on April 8th, 2008 12:45 pm

    pada saya, sama mcm cari.com.my la.. jualan secara percuma.. disediakan..
    kalau x salah la..

  2. shahraduan on April 8th, 2008 2:05 pm

    Barangan tak berapa banyak lagi…mungkin org tak tau kot

  3. Azhar Ahmad on April 8th, 2008 2:14 pm

    Kadang2 terfikir tak adakah idea lain selain mengambil saduran idea orang

    p/s saya masih tensi dengan program Monsun

  4. syamsulariff.com on April 8th, 2008 8:32 pm

    salam, kata org yg deal dgn aku utk iklan tu dia lunch april..

  5. Noorizam Shah on April 8th, 2008 9:04 pm

    aku mengharapkan sesuatu perkhabaran yang positif dari mylubang.com :)

  6. atika selamat on April 14th, 2008 6:09 pm

    check punya check laman monsun biz sama dengan mylubang .. bezanya.. monsun biz caj RM50 untuk iklan. mylubang pula FREE.

    pelanduk dua serupa ke?

  7. shahraduan on April 14th, 2008 6:18 pm

    kadang2 tu script website tu same…dia org download scrip yg sama…tak percaya cuba tgk kat web-web iklan percuma. Scrip kebanyakkannya adalah sama….cuma kena pandai edit2 dan atur2 jerkk…

    Macamlah blog ni…pandai dpt theme dan edit..mesti nampak lain.

  8. starline on April 18th, 2008 2:24 am

    Macam2 la sekarang ni.Yang penting bermanfaat untuk semua pengguna

  9. lelong on June 24th, 2008 3:13 am

    Hai semua!.. pernah terjumpa perkara yang menarik seperti dibawah?
    …Percuma rm5.00 apabila prosess menjual dan membeli di lelong.ebays.my bejaya!

    ‘Free international and local auction site. Get free rm5.00 for each succeed sale and buy process. (t&c apply)’

Got something to say?