KBS Cadang Bina Blog Sendiri
March 24, 2008
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini. Langkah ini diambil berikutan, pihak kerajaan persekutuan melihat blog mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ini adalah trend remaja dan belia hari ini mendapat dan berkongsi maklumat.
Lihat sahaja, blog belia seperti Datuk Ismail MohdIsmail yang mempunyai pembaca setia. Jadi dengan ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (ayah Dafi AF5) mengambil langkah membina blog sendiri untuk Kementerian sebagai medium mendekatkan diri dengan golongan belia.
Memang blog hari ini tidak lagi boleh dipandang remeh. Tengoklah blog-blog golongan belia seperti NurulIzzah dan Nik Nazmi, ianya telah memainkan peranan yang cukup berkesan sehingga mempengaruhi masyarakat untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.
Nampaknya, dengan komitmen Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan sendiri, diharapkan lebih ramai pemimpin-pemimpin belia, juga mendekati IT dan blog untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang lebih segar, berbanding laman web yang sedia ada (kelihatan lesu dan suram tanpa update).
Dan permintaan ebook mengenai panduan membina laman blogĀ pasti meningkat lepas ni!.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
24 Responses to “KBS Cadang Bina Blog Sendiri”
Got something to say?






















































Oo..macam tu ker? Perrghh, peluang bagus ni. Perkhidmatan buat blog aku pun harapnya akan bertambah permintaan. Hehe..
satu lubuk emas ler bagi yang menjual produk buat blog….apa-apa dalam masa akan datang kita akan dibanjiri maklumat
Yeah…semoga blogsphere akan menjadi lebih hangat dengan pendatang baru
jadi, nampaknya kerajaan tak jadi lah nak sekat dan tutup blog seperti mana ura-ura dahulu kan?
baru nak buat? dah terlambat beb. hehe.
baru nak tau noh !! ahahahahha
depa baru sedar kot kepentingan blog…pihak lawan dah lama kenal pasti powernya blog ni
slmt pg noorizam,
ramai nya blogger tulis sebab KBS ni…
hari ni dah 3 blog saya jumpa ni noorizam…
tapi mslhnya, siapa yang akan menulis blog KBS tu?
han
han: mengenai siapa yang akan tulis blog tu saya tak pasti, tapi kalau boleh, biarlah blog tu menjadi medan pertukaran pandangan dan idea. Dan kalau boleh yang menulis tu biarlah orang muda yang berjiwa belia dan tahu apakah isi kandungan yang perlu dibincangkan.
p.s: pendapat saya je ni yea..
hehe..mesti ada ghost blogger punye tu. aku sendiri dah pasang 3-4 orang ghost blogger..
ada sesapa yang minat nak jadi ghost blogger kat sini ke? hehe
he he.. ade nama aku =p
*entahlah KBS ni.. mcm x sesuai je nak tulis blog.. apa yang dia nak blogkan? nnt 2,3 minggu je berupdate, lepas tu lengang sunyi sepi.. ha ha*
Datuk nak upah sy x?
tuh la mael, takut panas hanya ditengahari je… tak sampai ke petang pun.. yea-yea.. aku rasa KBS perlu ada ghost blogger yang ramai!
depa baru tau penangan blog masa kini… takper laa mungkin depa boleh upah mereka2 yang takder kerja untuk buat blog KBS tu… bleh tambah pendapatan secara sambilan… tak rugi apo pun… bleh menumpang sekaki menulis blog sukan…
abdfatah: dah dapat komisyen ebook tadi kan?
[…] dipetik dari blog NoorizamShah […]
erm..taktau la kan bila baru la siap blog depa..rasanya nak buat blog bukan lama sangat..tak sampai sejam boleh siap dah..tapi war-warkan je lebih..
tapi kalau KBS punya blog mesti la akan link jugak ke KBS punya site…mesti nama blognya susah nak ingat..panjang belaka..
tapi rasanya depa tu tau ke apa itu blog dan camne nak optimize?rasanya tak kot..mesti pekerja dalam bidang iT kat KBS tu je la yang akan update..
rupa blog ni nanti mesti macam website kerajaan yang biasa tgk tu..tadi aku tgk blog Nurul Izzah..memang macam blog blogger yang lain..so rasanya tak heran aku rasa kalau die sendiri yang create tu tambah-tambah nama domainnya pun nama die..
taktau KBS kot tak berani nak buat blog nama menterinya..atau taktau camne nak buat..silap2 kat blogspot je lah..hit masa first buat tu nanti mesti gempak..sure depa advertise gile2..paper,tv..tapi kalau isinya kureng…memang tak best la nak ushar selalu..tul tak?:D
sekarang ni, banyak betul cerita pasal blogger masuk TV. popular la kejap blogger yer.
komisyen apa…? komisyen affilliate ke…? dah tentunya kena tingkatkan lagi citer pasal promosi… lebih2 lagi yang takder affiliate… okeh laa tu dapat sikit2… lepas nih boleh laa study pasal promosi melalui sms pulak… nak kena sediakan bajet untuk seminar pulak laaa kalo ada bajet lebih…
terima kasih…
yang takder mailing list untuk promote affiliate…
Baru dia orang tahu penangan blog ni. Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk menulis dan bertindak menjadi pemerhati. Nampak gaya semakin meriah dunia blog di negara kita
Megat: dah makin meriah nampaknya bila bekas Menteri Besar pun dah mula tulis blog. Saya tunggu blog dari Shahidan Kassim dengan Idris Jusoh je lagi ni.
Salam,
Saya sekadar nak berkongsi maklumat tentang perkembangan ICT di Malaysia ini. Baru-baru ini, sekitar 17hb Ogos 08, satu sistem membina sendiri website / portal mesra pengguna yang pertama seumpamanyadi dunia telah dilancarkan dan dikenali sebagai My Portal.
Menggunakan sistem ini, seseorang itu tidak perlu pun mempunyai kepakaran dalam komputer dan internet tetapi akan mampu membina sendiri laman web dengan cara yang mudah, kos yang murah dan hasil yang menarik.
Saya sertakan website salah seorang dealer My Portal iaitu http://www.dbizworld.biz sebagai rujukan.
Selamat Mencuba.
Salam semua.
Saya merujuk kepada msj saudara Leman juga ingin berkongsi pengalaman dan saya juga adalah pengguna MyPortal. Saya tidak memiliki pengetahuan IT yang tinggi tetapi dapat membina portal dlm masa yang singkat lingkungan 6 jam. Pendapat saya MyPortal amat mesra pengguna dan boleh menyampaikan hajat kepada mereka yang ingin memiliki laman web bercirikan portal.
Anda boleh layari
Jika anda ingin lihat demo secara terus, saya sedia membantu…
Wassalam..