Cara Maintain Motivasi

April 5, 2008

Tips ini ditulis oleh Dr. Irfan Khairi dan dihantar ke email saya. Mari kita baca…

Kita semua pernah dengar peri bahasa ini, dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.

Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.

The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.

Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam
ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Cara Maintain Motivasi”

  1. shahraduan on April 6th, 2008 5:55 am

    Bagus tip ni…kena amalkan kalau nak berjaya.

  2. Sain on April 6th, 2008 9:16 am

    Ini yang penting sekali dalam bisnes ni…tak kira la bisnes internet ke atau bisnes lain….saya sokong

  3. starwalker on April 6th, 2008 5:29 pm

    dr khairi mmg superb! aku lawat blog dia setiap hari! pernah ada satu pastu mengenai penyakit risau. article mengubati hati aku ni weh..

  4. Noorizam Shah on April 6th, 2008 8:34 pm

    terbaru, kisah IK masuk kosmo. Alang pun ada masuk kosmo! tahniah Alang!

Got something to say?