Bekas Menteri Besar Selangor Kini Menulis Blog

March 29, 2008

Welcome to the club! Selamat datang ke dunia blogging!

Bermula semalam, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi UMNO (selepas Dato’ Shahir) mula mengambil bahagian dalam penulisan blog. Sebagai ketua pembangkang di Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan menjadikan blog sebagai medium cetusan hati, pandangan dan kritikan mengenai isu semasa terutama berkenaan pentadbiran kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut adalah post pertama dari Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo;

Assalamualaikum w.b.t.

“Selamat Datang” ke blog ini. Insya-Allah, ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan UMNO sebagai wadah politik kita.

Ketika merasmikan Kongres Melayu Pertama (yang menjadi asas penubuhan UMNO) di Kuala Lumpur pada 1-4 Mac, 1946, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah a-Haj bertitah bahawa perjuangan parti berasaskan kepada dua perkara iaitu pegangan kepada agama dan perpaduan bangsa. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan agenda perjuangan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkatinya.

Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas

Jenguk blog beliau di DrKhir.blogspot.com

P.s: Khabarnya Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim juga bakal menjadi blogger. Bila blognya akan siap? Kita tunggu sahaja lah.

Popularity: 12% [?]

Sphere: Related Content

Comments

16 Responses to “Bekas Menteri Besar Selangor Kini Menulis Blog”

  1. zool on March 29th, 2008 9:09 pm

    Ha ha ha.. Baru nak berblog ye…
    Mungkin banyak masa terluang berbanding masa jadi MB dulu…
    Bagus2 bertambahlah blogger di Malaysia ni

  2. wanwma on March 29th, 2008 10:28 pm

    Langkah yang bijak!

  3. titan on March 29th, 2008 11:04 pm

    baru 1 post hari ini. kita tunggu post esok lusa plak..

    takkan pakai blogger je kot. pakaila wordpress plak..

  4. Noorizam Shah on March 29th, 2008 11:12 pm

    Datuk Seri Khir Toyo yang tulis blog tu.. apa pun kita ucapkan tahniah kerana bersedia untuk berkongsi dengan pembaca cetusan minda dan pandangan beliau bersama akar umbi.

    kalau korang tak puas hati, boleh la tanya apa2 yang patut kat blog tu. :)

  5. bizmalaya on March 30th, 2008 1:59 am

    sikit lagi alamak semua menteri ada blog personal lerrrr

  6. shahraduan on March 30th, 2008 7:53 am

    perhh….beratus-ratus komen…lepas ni DR. KHIR pasang adsense lah plak kot..ehehehhe

  7. Noorizam Shah on March 30th, 2008 9:08 am

    itu la.. baru satu post.. dah beratus komen.. kalau pasang iklan nuffnang ke, boleh la buat modal menulis. hehe

  8. Din Beramboi on March 30th, 2008 11:44 am

    Ehehe..kelakar la korang ni. Pastu dia pun letak advertlets jugak..kemudian advertlets tak nak bayar. Dia panas hati lalu sound Josh Lim…keh3..

    Maknanya kita akan ada wakil besar yg membela nasib yg dilakukan oleh advertlets..

    p/s - mengarut jer..

  9. RINA F on March 30th, 2008 7:14 pm

    bagus sangat… wp dah terlambat tapi masih blm terlalu terlambat… org BN kenalah biasakan guna IT ni…. selamat berjuang YB!

  10. Noorizam Shah on March 30th, 2008 8:38 pm

    Rina F: Tak terlambat lagi tu. :)

  11. hj padli on March 30th, 2008 9:32 pm

    assalamualaikum dato sri>>>>saya menyokong lah akan keujudan blog ini moga ia dapat memberikan manfaat buat dato sri>>>apa pon sebenarnya kita belum tewas>>>insyaallah saya dan ramai lagi pejuang pejuang umno akan terus berjuang demi generasi akan datang…demi bangsa dan negara..
    UMNO masih releven…

  12. zainol karim on March 31st, 2008 5:12 pm

    good start YB! we support u. tumbangkan 3 abdul!

  13. SIG on March 31st, 2008 5:25 pm

    Selangor Intelligent Group (SIG) is an independent agent with mission to reinstate BN in the next Selangor Administration.

  14. lyza on April 8th, 2008 12:18 pm

    Taniah ,Dato Sri Khir sememang nyer inilah yang kita nak leader boleh didekati & keep a good work.

  15. abgAm on April 13th, 2008 5:11 pm

    gud,gud,gud

  16. ranauborneo on April 21st, 2008 8:36 am

    Jangan lupa layari blog kami yeeee……ranauborneo.blogspot.com

Got something to say?