Istimewa Untuk Penjual Baru! Dapat Galeri Percuma!
March 21st, 2008, by Noorizam Shah

Istimewa Untuk Penjual Baru! Dapat Galeri Percuma!

Ini berita baik untuk penjual-penjual eBay yang baru terutama pembeli ebook kuasalelong.com

Bermula dari 4 March 2008, kepada mereka yang belum pernah lagi menjual produk di eBay, atau pernah membuat senaraian produk tidak lebih dari 3 item sebelum ini, anda layak untuk menggunakan ruangan Galeri Gambar secara percuma apabila anda membuat senaraian produk baru di eBay Malaysia!

Bagi anda yang tidak mengetahui, gambar yang menarik mampu memberi seribu erti kepada pembeli-pembeli. Dari pada gambar anda mampu memberikan ‘berahi’ kepada bakal pembeli anda untuk membuat bidaan atau pembelian.

Jadi kenapa tidak anda menggunakan peluang ini dengan meletakkan gambar-gambar menarik sewaktu membuat senaraian produk terbaru anda!

Sila ambil perhatian!!!

Tawaran ini hanya dibuka kepada penduduk Malaysia sahaja (penjual warganegara Malaysia). Jika anda adalah warganegara Singapura, anda akan dikenakan yuran (fee) seperti kebiasaannya. Jadi, jangan pula terkeliru dengan tawaran ini!

Maklumat lanjut, layari laman ini!

Sphere: Related Content

3 comments Subscribe Comments

  1. Hah bagus tu…apa lagi, belasah lah peluang tu…ooopp aku hanya guna ebay luar negara. Lebih hebat lebih untung…kalau baru nak bermula tu, sila layan ebay Malaysia dulu.

  2. By Noorizam Shah on March 22nd 2008

    kita kena beri panduan juga kepada mereka yang baru nak bermula. elakkan melompat ke advanve.. bermula pada yang asas.. dah ada kes, customer saya tak sabar-sabar nak buat untung kat ebay.. abis semua fee dia sapu.. last2 mengadu kata, belum buat untung lagi dah rugi…

    yang pasti, ikutlah panduan yang diberikan. InsyaAllah selamat…. :)

  3. fuhh nampak best nih.. tambah motivasi gitu


Add your comment