Anwar Mula “Masuk” Gelanggang Parlimen
April 30, 2008
10 tahun dah tak nampak kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen. Kali terakhir DSAI masuk parlimen atas tiket Barisan Nasional (BN).
Semalam memang hari yang menarik perhatian ramai, apabila DSAI muncul buat kali pertamanya selepas “digantung” yang pasti, ia pasti memberikan sedikit getar kepada kerajaan hari ini bahawa DSAI memang berhajat untuk duduk di kerusi parlimen.
Macam-macam cerita dalam BN sekarang ini terutama UMNO, tak tahu bila semua ini akan sudah. Kelmarin dalam media, Dato’ Seri Sammy Vellu pula bertelingkah dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo pasal roboh kuil.
Yang terbaru Datuk Syed Ali Alhabshee letak jawatan dalam BN serta merta. Menarik sungguh kisah dalam negara ni. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentRenew Online Road Tax dan Lesen Memandu di sini…
April 30, 2008

Lawa betul model MyEG ini ya?
Sekarang ni saya tak nak cerita siapa Maya Karin, sebaliknya saya nak berkongsi infomasi mengenai satu servis yang ditawarkan di internet iaitu “RENEW” cukai jalan kenderaan anda.
MyEG Services Berhad adalah sebuah syarikat yang membangunkan sistem online untuk kerajaan memudahkan operasi dan khidmat pelanggan.
Jika anda layari laman web MyEG, anda akan ditawarkan servis seperti memperbaharui lesen memandu anda dan tak payah nak susah-susah pergi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pejabat Pos. Buat secara online je.
Lain-lain servis? Jenguk-jenguklah laman web MyEG hari ini.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentClickBank: Permohonan Tukar Alamat Diluluskan.
April 29, 2008
Hello,The payee name and address in your ClickBank account have been changed at your request. Please be aware that this is the name and address to which checks will now be issued. Please log in to your account to confirm that it is correct.Best Regards,
Larissa
ClickBank Customer Service
3 hari lepas saya ada buat request untuk tukar alamat (alamat USA ke Malaysia) dan nampaknya permohonan saya di approved. Lepas ini, boleh la dapat cek komisyen terus ke alamat Malaysia.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Memilih eBay Dropshipper
April 27, 2008

Apa khabar anda hari ini? Hujung minggu ini buat apa?
Siapa yang tinggal di Shah Alam, bolehlah luangkan masa hujung minggu anda ke pasar tani setiap hari ahad di medan letak kereta Stadium Melawati Shah Alam. Kat sana macam-macam anda. Barangan antik, wang kertas lama, baju, handbag, ubat kuat dan macam-macam ada. Mungkin ianya dapat membantu anda mencari idea perniagaan internet anda?
Sejak saya menerbitkan ebook kuasalelong.com, ramai pembeli-pembeli ebook ini telah menghantar emel mengucap terima kasih dan penghargaan kepada saya. Terima kasih kepada mereka yang menghantar emel.
Ramai juga yang telah menghasilkan pendapatan di laman eBay malah tak sangka ada juga seorang pembeli ebook ini (nama dirahsiakan) kerana berjaya menghasilkan jualan mencecah RM10,000 sebulan setelah mempraktikkan ilmu yang dikongsikan di dalam ebook kuasalelong.
Saya percaya, berkat usaha tanpa jemu telah memberi pulangan yang amat berganda kepadanya. Malah modal yang dikeluarkan untuk membeli ebook kuasalelong telah “pulang modal” berganda-ganda banyaknya.
Terima kasih kepada yang membeli. Teruskanlah praktik ilmu yang diajar.
Hari ini pula saya akan cuba berkongsi sedikit ilmu dna info mengenai dropshipper.
Apa pula eBay dropshipper?
Ada sesetengah penjual gemar menggunakan eBay dropshipper kerana mereka yaking cara ini adalah satu kaedah yang hebat untuk membuat duit di sana.
Anda boleh menjual produk-produk di laman web eBay ke seluruh dunia dan tugas eBay dropshipper pula menghantar produk-produk tersebut kepada pelanggan anda.
Dengan kata lain, anda tidak perlu memikirkan masalah produk anda dari sudut pembungkusan dan penghantaran kerana ianya dilakukan oleh eBay dropshipper anda.
Tetapi..
Ada tetapinya,
Walaupun bunyinya nampak mudah sebenarnya ianya tidaklah seperti yang anda sangkakan. Tujuan menggunakan dropshipper hanyalah satu perkara yang membantu anda menjimatkan masa dan usaha anda semasa anda menjual produk di laman eBay. Walaubagaimana pun, anda perlu pastikan produk yang anda ingin jual sentiasa ada stok, jika tidak reputasi anda di eBay akan terjejas jika produk yang dibida tidak dapat dihantar.
Anda perlu memilih eBay dropshipper anda dengan tepat. Ini kerana terdapat juga eBay dropshipper meletakkan syarat wang deposit yang tinggi dan anda perlu juga berhati-hati kerana dalam banyak-banyak dropshipper ada juga yang cuba menipu anda.
Antara tempat terbaik untuk anda mendapatkan eBay dropshipper ialah di laman web mywholesalecontacts.com. Laman ini hanyalah antara contoh yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan produk-produk pilihan untuk dijual di laman web eBay tanpa perlu anda menyimpan stok di rumah!
Tips yang paling penting ialah, banyakkan membaca dan menuntut ilmu (seperti membaca ebook kuasalelong dan bonus tambahan). Jangan malu bertanya. Banyak forum-forum ternama yang membincangkan topik mengenai eBay. Tanyalah mereka. Belajar dari asas. Jangan cepat melangkah atau melompat ke teknik yang lebih advance semata-mata inginkan pendapatan lumayan sekelip mata.
Dalam apa juga perniagaan internet, tiada jalan pantas atau sekelip mata untuk menjadi kaya!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentClickBank Terima Pendaftaran Akaun Dari Malaysia?
April 26, 2008
Kredit kepada internetmillionaires.com.my
Mungkin info ini sedikit lewat. Baru-baru ini saya cuba membuka akaun di clickbank menggunakan alamat luar negara dan ianya diluluskan.
Kemudian saya terbaca perbincangan di ruangan forum komuniti usahawan internet Malaysia di wangcyber.com menyatakan clickbank kini menerima mana-mana akaun yang didaftarkan menggunakan alamat Malaysia.
Saya belum lagi mendapat apa-apa pengesahan yang betul kerana masih terdapat beberapa orang usahawan berasa ragu dengan keadaan ini.
Jika anda ada maklumat-maklumat lain yang menyokong ‘penerimaan’ ini, sila kongsikan di ruangan komen.
P.s: Clickbank juga telah mewujudkan blog untuk memudahkan pelanggan berinteraksi terus dengan pihak clickbank.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentJual HandBag Terpakai Anda di EBAY
April 23, 2008
Salah satu produk yang boleh anda jual di laman eBay ialah produk-produk terpakai di rumah anda yang masih berkeadaan baik dan berkualiti. Ramai pembaca ebook saya, sudah pun meraih pendapatan sampingan hanya menjual produk-produk terpakai dari rumah.
Mari belajar untuk mendapatkan ringgit pertama anda di laman eBay.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content









