Tips Sebelum Balik Kampung… Menang Bidaan!
March 22, 2008
Sebentar lagi saya akan ke Perak. Hantar mak dan abah wife saya pulang ke rumah.
Dan sebelum saya tutup komputer ini, saya akan berkongsi dengan anda satu tip. Tapi bukan tip balik kampung. Ini tip berkenaan bisnes eBay.
Apakah strategi untuk berjaya dalam bidaan.
Tanpa lengahkan masa, disini adalah tipnya:
1. Lihat jangka masa senaraian produk.
2. Pastikan anda meletakkan harga bidaan maksima anda.
3. Pantau Item tersebut.
4. Sentiasa semak email anda.
Diingatkan, setiap bidaan yang anda masukkan telah termasuk dalam syarat kontrak. Segala aktiviti bidaan akan aktif sehinggalah masa lelong tamat. Jika anda berjaya memenangi bidaan, anda dikehendaki menyelesaikan proses pembayaran dengan segera.
Macam mana nak tahu nilai harga produk yang bakal dibida? Anda boleh membuat carian menggunakan “Advance Search” untuk melihat senarai-senarai “completed listing”.
Disini anda boleh membuat perbandingan dengan harga “complete listing” tersebut.
Pastikan harga bidaan maksima anda adalah harga yang mampu anda bayar. Jangan letak harga maksima bidaan diluar kemampuan anda.
Tujuan membuat semakan email adalah untuk memastikan anda tidak terlepas daripada “outbid”, kalau nak paling mudah, install eBay toolbar dan anda akan diberi alert jika produk yang anda bida itu “outbid”.
Semak status “My Ebay” anda. Lihat pada area “the end of the listing”, pastikan anda adalah pemenang bidder setakat ini.
Diharap dengan tip-tip ini dapat membantu anda memiliki produk idaman anda dan tidak terlepas langsung ke tangan orang lain.
P.s: Harga bidaan maksima bertujuan untuk memberi anda peluang memenangi produk. Tetapi jika tidak ada orang berjaya membida lebih dari harga maksima anda, anda hanya perlu bayar pada harga yang paling rendah. Jadi, jimatkan wang. Jimatkan masa. Seronok woooo!!!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
4 Responses to “Tips Sebelum Balik Kampung… Menang Bidaan!”
Got something to say?





















































Terasa ngeri pula nak bermula…..
apa yang ngerinya Azhar?
semoga selamat sampai..tq 4 tips
kooreen: petang semalam dah sampai dah.