Lagi Tahniah Untuk Alang!

April 7, 2008

 

Tahniah! tahniah! Tahniah kepada Alang kerana tersiarnya cerita anda di akhbar Kosmo. Sebenarnya kisah Alang telah beberapa kali disiarkan oleh akhbar tempatan. Mungkin nama Alang tidak sehebat IK (Dr. Irfan Khairi) atau Mawi, tetapi bagi saya dan usahawan internet yang lain, nama Alang bukanlah suatu yang asing bagi kami.

Beliau menjadi inspirasi golongan muda yang lain untuk berkecimpung di internet, mencari peluang-peluang menjana pendapatan internet yang sebenar.

Alang bukan seorang ‘pemain’ skim cepat kaya, pelabur program pelaburan internet, peserta program wang masuk atau wang mengalir dan bukan juga peniaga internet yang mempunyai landloard yang memerlukan RM50,000 satu penyertaan.

Alang menjadikan blog dan internet sebagai medium menjana pendapatan pada kos yang minima, bukannya kos pelaburan yang mencecah RM10,000 atau RM50,000.

Jika anda inginkan pendapatan 4-6 angka sebulan, anda perlulah belajar dengan mereka yang benar-benar mempraktikkannya. Bukanya mendengar janji manis dan puitis semata-mata. Takkan nak gadaikan tanah bendang, kampung halaman sekali lagi?

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Lagi Tahniah Untuk Alang!”

  1. shahraduan on April 7th, 2008 8:50 pm

    wah wah…makin dasyat si Alang ni yerk !! kau bila lagi Shah..?

  2. Noorizam Shah on April 7th, 2008 10:15 pm

    Shahraduan: Wallahualam.. hehhe

  3. Jazidean on April 8th, 2008 9:55 am

    salam.. zam.
    nak tanya abang zam sikit ni, saya dok tunggu paypal code dari paypal nak
    verify accaunt, tapi tak dapat-dapat lagi. citer sikit, leh tak?

  4. Noorizam Shah on April 8th, 2008 10:10 am

    Wasalam Jazidean,

    untuk dapatkan expended number untuk verify account paypal, nombor tu kita akan dalam statement kad debit atau kad kredit kita.

    dalam statement tu dia akan tulis ‘paypal expended number’. guna nombor tu masa nak verify akaun paypal.

    Boleh call pihak bank untuk tanyakan expended number paypal tu, kalau nak cepat.

    harap jawapan ini membantu.

  5. jazidean abdullah on April 8th, 2008 10:58 am

    terima kasih banyak-banyak abg zam..
    terima kasih daun keladi,lain kali nak tanya lagi
    senyum sokmo!

  6. Affuan on April 8th, 2008 8:24 pm

    aiik. jadik tempat support desk paypal plak ke? ngeee..

Got something to say?