Panduan eBay: Cara Menulis Feedback
April 5, 2008

Gambar kredit kepada okcreative.com
Bagi anda yang pertama kali menghasilkan jualan di EBay, jangan lupa untuk meninggalkan feedback kepada pembeli anda. Pastikan anda menulis feedback yang positif apabila anda menerima pembayaran tepat pada waktu yang dijanjikan.
Kenapa anda perlu memberi feedback yang positif?
Jawapannya ialah untuk membantu pembeli atau penjual mendapat kepercayaan apabila mereka berurusan pada masa akan datang. Anda sebagai penjual juga harus mengingatkan pembeli anda supaya memberi feedback yang positif kerana feedback yang anda terima juga pentin untuk memberi kepercayaan kepada bakal pembeli anda yang seterusnya.
Ingatlah! Feedback yang positif mampu memberi kepercayaan kepada bakal pembeli anda pada masa akan datang.
Jagalah kualiti perkhidmatan anda, pastikan produk yang anda hantar sampai bertepatan pada masa yang dijanjikan, buat pembungkusan dengan baik dan sentiasa peka dan pantas berkomunikasi dengan pelanggan anda. Jadi, tidaklah sesukar mana untuk dapatkan feedback yang positifkan?
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
6 Responses to “Panduan eBay: Cara Menulis Feedback”
Got something to say?





















































Menulis feedback pun kena tulis yg baik2 manalah tau kan…dia akan membeli lagi ke pd masa hadapan.
saya sekarang tengah deal dengan seorang mamat ini. dia ada feedback -1. sekarang dia dah menang satu bidaan saya, kemudian dia kata saya tipu dia. dia kata dia bid harga RM1770 je.. tapi kenapa bayar RM2375. ..
lihat dari rekodnya, dia tak pernah pun membeli apa-apa produk lagi walaupun dah register akaun sejak tahun 2005….
dia masih tak tau yang dia dah guna proxy bidding. lepas tu kata kita tipu dia.. aiyooo.. hehe
susah2 sangat report jerkk dgn ebay…
nak kasi can dulu, tengok apa dalih dia.. dia ingat kita yang set supaya dia menang.. bukan ke dia yang place bidding.. kita sebagai penjual mana boleh ubah atau kensel. lagi2 produk yang dah mula dibida..
takpa kita kasi can kat dia sampai 7 hari.. kalau tidak, report kat ebay dan dispute la..
hehe..tu dah naik lemak tu..dia nak ke tanak. tanak jangan bid..
ini 1st time ‘customer’ saya kata saya cheat.. hehehe dia salah perkiraan kot.. dia tak bajet ada orang lain yang turut membida… tu yang confirm macam menang je tu…
tips: cara nak tahu samada bidaan kita tu berjaya atau tidak, sila guna Watchlist di “My Ebay” anda atau download eBay Alert untuk pantau bidaan anda.