Menjual Produk Ke Luar Negara

March 23, 2008

Aslkm Bro Noorizam Shah. Harapnya sihat selalu..Saya merupakan salah seorang pembeli ebook saudara, kuasa lelong. Ni saya nak tanya 1 soalan boleh?. Macam mana saya nak hantar barang ke Singapura? Produk fizikal…Ada seorang customer saya dari Singapura nak membeli produk saya. Saya tak tahu macam mana nak hantar.. Pastu mata wang macam mana? CIMB ada ker kat sana? Atau dia boleh masukkan ke akaun lain…

Saya tak biasa jual kat luar malaysia. Hari ni jer 1st time dpt pelanggan dr Singapore..Hehe.

Jawapan: Walaikumsalam. Untuk hantar produk ke luar negara, anda boleh guna perkhidmatan courier atau pos malaysia. Bergantung kepada kos yang anda inginkan. Harga anda perlu semak di pos malaysia atau agen penghantaran di kawasan berhampiran anda.

Utk kos penghantaran, sila maklumkan harga kos penghantaran kepada pelanggan dan kos ini perlu dibayar oleh pelanggan anda.

Untuk harga pertukaran wang asing. anda boleh semak nilai matawang semasa menggunakan tool ini

http://finance.yahoo.com/currency?u

sila guna kaedah pembyaran paypal. Singapura boleh buka akaun paypal. Elakkan bayaran secara wire master, western union atau cek.

Semoga anda berjaya meraih pendapatan di laman eBay. :)

Noorizam Shah

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

13 Responses to “Menjual Produk Ke Luar Negara”

  1. ijamidayu on March 24th, 2008 8:24 am

    huhuhuhu.. kepada pembaca ebook saudara tersebut tahniah.. betul.kalau pakai cek lambat.. kadang-kadang kita akan ditipu kalau depa bayaq atau dak.. tapi itu langkah pertama untuk mula dapat costumer luar negara.. satu pendapat yang bernas.. boleh guna utk long term pada saya.. :) thanks bro.. :)

  2. shahraduan on March 24th, 2008 11:13 am

    Kacang jerkk nih…pakai POS MALAYSIA + REGISTER…murah skit.

  3. Noorizam Shah on March 24th, 2008 11:18 am

    isytiharkan sebagai GIFT. :)

  4. Din Beramboi on March 24th, 2008 11:58 am

    Hehehe…terharunya. Keluar plak post pasal pertanyaan saya semalam ni kat sini. TQ bro kerana memberikan info tu. Maklum la bdak baru belajar.. :)

    Ni memberikan saya lebih semangat utk berjaya..dpt customer luar negara beb. Hee.

    TQ

    p/s - Shahraduan x angkat calling masa aku call smlm. Watpe Shahraduan? Aku nak tanya soalan ni la kat ko..hihi.

  5. Noorizam Shah on March 24th, 2008 12:05 pm

    shahraduan pergi menyelam semalam. hehe

  6. Din Beramboi on March 24th, 2008 12:12 pm

    Oo..patut la. menyelam sambil minum air kot..He. 3 kali call tak angkat. Nak call Bro Noorizam xleh sebab xde no phone kat blog ni. Dalam ebook Kuasa Lelong pun xde.

    Tapi xpe jgk x call pun sb dapat feedback yang cepat. Masa beli ebook kuasa lelong hari tu pun, x sampai sejam dah dapat email download ebook. Hee.

    TQ bro. :)

  7. Noorizam Shah on March 24th, 2008 12:23 pm

    saya akan cuba berikan support sepantas yang mungkin. :)

    kalau sudi, meh la kasi testimonial untuk ebook kuasa lelong ni. hantar testimonial mengancam kat email saya ok. :D

    contoh testimonial boleh rujuk kat laman web kuasalelong.com :)

  8. shahraduan on March 24th, 2008 1:30 pm

    Oit Din Beramboi…sorry lerr..tepon 012 tu untuk sms jerk..kalau hang ada apa-apa urgent mau tanya call aku 016-4466670. Gua Kira Stok Baru Sampai daa…huhuhuhu

  9. shahraduan on March 24th, 2008 1:42 pm

    Lagi…1 Aku demam…anak aku demam, Bini Aku demam…Parah parah…Sambil2 tu dok check kualiti stock baru sampai…

  10. Noorizam Shah on March 24th, 2008 2:05 pm

    Din, Shahraduan demam rupanya… satu family demam tu..

  11. Din Beramboi on March 24th, 2008 4:10 pm

    Oo..demam rupanya. Sehati sejiwa btul keluarga ang ni. Demam satu keluarga terus..huhu.

    Bro Noorizam, nanti gue hantar testi tu erk. TQ :)

  12. shahraduan on March 24th, 2008 8:14 pm

    dia lah sehati sejiwa…teruk wooo…anak aku tu…jenuh nak jaga

  13. Anonymous on September 14th, 2008 4:15 pm

    Bro,

    Bukan sepatutnya penyoal dah tau selok belok menjual dengan membaca ebook saudara?

    Saya bertanya kerna soalan yang ditanya pembaca ’sangat basic’ dan seharusnya sudah diselitkan dalam ebook saudara dengan cara pemahaman yang mudah.

    Just curious.

    Terima kasih.

Got something to say?