BossMailer Spam Yang Menggila?
March 28, 2008
Perasankah anda di akhbar harian seperti Harian Metro terpampang satu iklan besar satu muka surat mengenai apa yang didakwa kuasa baru ‘perniagaan internet’.
Nama seperti MIRSB, Internet Virtual Intelligent Person, BossMailer, SeeMore, dan GateWay2020 kini semakin menjadi buah mulut pembaca akhbar tersebut. Betul ke boleh jadi jutawan ini?
Tapi musyiklah, modal ada yang RM50,000 lepas tu tempat hanya 100 orang sahaja.
kalau 100 orang terus keluar modal RM50,000, tuan tanah dapat berapa? kejap je jadi jutawan kan?
Ada juga yang jadi macam kelakar (macam kes Jai Network - Stormberg dulu), kalau syarikat kaya, laman web takkan hampeh je kan?
Itu cakap-cakap mereka yang mempersoalkan mengenai program ini.
Hari ini saya akan cuba berkongsi info mengenai apa itu BossMailer.
BossMailer yang dimaksudkan oleh ahli perniagaan ini ialah, satu perisian yang mengumpul email yang tidak diketahui siapa pemiliknya ke dalam sistem kemudian menghantar mesej-mesej berbentuk ‘perniagaan’ secara mass email.
Bagaimana email-email ini dikutip dan dikumpul? Mereka akan menggunakan perisian ini, dan mengutip email-email yang terdedah di laman-laman web/blog/forum dan sebagainya tanpa persetujuan pemilik email tersebut.
Contoh, saya terjumpa email anda, kemudian saya addkan dalam list saya dan kemudian mesej-mesej promosi dihantar ke email anda. Sememangnya, anda tidak kenal siapa saya.
Jadi, ini dah kira spam lah. Ohh yea.. BossMailer menggunakan perisian spam lah kiranya. Yang pasti, perisian ini dijual kepada mereka yang berminat pada harga yang amat tinggi mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti spam adalah satu kesalahan, jadi jika anda mempunyai perisian ini, anda dilarang keras melakukannya. Jika anda tinggal di luar negara contohnya, anda boleh disaman kerana spam termasuk dalam kesalahan mengganggu privacy dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Diharap pihak MECD, dapat mengambil perhatian mengenai pelan perniagaan seperti ini. Apa-apapun, kita tengok komen yang lain mengenai isu ini.
Popularity: 14% [?]
Sphere: Related ContentComments
88 Responses to “BossMailer Spam Yang Menggila?”
Got something to say?




















































huhuhuhu…bagi org yg taktau takper lah…kemungkinan besar pihak tmnet akan saman mereka2 tu…sebab buat spam dan merosakkan sistem I.P Address internet…TMNET baru sahaja tukar I.P beberapa bulan yg lepas. Alasan adalah lapuran SPAM yang Melampau2. Ini akan menjejaskan nama baik MALAYSIA.
Gila…Modal RM 5OK….Sistem Bossmailer tu aku dah lama guna…eehehehhe, Pree ajerk..Aku crack.
Baik layan eBay…ehehehhe
bossmailer ini mat salleh dah lama guna anta promosi macam v*agra, pil-pil kuat dan gambar porno. kalau nak pakai sistem ini takkan lah sampai RM50K pakej. uihss tak masuk akal.
hehe. biar lah mereka. tapi aku kesian dengan sesiapa yang jatuh dalam “perangkap” mereka. siap bagi no tipon henset tuh. haha.
hoho..ini benda. aku takkan percaya..
penah dengo pasal bossmailer nie
tapi tak penah kaji..
Hohoho . SPAM rupanya ek
ada agen diorang dah respon tentang post saya tu
http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/
tapi dia tak boleh salahkan orang yang tertipu dengan iklan..
sham: saya teringat lagi bagaimana ‘promoter’ pelaburan haram memberi hujah-hujah sokongan kepada pelan/program yang mereka sertai. Sekarang ni, ianya umpama mirip kembali.
Jika dicomparekan macam ni lah:
ini program baru, bagilah peluang (sebab tu website macam hampeh)
program baru perlukan sokongan (minta orang ramai laburkan duit beribu-ribu ringgit)
promosi mestilah menggila (iklan yang HYPE sampai pakcik makcik kat kampung terliur dan sanggup keluar duit bergolok bergadai sedangkan mereka tak tau apa itu bossmailer)
program semua ada risiko (kalau tak berani tanggung risiko, jangan berani nak ‘melabur’)
Jangan episod ini berakhir macam kisah Jai Network dan Amir SwissCash…
indah khabar dari rupa…duit terbang macam nak gila kang..
hmmmm…apa yang saya tegok kat sini dah macam memburukan MIRSB…
apa yang saya nak tekankan disini…MIRSB bukan MLM, saham, skim piramid atau pelaburan kosong…
tetapi apa yang MIRSB tawarkan ialah untuk masa akan datang…
MIRSB mungkin ada banyak kelemahan dan..
mungkin sistem yang MIRSB tawarkan tak sehebat yahoo, google, microsoft dll..
tetapi anda perlu tahu yang semua pekara memerlukan masa…
kalau kita kaji…
sistem yang microsoft tawarkan dulu juga tidak sehebat sekarang…
dan microsoft juga memakan masa untuk jadi sehebat sekarang…
cuma satu sahaja yang membimbangkan saya…bilakah mentaliti dan sikap kaum melayu akan jadi hebat…
tidak pernah ada perubahan…
apa yang hebat dan popular kan disukai, disanjung, dijulang, ditatang….
apa yang baru dan ada kelemahan dan kecacatan dibuang, dikutuk, disisih…
bila semua ini akan berubah…
(maafkan saya jika saya terkasar)
MIRSB ialah syarikat 100% milik bumiputera dan baru setahun jagung…
sistem yang mereka bangunkan mungkin tidak memuaskan semua pihak..
tetapi mungkin pada masa akan datang MIRSB boleh bersaing dengan syarikat ICT global yang lain…
jadi hentikanlah komen2 yang tidak berfaedah..sebaliknya sokong lah mereka yang baru supaya terus maju…
ini baru kita katakan yang “melayu boleh”…bukan baru nak naik dah tuduh macam2…
mungkin pepatah “takkan melayu hilang di dunia” patut di tukar “takkan melayu ketinggalan dunia”
sekian,
MIRSB BOLEH….
komen macam copy paste dari blog syam je.. saya dah baca komen ni… tentera kepada tuan tanah ke ni?
hhuhuhuhuhu…main copy paste jerkk ke…sekarang aku tgh cari cd kat mana aku simpan sofware mcm bossmailer tu dulu…3 tahun dulu aku dah guna dah…aku beli RM20 sahaja…bukan ribuan ringgit.
aku stop send email pakai sofware tu sebab dpt amaran keras akan disaman …kat malaysia ni ada sesetengah org boleh saman gak…cuma tak kena kat btg hidup sendiri jerk..
Janganlah jadi MELAYU MAKAN MELAYU plak…benda yg murah dijual Mahal Mengila…..
komen yang ader kat blog En. Sham tuh dr orang yang sama…..
memang patut di jual dgn harga mahal..
bukan sekali guna sekali bayar…tapi sekali bayar seumur hidup…
keuntungan yang dipaparkan memang berdasarkan apa yang akan anda dapat..cuma mentaliti orang yang benama melayu nie ajer yang pantang dengar pendapatan lumayan…
apa yang MIRSB tawarkan bukan setakat anda bayar dan tuggu duit masuk…anda perlu buat KERJA…
kalau apa yang MIRSB tawarkan mahal..so jangan beli…
yang memang pasti..keuntungan yang MIRSB tunjukan adalah benar…tp ia memakan masa untuk mendapatkan keuntungan dan perlu manjalani prosedur yang telah ditetapkan….
kalau setakat bayar pastu goyang kaki semua orang boleh buat….
jutawan tak akan kaya dalam tempoh yang singkat…
dan dalam tempoh itu memang ada turun naiknya…
kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai….
oh ya…kita boleh tengok sekarang…anda berkata yang saya copy paste ayat dari blog En. Sham…tanpa anda kaji anda sudah membuat kesimpulan dan komen….
jika diteliti betul2 orang yang comment blong En.Sham ialah orang yang sama…so…
memang dah terang2 mentaliti orang melayu tak berubah walaupun dizaman ICT…
(maaf jika terasa)
topik ini menyentuh mengenai kesalahan bossmailer. so bossmailer ialah spam
kena faham tu.
oh ya..lupa nak tambah…
semua sistem yang MIRSB tawarkan boleh MEMBANTU ANDA mendapatkan pendapatan lumayan..
bukan akan MEMBANTU ANDA KAYA dengan cepat..
kalau nak cepat, join lah skim cepat kaya…
dan lagi satu.. ayat memang sama kerana apa yang saya katakan adalah sama…
“i’m maybe proud to be Malaysian but it’s not proud enough to be Malay”
dan memang dah menjadi lumrah…tidak semua yang membeli sistem MIRSB akan berjaya…
hanya yang betul2 memahami konsep sistem dan package yang ditawarkan MIRSB akan berjaya…
insyaallah….
harap 2 yang berjaya nanti boleh membuka mata orang yang masih belum “celik”…
and by the way…good luck to you too…
yang pasti, sistem BOSSMAILER itu lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
: charmedIV berkata : oh ya..lupa nak tambah…
semua sistem yang MIRSB tawarkan boleh MEMBANTU ANDA mendapatkan pendapatan lumayan..”
ok. dari software bossmailer tu. macam manakah caranya atau step by step untuk dapatkan pendapatan lumayan? Jual barang ke? jual lot ke apa ke?
leh terang details sikit tak? Honestly. aku tak pernah try software atau sistem ni. So, aku xnak cakap banyak. Tapi, apa kata charmedIV cerita sket camana sistem tu bergerak dan kita leh dapat pendapatan lumayan atau istilah purbanya adalah uang atau duit.
Dari mana duit tu akan mengalir ke poket kita melalui sistem bossmailer nih. Boleh ceritakan?
bro noorizam, kita tanya dulu saudara charmedIV samada bossmailer itu ialah “software untuk spam” atau tidak?
stail nak mengelak elak tu… ke, tak paham kot apa messege yang bro noorizam nak sampaikan pada post ini, hu hu…
kepada MIRSBs… sila jawab, bossmailer tu software untuk spam ke…. idak? tq.
P.s: aku yang cuma nak tau…
[…] Terpanggil aku tulis topik ni lepas layan blog noorizamshah, Ismail dan syamsuriadi pasal melayu dan biz internet. These icons link to social bookmarking […]
yup, apa kata kita tunggu CharmeIV datang mai tengok apa penerangan dia..
Huhuhu..kalau aku jadi bos kat situ..tentu sekali aku jawab tidak..ahak ahak ahak..mcm cerita swisscash lah, org cakap scam, penipuan, haram…apa kata si otai swisscash? semua tegakkan swisscash tu betu..lash sekali jadi apa……HANCURRRRRRRRRRRRR….Siapa yg kaya ? cuba teka
Secara jujurnya .. saya hampir - hampir nak jadi agen jurual Boss Mailer ..
tapi bile rakan yang kenalkan saya software ni cakap software ni bukan SPAM .. terus tergelak dalam hati saya ..
Yang meng promote tuh bukan amek bidang IT .
Saye yang masih pelajar mengambil jurusan diploma IT di UTeM Melaka boleyh membezakan benda ini illegal atau x .
Selagi akta spam x diadakan kt malaysia .. Boss mailer ni pon akan tumbuh seperti cendawan ..
[…] mari kita buat kuih spongebox […]
[…] MIRSB oleh saudara Shamsuriyadi, monsun biz adalah scam - jangan tertipu oleh saudara Ismail dan bossmailer spam yang menggila oleh saudara […]
[…] […]
(salam) buat admin dan komentars
saya ni dah terlambat buat komen. pepun, saudara noorizam dah tentu baca komen saya (post comment yang ke-7).
this product is totally scam and may harm your computer. saya dah try free version yang diberi oleh kenalan saya….
buat pembaca, jauhilah produk keluaran MIRSB ni, banyak lagi produk internet lain yang lebih baik dan jujur kat Malaysia ni
produk mirsb i-gomobile memang ok..problemnya back up service..masa workshop penceramah kalau ade masalah sms je atau call..tapi bile produk dah jual dan ade problem jangan kate nak answer call…sms pun tak nak jawab..
Asslammualaikum semua…
Saya pernah terlihat iklan Bossmailer ni beberapa kali di beberapa “publication” tapi tak pasti apa yang ditawarkan kerana penjelasan yang diberikan tidak jelas.
Apa yang ingin saya keutarakan di sini ialah peluang untuk mencari rezeki di internet itu memang wujud dan “real”. Saya sebagai salah seorang “internet marketer” sepenuh masa banyak menggunakan program untuk mengahantar email kepada berjuta “potential customers” dengan hanya satu “click” sahaja. Tetapi cuma kepada email address yang telah “opt-in” sahaja. Maknanya, tuan punya email address telah bersetuju untuk menerima e-mail berkenaan dengan peluang-peluang perniagaan internet jadi, soal spam tidak pernah timbul. Spam adalah salah disisi undang-undang.
Untuk mengetahui tentang peluang e-commerce yang sebenar, sila lawati blog saya di http://homebiz4ever.blogspot.com.
Sabri
Salam..
info lanjut leh korg rujuk link bawah..ada jugak perbincangan berkenaan product dr MIRSB ni…
http://nogold.com/forum/medium-risk-ops/23635-monsun-biz-callcenter-payment-gateway-bossmailer-mirsb.html
obito
http://obito.net
waktu zaman bodoh i dulu pun dah pernah gunalah bende camtu… keji sangat… sebab dia jugak kutip email yang sebenarnya spyware… bila tak hantar dia hantar balik.. bila bukak…. jeng…jeng… jeng!!!
keji sangat diorang ni… takde idea lansung… menyalah gunakan nama perniagaan internet… kita yang pure IM ni lah jadi mangsa…
mana monsun biz nih. tengah upgrade deh…? upgrade laaa bagi mekap cecantiknya… kita nak tengok traffik datang menderu… pantas dan cekap lagi efisyen… training dulu pekerja2 anda agar mahir mengelak segala soalan2 pintasan yang tidak terduga… boleh ke? mau ke???
banyak citer rupanya ttg MIRSB nih.. saya baru jer pegi Majlis Program dari wanita utk wanita diadakan di hotel Grand Season, KL pada sabtu lepas 12.April organized by MIRSB. Its free. the event more mcm annual dinner siap ader entertainment - lucky draw (hadiah2 lumayan).
persembhaan dr. 2 artis lelaki terkenal tanahair. CEO TEKUN Nasional and MIRSB presiden- Dato’ Zubir Yahya were there.
Fokus adalah surirumah, siswazah menganggur and ibu2 tunggal… rata2 yg byk hadir adalah surirumah dan ibu tunggal yg kebykannya adlah kurang celik/ buta IT.
saya terpanggil utk memberi komen kerna dari 80% niat nak join dah jadi 40-50% ajer…when I read all these comments.
pertama- objektif program tu kurang mencapai expectation saya and jemputan yg hadir .. org dtg kebanyakannya nak tahu aper bisnes tapi taklimat tak lengkap just bagi contoh mcm afundi AF, caj sms RM0.50- 1/2 to telephone provider mcm Maxis, Celcom DIGI and 1/2 goes to the usahawan yg provide sms application service tu.. peserta dinasihatkan call or walk in to their ofis at the MALL to know further about the ICT bisnes.
malam tu jugak the Timb. Presiden offer those nak join just paid RM1,000 the rest will be financed/ loan by her using her personal income that she claimed that now generating about RM100K per day to assist those who interested to join and do the ICT business. Dia seems honest nak tlg ibu2 tunggal and surirumah/ siswazah menganggur nak naik taraf hidup diarg nih…I mean not many successful rich bisnes lady nak share kemewahan dgn org biasa…
example. the monsun pakej - RM50,000 -landlord, just kluar modal dlm RM1K (within certain short time frame must pay, RM49K the lady will loan it to me..
mlm tu I tgk ader jugak peserta yg dtg terus bagi deposit dlm RM100-200 ader yg bayar terus RM1K to do this business. Klau betul la bisnes ni illegal kenapa takde relevant authority yg menyiasat..maybe ader public yg dah terkena malu nak tampil ke depan dan membuat laporan?.
ingat lagi tak kes “gelombang fund i.e. ABFund, ape lagi fund ntah la tak ingat ..bila ramai dah terkena baru la jadi perhatian dan BNM serta SC masuk campur . What about this bisnes illegality? It has quite good media coverage- masuk dlm rancangan Wanita Hari In TV3 kalau tak silap…dlm surat khabar Metro..kalau bisness ni mcm ader unsur penipuan kenapa takde org berani nak tampil ke depan?
kedua nya- mmg betul la website monsun biz tu under construction and asyik la “hang” memanjang. Ni yg musykil..kalu duit byk and its a ICT business must be 0 tolerance toward such technical probs.
I just nak luahkan what I feel about it ..siapa yg taknak duit and hidup senang kan…malam tu siap ader testimoni dari bekas peniaga nasi lemak , siswazah MMU yg bagi testimoni seblum dan slps buat bisnes ICT nih… its a real story siap nangis2 takan berlakon kot …
but its pity klau ibu2 tunggal nih yg niat nak perbaiki kehidupan ni diperdayakan..I hope MIRSB people boleh tampil ke hadapan but press media conference ke utk clarify…..
bisness is risk actually….
anyway, program tu skit sbyk menghiburkan ibu2 tunggal and surirumah nih…dgn dinner kat hotel , lucky draw, door gift .entertainment,etc.
Takpe …sape yang ada duit tu masuk jerkk…
Gua layan ebay jerkkk…tak perlu modal ribu-raban…dengan RM 100 saja Gua boleh jadi kaya…..mcm skim cepat kaya ahahahaha..
Nak jadi macam gua kena ada ilmu….ooopp gua tak ada apa2 kelulusan..SIJIL IT pun tak dak..SPM KANTOI…uhuhuhuhu
mummy: sila lihat laman web syarikat bossmailer international disini http://bossmailer-international.com/Products.htm
boleh tengok satu persatu page laman web ini.
lihat dan bandingkan dengan apa yang anda lihat di dalam surat khabar. jgn mudah terpedaya bila ada orang buat majlis sambutan besar-besaran di hotel, makan mewah-mewah, nampak mereka datang naik kereta BMW, Mercedes, pakai baju kot.. Sekarang banding semula laman web mereka.
Apa komen anda, mereka ini berkata berpendapatan RM100,000 sehari tetapi laman web pun tak mampu nak buat.
Saya ni pun mampu buat laman web lebih elok dari mereka. lihat laman web saya di http://kuasalelong.com
Dah ramai orang cakap sebelum ni, dari era pak man telo, ke zaman swisscash, terus ke zaman Jai network dan kini apa yang anda lihat…
Takkan kita nak terus jadi makan orang cerdik lagi?
Betul cakap Shahraduan, kalau nak promote produk anda, banyak tempat boleh belajar, pergi je ke tempat yang sah seperti komuniti WangCyber.com.
Antara sebab kenapa masih ada orang sertai mereka;
1. Mereka tahu IT tetapi ada sikap tamak dan ingin cepat kaya
2. Mereka tidak tahu IT, mereka ada sifat ingin cepat kaya
Ada perkara yang sama antara mereka yang tahu IT dengan tidak tahu IT, iaitu perasaan TAMAK dan INGIN CEPAT KAYA!
GSA Email Spider
Collect and extract emails, phone and fax numbers from the websites around the world using the keywords you enter for! The websites will be analysed by this application using the keyword you entered as search string. The program will spider, grab, crawl, rip, harvest, extract and parse for the items.
It is also possible to send an email to your new customers within the program automatically making it the ultimate tool for online marketing and mass mailing (but should not be used to spam).
It provides benefits to your business and dramatically open up your new customer base with easy advertising!
The demo version provides only limited functionality and does not include many functions avaliable in the registered version (e.g. no mails will be send directly from within the application).
This is your software when you have been looking for:
Download - Order -
Size: 4MB Price: 45 Euro / 69 USD
Some keywords to this Email Extractor
* Extract emails from a starting web site
* In addition to the email grabber you can search for phone and fax numbers
* Send emails automated to your new customers
* Harvest emails with the help of search engines (300+ included)
* Support for https web sites
* Support for SSL-only email providers (like google mail)
* Send emails directly with internal snmp server
* Javascript analysis to find protected email addresses
* Protection from anti spider engines (e.g. random user agent)
* Collect emails with their extra data (e.g. address)
* Many filters to only extract emails you want
* Very fast processing (with 100 threads you can easly extract 500 new emails a minute)
Takkan benda alah ini dijual beribu-ribu ringgit ? Sebelum dia org ni buat, saya dah guna dah…sampai dpt amaran akan dikenakan saman…perhhh
fungsinya adalah sama dengan bossmailer..tukar nama sama. ahak ahak.
err under kontraksion? saya register boleh daaa…
http://www.monsun-biz.com/register.php
apohal?
nak tanya laaa. bossmailer tu MIRSB guna ke tidak? pekerja2 depa guna ke tidak? ada depa dapat email yang tidak diundang setiap hari? takkanlah takder… sibuk nak mendelete laa jawabnya tak sempat nak layan soalan dari costumer…
depa nak tolong pun dah kira okeh la tu. namun cara yang digunakan itu yang tidak kena. kenapa perlu ada bossmailer yang MIRSB sendiri dah tentunya tak suka… pelik sungguh. tak menang tangan kalo MIRSB dapat email banyak2 dalam satu hari nak mendeletenya…
harapnya mummy dapat belajar dari pengalaman untuk meneruskan usaha menjalankan perniagaan cara online. belajar laa mana yang patut untuk mendapatkan ilmu. asas perniagaan internet yang sebenarnya…
kebanyakan orang dapat spammm orang tak suka. nak delete satu hal… nak menyepamm orang satu hal… memang laa dpat collect semua email dan hantar ke semua orang… selalunya ramai yang tk suka spamm. MIRSB pun tak suka sepam. jenuh nak delete…
“buat apa tu?
operasi mendelete emel entah dari sapo entahnya…”
kalo delete otomatik naya woooooooooo.. habis semua email lenyap. hahahaha…
riledz.com/page50.html
mari kita tengok bezanya…
apa beza dengan
monsun-biz/register.php
berikan vote anda!
Salam,
Tumpang lalu,tertarik dengan komen mummy tentang program yang MIRSB anjurkan untuk golongan wanita,khususnya.
Memang macam tu lah ’stail’ diaoarang buat majlis,ada hadiah2,nyanyi2,cabutan bertuah dan macam-macam lakonan yang meyakinkan sesiapa saja yang datang.Tambahan lagi Puan Nora tu memang nampak ikhlas nak tolong dengan memberikan incentif2 tertentu kepada nak join program anjuran mereka.
Tapi itu cerita sebelum mereka join program! Nak tangkap ikan besar dan banyak kenalah letak umpan yang baik-baik beb!
Bila dah join,duit dah bertukar tangan,baru masing-masing taunak buat biz melalui internet ni macamana.Baru tau diri sebenarnya tak mampu,tak patut untuk terlibat dalam biz jenis ini.
Lebih baik lah ibu-ibu tunggal,surirumah tu buat je biz dari rumah,buat kuih ke,jual nasi lemak ke,atau apa-apa biz yang sesuai dengan keadaan mereka.Tak perlu nak ikut jejak langkah Puan Nora,yang memang dah ada ketrampilan dalam buat biz,dalam PR,ex stewardess beb!,ramai kenalan dan pergaulan,duduk Australia je 8 tahun kalau x silap,biasa bergaul dengan semua orang……………..agaknya ibu-ibu tunggal dan suri2 rumah ada ke ‘aset” yang puan Nora tu ada untuk mengikut jejak langkah dia.
Baca buku Trilogi Jutawan Senyap,karangan Chef Li,(sekarang Dato Rusly)…buku tersebut lebih down to earth,lebih merakyat,lebih berpijak di bumi nyata untuk golongan suri rumah dan ibu tunggal.
Jangan kita suruh siput berlumba lari di trek yang sama dengan arnab ,satu penganiayaan!
mau lumba kuda ke…. mau lumba siput?
monsun biz dah upgradelah website dier….
dah lawa dah.. plain blue ….
fail index xbleh masuk.. aku masuk link nih http://monsun-biz.com/landlord.php…
[…] Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - […]
[…] bossmailer-spam-yang-menggila […]
[…] Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - […]
[…] http://www.noorizamshah.com/2008/03/28/bossmailer-spam-yang-menggila/ […]
[…] http://www.noorizamshah.com/2008/03/28/bossmailer-spam-yang-menggila/ […]
Salam;
Abg2 dan Akak2 sekalian;
Saja jer nak mencelah ckit…
Sebenarnya dlm apa2 biz yang nak diceburi (xkira la ICT ker, kedai makan ker, gerai goreng pisang ker dll) mestilah SELIDIK dan KAJI Sedalam2nya dulu. Sudah paham … tanya lagi pendapat org lain (kekngkawan ker, pakcik-makcik, adik beradik) yang TAHU mengenai biz tersebut then baru la gi dgr dianyer talk ker seminar ker BOP ker.. Kat ctu try tnayer sebanyak mungkin kat presenter sampai dia meluat nak jawab soalan kita…kita nak tahu camane pelan biz dia, apabende biz dia dan etc. Then balik solat istikharah mintak tuhan beri petunjuk kat kita samada benda yg kita nak join ni btul2 benar dan halal dalam ekonomi semasa khususnya dalam konteks islam..(Solat istikaharah nie kene la wat BANYAK Kali ekk…klu skali buat jek x jd…pengalamn nie :P). Then klu betul baru join.
Tapi bgi saya la … kenapa la nak wat biznes yg labur modal besar tp ilmu mengenai biznes pun xnak amik tau…cuba beli buku-buku biz yang bercorak santai yang mudah difahami la…cth cam buku dr; Irfan Khairi ker…Azizi Ali ker…Chef Li ker…Ust Zaharuddin ker dan sebagainya (bykla klu nak tulis g kedai buku CARIK!!!). Xpun klu suka layan internet bole beli mana2 Ebook yang berkaitan…
Bagi saya “Ilmu go FIRST then APPLY it…”
Sori lari tajuk ckit … saje nak kongsi pendapat dgn yang lain …
(dulu dah terkena ngan SKIM PELABURAN INTERNET … xnak la orng kita terjebak lagi…SERIK Beb…)
Dari labur kat monsun-biz nih … dan seangkatan dengannya …. baik korang g labur kat Unit Amanah @pun jom jd consultant unit amanah … modal pun kecik (RM250 jek…)
Ingin tahu lanjut pasal Unit Amanah bole la… emel aku di : ajumain_ibrahim@yahoo.com
atau call/sms : 017-3853626 (Public Mutual Consultant)
“Merancang Kewangan Anda Untuk Kehidupan Lebih Baik di Masa Depan.”
Wasalam … AJUMAIN
betul kah bisnes jual sabun Dina dah kena cekup oleh bnm ?
alonso.. saya tidak tahu menahu pasal bisnes tu… mungkin anda boleh dapatkan maklumat sebenar dengan menghubungi pegawai di BNM.
Confirm dah kena lah…by the way nak minta advice more detail regarding buat duit kat ebay. tq
alonso: dapatkan ebook panduan menjana pendapatan dengan ebay di http://kuasalelong.com
geramm betul la aku ngan MIRSB, kelas teknikal diorang sakit jiwa Dibuatnya…!! apa taknya dah terjebakk!!!
saya tengok website dalam monsun-biz.com dah mula banyak ahli mempromosikan benda mengarut seperti skim dana10, projek jutawan segera, membida duit dan macam-macam lagi. Ada yang nak komen lagi?
Nak buat macamana juga..dah mentaliti orang kita macam tu..orang lebih tertarik pada fast money…jutawan within 1 year..Mirsb dah nampak peluang nak kenakan orang macam tu..Dia ambik kesempatan lah..bukan sikit yang kena..No wonderlah masa bengkel Vice Chairman dia bagi rm 100.00 untuk peserta yang wallet dia koyak dan rosak.Sabar je lah SEMPUTT…
Salam….
Pada saya ini la 1 company melayu saya doa biar bankrap. Saya siap gadai gelang bini nak buat benda ni. Bila tak puas hati dengan servis diorang saya gi company diorang kat the mall nak tuntut balik duit deposit… Staff2 diorang punya la belagak nak mampos (bukan semua) sampai saya nak mintak duit balik banyak sangat alasannya dan cakap dengan kita macam nak tak nak jerr… Kalau diorang taknak bagi balik duit saya, memang saya akan cari salah diorang dan bawak benda ni ketengah. Saya harap kawan2 dapat tolong bagi fakta2 serta bukti2 yang boleh saya guna untuk kondem company tu. Saya marah sebab Bangsa Melayu MUDAH LUPA, saya tak akan HALAL dunia akhirat. Kalau ada Staff MIRSB yang terbaca apa yang saya tulis ni ingatlah, tuhan tu maha adil, jangan ingat korang yang beragama Islam senang2 nak makan duit orang susah macam aku ni. Kalau anak2 aku miss minum susu satu hari nanti aku janji akan susahkan hidup 2 org staff MIRSB yang aku jumpa hari tu. Salah sorg aku tengok muka dia ada dalam paper. Kalau tak dapat balik duit aku, jangan ingat korang boleh hidup dengan aman kat muka bumi tuhan ni. Siapa dalam keadaan susah dan ada anak2 kecik akan rasa macam yang aku rasa kalau orang buat benda tak betul kat kita… wassalam
Salam…
Rasanya (charmedIV) ni tak reti sikap org melayu yang sebenar. Kita mendapat kemerdekaan dgn adanya Org2 melayu yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan. MIRSB ni dah terselit org melayu yang tak jujur dalam perniagaan internet. Bayangkan aku tanya waktu nak daftar domain utk website aku kat sorg staff ni, ada ka dia suruh aku letak nama syarikat aku sebagai DOMAIN….??? nama syarikat aku tu tak universal langsung utk dijadikan domain website. memang aku buta IT, tapi pakar2 perniagaan internet dah banyak menegaskan bahawa DOMAIN untuk perniagaan internet adalah diantara faktor penting untuk menarik org ke website kita. ini bukan benda main2, dari situ lah 1st time aku rasa ada yang tak kena dengan MIRSB ni. CharmedIV jangan nak jadi gunting dalam lipatan, org yang bagi komen dalam ni bukannya org yang nak jatuhkan org melayu, tapi nak majukan org melayu dan jangan jadi penipu serta bagi penjelasan tu biar terang. kalau bagi penjelasan samar2 dan bagi nampak lebih kepada duit MASYUK memang la ramai org terkena. Jangan cakap ikut sedap mulut charmedIV aku doa kau susah lepastu kena tipu dengan org, baru la kau tau langit tu tinggi ke rendah. sekali anak kau menangis tak dapat susu disebabkan kau tak tau nak cekau duit kat mana, masa tu kau akan ingat apa yang aku cakap ni. JANGAN MENEGAK BENANG BASAH…apa kau cakap ada betulnya tapi bukan benda betul kalau kau cakap tentang MIRSB…..wassalam
MasayaAllah betul ke Mirsb tu buat gitu. Tolonglah jawab. aku baru je pi kat tempat diorang buat roadshow.Yang peliknya dia kata yang kerja dengan dia orang bekas programmer bill gates.Aku lupa tanya juga berapa dia bayar orang tu sampai sanggup tinggalkan bill gates.Yang aku pelik lagi, ada ke orang dah dapat juta-juta nak buat roadshow. Kalau aku, sibuk pi melancong.Lepas tu kata dia sendiri buat perniagaan minyak lintah samapi pak arab orde berkontena tapi tak pula bagi websitenya kita nak order juga. Yang ke3 peliknya, orang ICT tapi satu barang ICT pun tak bawa masa roadshow. Aku betul termakan .Ingat minggu depan nak bayar duit dah. dah tu kalau roadshow satu malaysia kenapa tak buat kelas kat semua negeri. Mana aku ada duit nak beli tiket dari kuching ke KL. Tolonglah bagi tau mcmana nak jana duit melalui ebay.
zizi: berhati-hatilah zizi. kalau nak belajar bagaimana nak menjana pendapatan, dapatkan pandangan semua ramai pihak dahulu.
Jangan mudah beranggapan, jika ada sesuatu program tu diberi publisiti dalam media masa dan elektronik, kita sudah anggap program ini semua adalah baik dan menjanjikan kesan yang positif.
Jika nak belajar ebay saya syorkan dapatkan ilmu pengetahuan asas dahulu. Selepas anda ketahuinya pasti anda akan tahu, tidak semua program di internet memerlukan modal yang berpuluh-puluh ribu ringgit.
rafael, u dah dapat kah refund? kalau dah dapat bagus lah..saya pun nak arrange nak minta refund..nak tanya teknikal problem pun diaorang tak layan..mentang2 duit aku dah diaorang cekup..by the way ,noorizam cammaana nak belajar basic ebay..?
alonso.. nak belajar basic ebay.. mudah sahaja.. anda boleh dapatkan secara percuma. cara ni anda kenalah banyak buat search di laman web ebay. secara basic kalau nak tau apa itu ebay..
klik pada laman web http://www.ebay.com
dan klik pada link HELP.
anda boleh dapatkan gambaran secara asas di sana.
tapi kalau bersedia untuk tuntut ilmu perniagaan untuk pasaran ebay, anda boleh dapatkan ebook terbitan saya di
http://www.kuasalelong.com
baca dan fahamkan. insyaAllah, dengan ilmu ini kita dapat maju setapak dan menggerakkan diri kita untuk memahami perniagaan internet yang sebenar.
yes that right !!..
noorizam,yr ebook malay version ke.?
ali
alonso: yea.. versi bahasa melayu.
Alhamdulillah, akak tergerak hati nak cari maklumat pasal MIRSB ni. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Syukur amat sangat duit akak tak sempat melayang. Akak ni dahlah teruk cari duit, sebenarnya sampai ari ni akak masih sedih sebab tak mampu sediakan deposit RM2000 yang diminta untuk beli sistem Bossmailler tu sebab tarikh akhirnya ari ni. Kalau tak katanya tak layak hadiri kursus teknikal pada 17 hb ni. Tapi selepas baca semua ni barulah akak faham kenapa susah sangat Allah SWT nak bagi akan dapatkan RM2000 tu. Syukur Alhamdullilah dan terimakasih banyak2 pada semua adik2 yang telah berkongsi maklumat dan pengalaman di sini.
salam semua
saya tertarik dengan cerita kalian. agaknya, dah berapa ramaila yang tertipu dengan mirsb ni agaknya. cuma mungkin mereka tak beani nak ke depan. nak saman dan sebagainya. sebab syarikat ni besar. banyak back up. kalau kita yang anak ayam ni nak lawan dia yang bapak dinosour tu, mmg lah tak terlawan rasanya. tapi diorang dah start kumpul mangsa untuk buat petisyen. yang dah terkena join lah ramai2
kesian pada pak cik mak cik yang labur sampai 50 k dan 100 k tu. sampai hari ni tak dapat sesen pun. korang yang lain pun boleh tolong. cuba saman satu sykt yg buat pertandingan dalam metro, mesti ada yang masuk pertandingan no 33886. bukan nak kenakan sykt tu, dia pun kena tipu, cuma bila kes ni jadi kes mahkamah, mahkamah akan cari sampai ke akar umbinya. so, mesti dia jumpa mirsb yg kepala bapaknya…. betul tak???
satu lagi. nak report kat kpdnhep??? emmm… tak yah le. saya dulu dah report. salah beli lap top. guna internet. siap email borang pembelian. hampeh. sampai hari ni tak de jawapan.
nak tunggu universiti bossmailer aaaa pulak lepas nih. kat mana derang nak buat universiti MIRSB tu…. mesti popular sakan universiti tersebut untuk collect duit juta2… mesti mahal kan belanja duit untuk masyuk universiti tersebut…. terpaksa buat pinjaman PTPTN laaa pulok lepas nih…..
THE UNIVERSITIES OF BOSSMAILER dot com….
waaaa… nampak menarik sungguhnya…pakcik kayo aaaa………
salam semua
kami sedang mengambil langkah yang betul untuk mencari jawapan kepada semua persoalan anda, dan membuat aduan pada pihak yang bertanggung jawab. sesiapa yang sudah membeli mana-mana pack atau product mirsb, silalah join group kami di mangsa_MIRSB@yahoogroups.com.
kepada sesiapa yang tak tahu mcm mana nak join group ni, ikuti langkah berikut
1. pastikan anda ada akaun email yahoo. jika tak tahu mcm mana nak buat, minta bantuan rakan2 yang sesuai. jgn tepon MIRSB pulak :p
2. klik alamat berikut
http://groups.yahoo.com/group/mangsa_MIRSB
3. kemudian klik butang join group dan ikuti langkah seterusnya. kami akan menghantar email kepada anda untuk langkah-langkah seterusnya.
harap dapat beri kerjasama. hanya mereka yang benar2 sudah membeli saja yang akan menyertai group tersebut untuk memudahkan urusan kami
yang tak beli takleh ke? boleh senaraikan dalam group tak beli produk mirsb. boleh ? boleh? boleh aaaaaaaaaaaaaa………. nak tunggu depa buat universiti mirsb.
tak sabar nak tengok camner rupanya UNIVERSITI MIRSB tersebut…
kurang asem betul ko abdfatah ye. ini bukannya group dari mirsb…. tapi mereka2 yg dah teraniaya dengan mirsb. korang setakat nak tgk mesej2 nya boleh. tapi jgn la jadi ahli. nak mudah kan kerja. kalau ramai sgt nnt ada pulak la yg hantar email2 skim cepat kaya. mirsb junior lah katakan….
yg dah beli, cepat2 join. dah ada yg buat aduan ke polis dan kpdnhep tau… nak perkembangan terkini, cepat join group tu
yea laaa tau laaa mereka yang menjadi mangsa MIRSB… hehehee
tanya je… takpe laa kalo boleh baca. bleh bagitau orang lain lagi supaya berwaspada… tak gitu….? kan kan kan kan…?
betul tu… pandai..pandai.. awak dah baca tak customer service mirsb jawab kat satu blog lain pasal ni. ini alamatnya
http://www.topix.net/forum/world/brunei/TLG2FP3TT3K54GVR0/p27#lastPost
eh sorry la. salah bagi alamat. pada yang nak join ni alamat nya
http://finance.groups.yahoo.com/group/mangsa_MIRSB/?v=1&t=search&ch=web&pub=groups&sec=group&slk=1
la… dah ada post yang lama. yg baru kelmarin dgn semalam hilang pulak. poning2….
hai,
wel,aku bc gk blog2 ni n slh 1 nyer psl mirsb ni gk la.aku pn de gk g taklimat2 dorg.myb im x TOO GOOD in it but phm la gk n klu bminat pn duit x cukup.lgpn aku ni student lg.
wel….nk d ckp skrg ni….aku nk tanyer dorg tu PAKSA ke org2 ni msuk?wlpn aku x amik pakej tp aku x dgr lg dr mulut dorg nk paksa org2 ni msuk.aku de gk la tanyer de 1 makcik ni….die de bl pakej ktnyer…aku pn xtau pakej pe la…kt nyer 1k la….aku tanyer die,NAPE makcik msuk?makcik phm ke?tau ke psl internet2 ni?nape x bk gerai kcik2 je dgn modal tu?korg tau makcik tu jwp pe……….?
die ckp dgn aku,bk grai pn risiko gk…..blm tentu dpt modal blk…..die ckp dgn aku,die x d paksa pn utk msuk tp die kt die nk blaja cr nk ubah nasib die anak branak.kt nye smpi bl asyik nk mkn duit belasan org?org mlayu ni bl ssh je mnta subsidi krajaan,duit belasan krajaan……
aku plik gk,xkn smpi xde pilihan ln kn…..kah3….die mcm tau2 je pe kt kpala aku ni,die ckp dlm dunia ni xde mende yg xde risiko……nk jual kuih modal rm50 pn risiko….
aku tanye gk klu mende ni x jd mcmn…..die ckp ni dugaan n risikoyg die amik….bende br blaja x mudah utk die lg2 bab2 it ni tp smuanye atas usaha dri sendri…
plg klakar…..aku tkene blk dgn makcik ni….die ckp org tpelajar mcm aku ni ptt pk lbh jauh dr die…..
well,btl gk pe die ckp…….taklimat ni xde pn yg pakse2 org ni amik tp smua dlm kpala kt….
tp pe2 pn…….aku x ksah pe org nk ckp n psl blog2 ni….wlpn aku x amik product pe2 la…..tp
aku x puas ati btl dgn RAFAEL…….ko ni bt la cr org dewasa skit…..minda tu buka skit…..ko nk doa2 mcm tu bt pe…..mmgla aku x knal pe nm si charme tu tp cr ko tu kolot n memalukn bangsa sendiri….de ke ptt ko nk doakn bdk tu hdp ssh?ko klu mrah sgt xyahla smpi nk bdoa2…..yg ko nk sabitkn susu la,pe la bt pe….
ko ptt pk la pe prasaan bini ko ke,kaum wanita ln ke……ko ingat de harga stitik susu dr ibu2 ni?ko ni yg ptt dpersalahkn…….bl da jd mcm ni,usaha x menjadi trus nk slhkn n mrahkn org ln wlpn org tu cm bg pendapat die……ni tak….ko g kaitkn psl ank2 ko n bini ko…
wei,beb…..mak aku baca ko tulis pn die ckp ko ni la yg ptt pk pnjg sblm bcakap…..aku tau la ko mrah sgt tp pk la kt ni sesama islam…..x bk ckp mcm tu…..klu nk btindak br rasional skit beb……aku tau la,bl ko bc ni ko akn ckp…AKU X RS MCMN YG KO RS….tp ko tu ketua famly…pttnyer pk jln rasional…g tanyer yg pakar it,g tanyer kmenterian perdagangan,g usulkn hal ni d pejabat kementerian…….
soryla….ni la 1st time aku ckp mcm ni dlm blog…..bl bc bab ko mmg aku mrah…
aku mnta maafla tp bl bab smpi nk doakn ksusahan org ln aku rs bala yg Tuhan trunkn pd ko tu utk ko blaja n bk mnda ko tu…ko lelaki,jgn la jthkn martabat kaum adam beb….malu la skit….pisitif la pmikiran ko tu….
soryla lari topic norizam,aku cm x puas ati psl tu je…….
hehehe… takpe laa kalo nak hambik pakej mana2 pun takper… dipersilakan dengan suka hatinya dengan modal yang rendah. hanya rm1000 sahaja… lepas tu cuba laa berusaha sehingga berjaya dengan MIRSB… kita tengok laa perkembangan dari semasa ke semasa selepas ini…. berjaya atau tidak… atau akan komden balik MIRBS tersebut….
“saya tengok website dalam monsun-biz.com dah mula banyak ahli mempromosikan benda mengarut seperti skim dana10, projek jutawan segera, membida duit dan macam-macam lagi. Ada yang nak komen lagi?”
ini apa kendenda yang ada dalam monsun biz nih? sapo yang dah berjaya membuat jual beli dengan monsun biz? boleh bagi tau sapo2 yang dah berurusniaga melalui wbsite monsun?
mana bukti urusniaga tersebut berjalan sebagaimana ebay atau lelong atau mudah?
read this:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20080618224005/Article/index_html
boleh tak kenalkan saya sesiapa yang dah jadi jutawan dengan awak dan boleh membantu saya? pelaburan saya dalam mobile income tak ada apa-apa dan saya menanggung kerugian.
klik sini
KEBELAKANGAN ini banyak syarikat yang menawarkan produk Teknologi Maklumat (IT) seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), iklan maya dan penghantaran e-mel pukal kepada bakal usahawan. Syarikat ini memberi jaminan bahawa bakal usahawan itu mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencapai status jutawan.
Setiap hari iklan peluang perniagaan mereka yang agak mengelirukan dan menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan ringgit megah terpampang di media cetak dan elektronik. Modal yang diperlukan untuk mendapatkan produk IT itu bermula daripada ratusan ringgit sehingga cecah ke puluhan ribuan ringgit.
Namun, sedarkah kita bahawa terdapat begitu banyak rungutan yang diutarakan bakal usahawan Melayu yang membeli dan menggunakan produk syarikat berkenaan?
Antara rungutan ialah syarikat terbabit tidak melayan dan membimbing pelanggannya (usahawan) sebaik mungkin, berbeza dengan layanan yang diberi sebelum membuat pembelian produk itu. Kursus latihan mereka (yang juga perlu dibayar) hanya memberi fokus kepada cara menggunakan produk IT itu, namun tiada latihan khusus mengenai aspek keusahawanan, undang-undang dan pengetahuan IT. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju perniagaan masing-masing selepas tamat kursus.
Sesetengah produk IT yang dijual tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan beberapa sistem IT lain, yang lebih kurang sama keupayaannya serta boleh didapati di dalam talian internet secara percuma!
Untuk pengetahuan, jika bakal usahawan ini tidak mempunyai modal yang mencukupi, ada di antara syarikat ini yang menawarkan pakej pembiayaan permulaan perniagaan sehingga berjumlah RM50,000 melalui pakej rakan niaga bersama Tekun Nasional.
Rungutan mengenai masalah tahap profesionalisme, tiada bimbingan, tahap keupayaan produk IT dan jumlah modal pelaburan yang tidak berpatutan jelas terpampang pada forum dan blog internet. Malahan, ada di antara laman web produk berkenaan masih lagi dikategorikan pihak enjin carian Google sebagai berisiko tinggi kerana mempunyai kandungan perisian yang boleh memudaratkan sistem komputer. Ada juga produk IT mereka yang jelas menggalakkan aktiviti penghantaran sampah e-mel (spamming), yang mana aktiviti ini jelas bercanggah dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Malahan, terdapat juga produk perkhidmatan iklan maya (mirip seperti eBay) yang tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan laman web iklan tempatan lain yang terdapat di internet.
Saya amat berharap agar nasib segelintir usahawan Melayu yang sudah mengeluarkan modal besar tetapi tidak dapat mencapai apa yang dijamin syarikat terbabit dibela pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Aktiviti syarikat berkenaan perlu dipantau daripada semasa ke semasa untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan salah faham di kalangan usahawan yang kurang faham mengenai industri IT.
Jaminan keuntungan perniagaan yang sebenarnya tidaklah semudah ’sifir darab matematik’ yang dijaja syarikat ini kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda, seseorang usahawan perlu mempunyai keupayaan yang lebih daripada sekadar matematik mudah.
Kalau orang melayu macam korang2 semua ni cakap benda ni menyalahi undang2 kenapa x report je kan ke senang x payah susah2 bedebat kt dlm ni bukan masuk duit pun , lepas tu baru kita boleh tengok salah ke x salah , yang buang masa pertikaikan bisnes orang buat apa,,, korang semua dah kaya ke?????????????
masree @ halim: masree join program ni ke? tahniah!
asskum kekawan yang budiman lg perihatin…aku terpanggil untuk mncelah komentar korang ni sebab aku pun dah rasa mcm tertipu sgt2 ni…lakonan depa tu mmg bleh bagi anugerah pelakon terbaik laa…mirsb punya staf aku tengok makin hampeh nampak ikhlas tapi Allah sj yang tau…aku doakan depa ni mendapat pembalasan yg setimpal.
ccccccceeeeeeeeppppppppaaaaaaaaattttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku tunggu reply dari ngko….Buktikan!!!!!!!!
pengirim akirock@yahoo.com.my: kalau iya pun nak bukti.. sila rujuk http://www.aweber.com atau http://www.getresponse.com
kesian betul org kampung terpengaruh dengan sistem bossmailer ni.. saya rasa akirock@yahoo.com.my ni group fanatik MIRSB ni.. hehehe
hohohohoho………kesianlah kat melayu yg buta IT dan tak tau apa2 dikenakan hidup2…kesian2..
kita org berdakwah mcm ni jerr…sebar apa yg betul…
arhhhhhhh buang masa, buang tenaga ja pi balai polis…sebab kami tak join dan takkan join benda2 mengarut dan mahal mcm tu..
Kat internet semua tu murah saja…depa ni kaut untung lebih pada 100%…gila ka pa ?
dia org ada duit banyak…ada nama…boleh tutup kes macam tu sajer…hohohohoho
dengarlah cakap tun mahathir…ada duit ada kuasa boleh buat apa saja…hohohoohoh
tunggu aku jadi PM Malaysia…baru best
tak tahu apa nak cakap
DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB YG BARU KE, YANG LAME KE, YG APE TAH LAGI HARAMJADAH ASALKAN DARIPADA DORANG NIE DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA, AKU BUKAN MENGFITNAH, TETAPI INI ADALAH KENYATAAN, KENYATAAN YG HARUS DITERIMA,LGPUN, IKUT LOGIK AKAL LA, SESUATU BENDA YG BAIK DAN BAGUS KAN, XKAN LA MENDAPAT FEEDBACK YG SEBEGINI TERUK SEKALI DI INTERNET, KLAU KORANG SEARCH GOOGLE DGN KEYWORD, “MIRSB”, JENG JENG…..KORANG BOLEH TGK SENDIRI LA…..
P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul org melayu