Paklah Sedia Dicabar Oleh Sesiapa Sahaja
March 28th, 2008, by Noorizam Shah

Paklah Sedia Dicabar Oleh Sesiapa Sahaja


Gambar dari AgendaDaily.com

Berita yang saya nantikan sudah tiba.. nampaknya bermula dari Mesyuarat Umno Cawangan yang akan bermula pada Julai hingga Ogos ini pasti akan banyak usul yang dicadangkan ke peringat Bahagian. Tahun ini juga saya tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua pemuda. Saya nak tumpukan perhatian kepada perniagaan internet yang makin hari semakin banyak. Jadi beri sahajalah pada orang lain.

Apa-apa pun, pada Mesyuarat di bahagian nanti, pasti banyak kisah-kisah menarik. 14 hari sebelum hari mesyuarat, kempen lobi-melobi, politik wang kembali berleluasa. Percayalah!

Macam-macam majlis jamuan (makan-makan kat kedai) bakal diadakan. Setiap kehadiran bakal diisi dengan duit poket. Ohhh.. lumayan kawan-kawan di Cawangan.

Majlis Tertinggi UMNO dan putuskan pemilihan bagi semua jawatan parti terbuka sehinggalah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Tengku Razaleigh Hamzah dah mula rancang strategi. Hari ini je dah buat perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian. Minggu depan pula Tun Dr. Mahathir bersama Bekas Menteri Besar Selangor serta anak Tun, Datuk Mukhriz akan jadi panel membincangkan Pasca PRU12 dan pastinya akan turut menumpukan pada pemilihan dan pertandingan jawatan tertinggi UMNO akan datang. Apapun kita tak pasti apakah rancangan-rancangan yang bakal dibincangkan. Kita tunggulah dari BeritaKMU.net

Jadi bersedialah semua ketua cawangan, ketua bahagian dan perwakilan ke perhimpunan agung. Percayalah, persidangan kali ini bakal menjadi satu sejarah pertembungan yang paling sengit sekali!

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. By amran on March 31st 2008

    dengarlah dari akar umbi lak..dah la

  2. kita tengok berapa banyak pencalonan untuk jawatan presiden kali ini.


Add your comment