Stadium Melawati, Shah Alam telah ditawan
April 1, 2008
Malam semalam, saya ke Stadium Melawati dengan satu tujuan. Saya ingin melihat dengan mata saya sendiri benarkah sambutan yang diberikan rakyat kepada kerajaan baru Selangor ini luar biasa?
Program malam itu, bukanlah untuk hiburan tetapi bersama-sama berdiri dalam satu saf, rukuk dan sujud menghadap Allah memohon doa dan bermunajat.
Selepas solat Maghrib, saya hantar isteri ke rumah kakak ipar dan terus shoot ke Stadium Melawati, Shah Alam. Tiba di depan pusat membeli belah TESCO, Shah Alam, jalanraya sudah mula sesak dengan kenderaan menghala ke stadium.
Suasana ini dirasai seperti malam menonton konsert akhir Akademi Fantasia atau menonton perlawanan bolasepak.

Saya hadir berseorangan, demi merasai apakah benar mereka datang dibayar atau diberi makanan seperti program-program yang biasa saya pergi dimana kerajaan negeri milik BN dahulu.
Maaf kata, malam tadi saya lihat dengan mata saya sendiri, rakyat menolak permintaan penganjur untuk diberi kerusi duduk sebaliknya memilih duduk di atas lantai stadium (tempat duduk disekeliling telah penuh). Jangan rasa kagum sedikit pabila orang ramai memberi wang sumbangan kepada badan amal untuk membiayai kos penganjuran himpunan ini (tidak berlaku dalam kerajaan).
Walaupun pengacara mengumumkan tidak akan mengutip sumbangan, tetapi orang ramai masih juga keluarkan duit masing-masing untuk diberikan kepada pasukan amal.
Kekuatan jemaah amat jelas disini. Saya berterima kasih kepada mereka, walaupun kita berlainan parti, mereka masih lagi menerima kehadiran saya untuk menjadi pemerhati.
Secara keseluruhannya, perhimpunan besar-besaran yang pertama kali dianjurkan kerajaan baru ini telah memberi beberapa mesej kepada saya;
1. Stadium Melawati tidak pernah menerima jemaah yang sebegitu ramai sehingga penuh pelusuk stadium dengan orang ramai rukuk dan sujud di dalamnya.
2. Kekuatan dan perpaduan umat islam digambarkan di dalam perhimpunan ini.
3. Perhimpuan sebesar ini, tidak pula mencetuskan rusuhan seperti yang dilemparkan pihak yang satu lagi.
4. Macam mana aman dan meriahnya karnival TV3, JomHeboh, Akademi Fantasia, Malaysian Idol begitulah yang dirasai pada malam tadi.
5. Pembangkang Selangor selepas ini kena kerja keras untuk dapatkan semula Negeri Selangor (dari apa yang diperhatikan, sokongan rakyat yang luar biasa).
Popularity: 39% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Stadium Melawati, Shah Alam telah ditawan”
Got something to say?





















































syukur!!! takbir!! alhamdullilah.. ramai beri sokongan padu pada BA. Bukan untuk berpolitik tapi kita berkongsi apa yang terjadi. Rakyat bangkit dan tidak mahu lagi ditindas..
siapa lagi yang pergi solat hajat dan isyak malam tadi? saya pukul 11.00 dah keluar stadium, kena balik awal..
bisnes internet nak kena monitor. banyak sgt sales masuk malam tadi.
pukul berapa abis program malam tadi?
Alhamdulillah….Satu perkara yang saya nanti2 selama ini supaya semua rakyat dapat buat penilaian sendiri. Mungkin ada hikmahnya mengapa diberi kemenangan di negeri Selangor, satu negeri yang sesiapa pun tak akan terfikir akan jatuh kepada tangan pembangkang selama ini.
Insyaallah, tak mustahil suatu hari nanti kita akan lihat dan rasai suasana politik Malaysia yang berubah sama sekali apabila rakyat dah mula melihat contoh permulaan diantara 5+1 negeri yang dikuasai ‘Barisan Rakyat’.
Semuga mereka dapat melaksanakan apa yang mereka janji dulu tanpa ada gangguan dari ‘mereka itu’. Berilah peluang untuk mereka buktikan.
Salam perjuagan.
perhhh ramai benor yaa…
semoga manifesto untuk memberi gaji minima RM1500.00 kepada pekerja di Selangor, dikotakan.
Alhamdulillah…Semoga bi’ah Islam makin berkembang di Malaysia tercinta.
ALHAMDULILLAH……SEMANGAT ISLAM DALAM JIWA RAKYAT MALAYSIA MASIH TEBAL CUMA TERSELINDUNG DEK KERAJAAN CAMPURAN….
Salam Noorizam… aku sedang sabar menunggu untuk gaji Rm1500.00